CHAPTER 15

44.5K 2.2K 5
                                    

AISHA membuka matanya. Kepalanya terasa sakit. Matanya berpinar. Keadaan sekeliling diperhatikan.

Apabila menyedari bahawa Raykal tiada, Aisha mencari peluang untuk melepaskan diri. Badannya meronta. Digoncang. Berharap agar ikatan di tangannya akan terbuka tetapi hampa. Aisha meliar sekeliling. Mencari benda yang boleh dijadikan sebagai alat untuk memutuskan tali tetapi tiada. Aisha menjerit meminta tolong. Walaupun dia tahu tiada sesiapa yang akan mendengarnya tetapi dia masih lagi menjerit.

"Tolong!"

Deruan enjin kereta mematikan jeritan Aisha. Dengan spontannya, Aisha menutup matanya berpura seperti dia sedang tidur.

Aisha mendengar pintu dibuka dan ditutup. Derapan kaki kedengaran semakin lama semakin dekat.

"Laa, you tak bangun lagi. Ingatkan dah bangun."

Kedengaran seperti bunyi plastik diletak di sesuatu tempat. Aisha hanya memasang telinga.

"You know what? Tadi I jumpa dengan suami you."

Aisha tersentak tetapi lakonan masih diteruskan.

"Tapi, kan. I nampak dia lain hari ni. Kalau dulu dia pakai baju petak-petak tapi sekarang dia dah handsome. Berseluar jean, baju tshirt. Pergh, kacak jugak abang I ye. Patutlah you berkenan. Dah lama I tak tengok dia pakai macam tu. Rindu pulak," Raykal berdiri di hadapan tingkap yang terbuka. Kegelapan malam dipandang.

"Mesti dia cari you kan?"

Aisha hanya mampu menahan air matanya dari tumpah tetapi cubaan itu sia-sia apabila air matanya tumpah jua. Raykal menapak ke arahnya.

"You dah sedar?" Raykal mengusap air mata Aisha.

Aisha membuka matanya. Melihat ke arah Raykal. Berharap agak dapat melembutkan hati lelaki itu.

"I'm sory," pinta Raykal lembut. Tangannya memegang kedua-dua belah pipi Aisha sambil ibu jarinya bergerak lembut mengusap pipi itu.

"Awak tak kasihankan mama awak, ke? Bagaimana perasaan dia bila dia tahu awak lakukan semua ni?"

"You tak payah nak libatkan mama I. Ni urusan antara I, you dan Heykal," Raykal mula meradang. Pipi Aisha dilepaskan. Dia mula berdiri dan mundar-mandir di depan Aisha.

Ye, dia tahu. Kalau mamanya tahu, mamanya akan kecewa. Tapi, rasa cintanya buat gadis ini begitu besar.

"Tapi, awak dah tarik dia ke dalam semua ni."

"Kau diam!" Jerkah Raykal. Mencerlung marah Aisha.

Aisha terdiam dan tertunduk. Takut untuk bersuara. Takut jika dia dipukul atau ditarik rambutnya lagi. Raykal melepaskan keluh dengan berat.



SUDAH dua minggu Aisha diculik. Wajahnya semakin cengkung. Begitu juga dengan Heykal. Tidak terurus. Asyik terperap dalam bilik. Setiap malam mengingati isterinya.

"Ray, berapa lama lagi awak nak kurung saya? Saya dah penat. Better awak bunuh je saya."

Raykal memandang laju ke arah Aisha.

"No, I takkan bunuh you. I cintakan you. Please stop asking me to kill you. Enough!" Jerkah lelaki itu.

"Saya dah penat, Raykal. Saya dah penat," sambung Aisha lagi.

Matanya semakin kuyu. Melihat lemah ke arah Raykal. Lelaki itu meluru ke arahnya. Pipinya ditepuk lembut.

"Aisha, buka mata you!"

Raykal menepuk-nepuk pipi gadis yang dicintainya itu. Dia mula panik apabila melihat Aisha mula menutup matanya.

Dengan pantas dia berdiri lalu mencapai botol air yang berdekatan. Penutup botol dibuka lalu dia merenjiskan air ke muka Aisha. Berkerut-kerut gadis itu apabila renjisan air menyentuh wajahnya.

"Aisha, open your eyes!"

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now