SPECIAL CHAPTER 01

35.7K 1.6K 118
                                    

"SAYANG, jom," ajak Heykal secara tiba-tiba lalu melabuhkan duduk di sebelah isterinya.

"Pergi mana?" Soal Aisha tanpa berpaling ke arah Heykal. Matanya fokus di hadapan menonton televisyen.

"Kan semalam dah janji nak pergi beli baju baby," balas Heykal seraya mengusap lembut perut isterinya.

Aisha mengangguk namun masih tidak bergerak. Dia melihat ke arah suaminya yang sudah sedia memandangnya.

"Kenapa hmm?" Heykal mengangkat keningnya lalu menyelitkan helaian rambut Aisha yang terjuntai ke telinga.

"Sekarang ke?" Soal Aisha lalu menyandarkan kepalanya ke sofa.

"Yes, sekarang. Why? Aisha tak nak pergi ke?"  Aisha menggelengkan kepalanya laju.

"Nak pergi, tapi-" dia berjeda seketika.

"Cerita ni belum habis lagi. Kita pergi lepas cerita ni habis, boleh?" Melihatkan wajah isterinya itu, Heykal ketawa halus.

"Ye lah, lepas cerita ni kita pergi," balas Heykal lalu mengusap kepala isterinya.


HAMPIR setengah jam mereka berjalan mengelilingi shopping mall. Kaki Aisha sudah  mula lenguh. Pinggang pun sudah merasa pegal. Perut juga sudah berkeroncong lapar.

"Abang," panggil Aisha meleret seraya memegang lengan Heykal. Heykal terus berhenti dan memandang ke arah isterinya.

"Kenapa, sayang?" Soal Heykal.

"Lapar," balas Aisha lalu mencebik. Perutnya digosok perlahan.

"Kacian dia lapar. Dah, kita pergi makan dulu," Aisha hanya mencebik mendengar usikan suaminya itu. Mereka mula melangkah memasuki ke restoran.

Sebaik sahaja mereka melabuhkan duduk, Aisha melepaskan lelah. Lega.

Setelah memesan makanan, Aisha kembali menyandarkan kepalanya ke kerusi. Nafasnya agak laju. Lelah berjalan.

Heykal yang melihat itu merasa bersalah. Dia mula berdiri lalu duduk di kerusi sebelah isterinya.

"Sini sini," Heykal menepuk-nepuk bahunya. Meminta isterinya untuk melentokkan kepala di situ. Aisha hanya mengikuti. Lebih selesa. Kepalanya diusap lembut.

"Penat ye?" Tanya Heykal lembut. Isterinya hanya mengangguk kecil. Tidak terdaya untuk berbicara, mungkin. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Masih mengusap lembut kepala isterinya sambil melihat suasana di dalam restoran tersebut. Ramai. Mungkin kerana hari ini merupakan hari cuti, jadi orang-orang mungkin keluar untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Setelah menunggu sekitar 15 minit, makanan yang dipesan mereka sudah sampai. Mereka berdua mula menjamah makanan sambil berbual-bual. Setelah selesai makan, mereka berdua mula keluar dari restoran tersebut.

Kaki melangkah secara perlahan. Melihat-lihat ke arah kedai yang menjual barangan bayi. Sambil tangan Aisha yang merangkul lengan suaminya, memandangkan kedua-dua tangan Heykal dipenuhi dengan beg barangan yang dibeli.

"Aisha?" Kedengaran satu suara yang memanggil nama Aisha. Suara yang sudah lama dia tidak dengar. Kepalanya ditoleh ke arah kiri.

"Nadia, Ikha!" Aisha tersenyum lebar melihat ke arah dua orang gadis yang sudah lama dia tidak temui. Salah seorang daripada mereka melambai-lambai kecil ke arahnya.

"Ya Allah, lamanya tak jumpa korang," ucap Aisha, gembira apabila melihat Ikha dan Nadia, yang merupakan rakan sekerjanya dulu.

"Wah, makin berseri-seri sekarang," usik Ikha sebelum dia melirik ke arah Heykal.

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now