CHAPTER 08

43.4K 2.5K 62
                                    

DARI tadi Encik Syaqir termenung. Matanya tak lekang dari memandang Heykal. Fikirannya melayang entah ke mana namun kembali ke alam nyata apabila gegaran telefonnya menyentak dirinya lantas telefon itu diambil. Tertera nama Khatijah di skrin telefonnya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Heykal mana? I rindu dengan dia. Dah dua minggu tak dengar suara dia."

"Heykal ada appointment dengan Doktor Benjamin. Dia dalam bilik rawatan sekarang."

"Ouh, dah lama ke dia masuk? "

"Baru je. Rasanya appointment kali ni lama sikit."

"Ouh, takpelah. I rasa tak sedap hati je. Takpelah. Tell him that I really missed him, okay? Assalamualaikum."

"Okay. Waalaikumussalam."

Encik Syaqir menamatkan panggilan. Keluhan berat dilepaskan. Wajah Heykal dipandang. Sudah dua minggu Heykal koma. Fikirannya sekarang sudah buntu. Encik Syaqir meraup wajah lalu menekup wajahnya dengan kedua tapak tangannya.

"Ris-" Panggil seseorang. Encik Syaqir tersentak. Lalu wajahnya diangkat. Heykal?

"Sayang-" Bibir Heykal yang pucat itu bergerak-gerak.

"Hey-Heykal?" Panggil Encik Syaqir. Tangan Heykal diraih. Heykal sudah mula membuka matanya secara perlahan. Pandangannya kabur namun dia dapat mendengar dengan jelas suara Encik Syaqir.

"Uncle-uncle panggil doktor."

Dengan pantas Encik Syaqir menekan butang yang terdapat di bahagian atas kepala Heykal.

"Doktor Adi, please come here, now!" Arah Encik Syaqir.

"Heykal? Alhamdulillah Heykal dah sedar."


HEYKAL hanya diam setelah mendengar cerita daripada Encik Syaqir. Dia tidak menyangka. Isterinya sudah lama tiada. Isteri dan anaknya sudah lama tinggalkan dia. Air matanya mula gugur. Hatinya merasa sebak.

"Maafkan abang, sayang," Heykal menutup perlahan matanya sambil menekup mukanya menggunakan kedua-dua tapak tangannya. Encik Syaqir yang melihat itu turut merasa sebak.

"Aisha lah yang jaga Heykal," Encik Syaqir bersuara kembali setelah melihat Heykal sudah tenang.

"Aisha? Siapa dia?" Tanya Heykal. Air matanya dikesat perlahan.

"Dia pengasuh Heykal. Dia lah yang tak jemu jaga Heykal. Dia jaga Heykal dengan sungguh-sungguh," beritahu Encik Syaqir lagi. Heykal terdiam.

"Uncle, Heykal nak mintak tolong, boleh?" Tanya Heykal setelah lama berdiam diri.

"Apa dia?" Tanya Encik Syaqir kembali.

"Uncle tolong rahsiakan hal ni daripada pengetahuan mama, Aisha dan Ray, boleh? Rahsiakan semua ni dari semua orang," pinta Heykal.

Encik Syaqir terpana seketika. "Kenapa?"

"Heykal nak kenal dulu dengan Aisha," sambung Heykal. Encik Syaqir hanya diam.

"Please, uncle," pinta Heykal lagi. Encik Syaqir tertunduk. Risau sebenarnya.

"Uncle, please. Just for this time," Heykal meraih tangan paksu nya. Encik Syaqir mengeluh berat.

"Baiklah," Heykal tersenyum.

"Thanks."

Encik Syaqir tersenyum hambar.



KEESOKANNYA, Heykal belum lagi boleh keluar dari wad. Dia perlu dipantau oleh pihak hospital terlebih dahulu.

Telefon Encik Syaqir tiba-tiba berdering. Waktu itu, Heykal duduk termenung di jendela.

"Heykal, panggilan dari mama."

Heykal pantas menoleh. Encik Syaqir menghulurkan telefonnya. Heykal menarik nafas dalam sebelum menyambut telefon itu lalu dia menghadap semula ke luar tingkap.

"Mama," panggilnya lembut. Menahan sebak sebenarnya. Bibirnya cuba untuk mengukir senyum.

"Eykal okay. Best tau duduk kat sini. Eykal suka sangat." Encik Syaqir hanya diam mendengarkan Heykal berbual dengan mamanya.

"Ye ma. Acik cakap minggu depan Eykal balik. Eykal pun rindu dekat mama dengan kak Sha," perlahan sahaja dia menyebut nama Aisha. Aisha Aulia. Siapa gadis itu?

Setelah beberapa minit berbual, Heykal memulangkan kembali telefon pintar kepada Encik Syaqir.

"Banyak yang Heykal kena cover ni, Paksu," Heykal bersuara secara tiba-tiba.

"Heykal nak kena sesuaikan diri Heykal dengan watak Eykal, cara percakapan, cara berpakaian, cara bergurau," sambungnya lagi. Encik Syaqir mengangguk-angguk.

"Heykal dengan Aisha dah macam belangkas, tau. Nanti, kalau dah balik sana, Heykal kena kurangkan rasa awkward bila dengan Aisha," pesan Encik Syaqir.

Heykal ketawa halus. "Dekat macam tu sekali ke Heykal dengan Aisha?" Encik Syaqir mengangguk-angguk laju lalu tersenyum.

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن