CHAPTER 13

48.7K 2.3K 21
                                    

MALAM mula memainkan peranan. Dari tadi, Aisha tidak dapat melelapkan mata. Agak susah untuk dia tidur malam ini. Jam pula sudah menunjukkan pukul 12.15 tengah malam. Heykal yang sedang nyenyak tidur dipandang sebelum dia mengeluh halus.

Dia mula bangun dari kasurnya dan menuju ke arah beranda. Tangannya menolak pintu dan angin malam mula menerpa tubuhnya. Sejuk. Aisha menggosok-gosok lengannya lalu melihat keindahan malam. Sungguh tenang sekali. Bintang-bintang berselerakan menghiasi langit. Menjadikan ia kelihatan begitu indah.  Indahnya ciptaan Tuhan.

Aisha mengalihkan pula wajahnya melihat ke arah susunan rumah tetangga sebelum matanya menangkap satu figura yang sedang berdiri sambil bersandar ke sebuah kereta yang berada tidak jauh dari rumahnya. Pada awalnya, Aisha hanya menyangka bahawa itu mungkin anak muda yang sedang menanti rakannya untuk keluar. Namun, sangkaannya seakan meleset apabila kelihatan lelaki tersebut mula melangkah ke arah rumahnya.

Hati Aisha mula berteka-teki. Siapakah dia? Adakah pencuri? Perompak? Pembunuh? Perogol? Penculik? Berbagai soalan bermain di fikirannya. Hatinya mula resah.

Lelaki itu kelihatan mundar mandir di hadapan pintu pagar rumahnya sebelum menjenguk ke arah balkoni di mana Aisha berdiri. Aisha tersentak. Hatinya berdegup kencang. Lelaki itu gelisah. Lelaki itu berjalan laju menuju ke arah keretanya. Wajahnya tidak kelihatan memandangkan lelaki itu lengkap bertopi dan berpelitup muka. Beberapa saat kemudian, kereta yang dinaiki lelaki tadi memecut laju meninggalkan kawasan itu.

Aisha mulai takut. Sepertinya lelaki tadi melihat dirinya. Risau sekiranya ada perkara buruk yang akan terjadi terhadap dirinya dan keluarga.

"Sayang?"

Aisha tersentak lalu memusingkan tubuhnya ke belakang. Kelihatan Heykal yang sedang berdiri di belakangnya sambil menggosok-gosok matanya.

"Ey-Eykal. Eykal buat apa kat sini?" Soalnya.  Nafasnya laju namun cuba dikawal.

Heykal mengecilkan matanya.

"Akak buat apa kat sini?" Soalnya kembali. Aisha hanya menggeleng.

"Akak kejutkan Eykal ye? Sorry," pintanya lalu berjalan ke arah lelaki itu.

"Jom, kita tidur balik," sambungnya lalu menarik tangan Heykal. Pintu ditutup dan kakinya diatur menuju ke katil sebelum merebahkan badannya. Heykal masih dalam keadaan mamai, memeluk Aisha. Wajahnya disembamkan ke dada isterinya sebelum dia mula lena diulit mimpi kembali.

Aisha cuba mengatur nafas. Tangannya mengusap lembut kepala Heykal yang sudah tertidur di dadanya. Fikirannya mula bercelaru.

Siapa lelaki tadi?

 

SEMINGGU sudahpun berlalu. Selepas kejadian itu, lelaki misteri itu sudah tidak kelihatan lagi. Aisha mula merasa lega. Lega kerana tiada apa-apa yang terjadi akan keluarga dan dirinya.

Petang ini, Aisha bercadang hendak ke butik Puan Khatijah bersama Heykal. Kebelakangan ni, Puan Khatijah asyik sibuk dengan butiknya. Jadi, sebagai seorang menantu, Aisha bercadang untuk menjenguk tempat kerja mertuanya dan mungkin dapat meringankan sedikit kerja wanita itu. Sambil-sambil bokeh melihat-lihat pakaian yang ada.

Aisha dan Heykal duduk di sisi kereta. Menunggu Pak Mat. Pak Mat terpaksa pulang ke rumahnya sebentar untuk mengambil dan membawa isterinya, Mak Mah ke sini memandangkan wanita tua itu pulang untuk menjenguk anak saudaranya yang baru sahaja bersalin.

"Akak, butik mama ada apa?" Tanya Heykal, mematikan suasana sepi antara mereka. Tangan Aisha digenggam kemas.

"Semua ada. Baju, jubah, kurta, tudung," balas Aisha bersama senyuman.

Heykal hanya mengangguk. Wajah isterinya dipandang lama.

"Kenapa?" Soal Aisha apabila lelaki itu hanya memandangnya lama.

"Nak kiss," pinta Heykal tanpa segan silu sehingga membuatkan isterinya membahang malu. Melihatkan wajah merah isterinya membuatkan Heykal ketawa.

"Kenapa muka akak merah?" Soalnya namun Aisha hanya menggeleng laju. Sekarang dia bahagia. Bahagia mempunyai hati seorang wanita seperti Aisha. Heykal menyimpul senyum dalam hati. Masih melihat ke arah Aisha.

Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti di hadapan rumah mereka. Disangkakan bahawa Pak Mat yang sudah sampai namun sangkaan mereka meleset. Aisha tersentak. Itu bukankah kereta tempoh hari? Seorang lelaki keluar dari kereta tesebut. Lengkap berpakaian hitam, bercermin hitam dan wajahnya ditutup dengan pelitup muka. Di tangannya, terdapat sebatang kayu. Dipegang kemas. Lelaki itu meluru laju ke arah Heykal lalu kayu tersebut dihayunkan tepat mengenai kepala Heykal lalu Heykal rebah. Pengsan. Kayu tersebut dibuang di samping Heykal lalu lelaki itu meluru ke arah Aisha dan tak semena-mena, sehelai sarung tangan berwarna putih ditekup di hidung dan mulut Aisha. Aisha meronta. Bau cecair kloroform dapat dihidu. Kuat baunya. Lelaki itu menekup lebih kuat dan beberapa saat kemudian, Aisha merasa lemas dan akhirnya dia pengsan. Lelaki itu mengangkat Aisha lalu dimasukkan ke dalam kereta dan kereta itu terus meluncur laju.


AISHA mengerutkan dahi. Kepalanya terasa sakit. Tangannya tidak boleh bergerak. Seperti diikat. Matanya dibuka. Kabur. Sekali lagi matanya ditutup kemudian dibuka. Masih kabur tetapi Aisha dapat melihat keadaan sekeliling. Dia seperti berada di sebuah rumah kayu. Tiada perabot. Kosong. Matanya menangkap satu figura di depannya. Seorang lelaki. Duduk di atas kerusi sambil menyilangkan kaki dan berpeluk tubuh. Melihat ke arahnya.

Raykal?

"Good morning, sleepy beauty. Dah bangun, sayang?" Aisha tersentak tatkala mendengar suara itu.

"Raykal?" Raykal tersenyum sinis.

"Yes, Tengku Haries Raykal here." Balasnya lalu mula berdiri. Menarik kerusi mendekati Aisha dan kembali duduk.

"Bu-bukan ke awak ada di-" kata-katanya dipotong.

"Di Jepun? Yes, but just for one month," Raykal menyeringai

Aisha terdiam. Liur diteguk. Kesat.

"Ke-kenapa?"

"Sebenarnya, I memang terima tawaran belajar, but I dah tolak tawaran tu. Sebelum I inform kat korang lagi. I tipu korang. I ke Jepun but untuk 1 bulan je, sayang. Lepastu I balik Malaysia and I menetap kat sini. And I culik you. Easy."

"Maknanya, awaklah-"

"Yes, I lah yang masa you lihat malam tu. Sebenarnya I sayang kat you, I cintakan you, tapi you tolak I mentah-mentah. I sedih-" Kata-kata Raykal dipotong.

"Lepaskan aku!" Jerkah Aisha.

"Behave, my dear," Raykal bangun lalu berdiri di belakang Aisha.

"Tolong lepaskan saya," rayu Aisha.

"No, my dear," Raykal merapatkan wajahnya di sisi wajah Aisha lalu diciumnya pipi mulus itu.

"Kau jangan sentuh aku!" Tempik Aisha bersama air mata yang laju membasahi pipinya.

"Tolong!" Teriak Aisha. Berharap agar dirinya dapat didengari.

Raykal ketawa kuat. Seperti dirasuk. Dia menyeringai melihat Aisha. Aisha hanya mampu menangis dan berdoa. Wajah suaminya muncul di fikiran.

Abang, tolong!

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now