CHAPTER 07

42.9K 2.4K 133
                                    

"EYKAL, janji dengan akak pergi sana jangan nakal-nakal. Jangan susahkan acik, okay?" Pesan Aisha sewaktu di airport.

Heykal mengangguk laju. Tangan mamanya disalam dan dikucup. Kemudian, pipi mamanya dikucup kiri dan kanan. Seterusnya, tangan Aisha pula disalaminya kemudian dicium. Tak semena-mena, pipi Aisha turut dicium kiri kanan. Tersentak Aisha. Terasa hangat pada kedua belah pipinya. Matanya melirik ke arah Heykal, yang tidak tahu apa-apa.

"Akak, janji ye. Lolipop," pesan Heykal sambil mengangkat jari telunjuknya kepada Aisha. Kepalanya diangguk-angguk dengan wajah yang serius. Aisha hanya ketawa dan mengangguk.

"Janji," balas gadis itu lalu tersenyum. Melambai ke arah Heykal yang sudah melangkah kakinya mengikuti jejak Encik Syaqir.

"Semoga dipermudahkan urusan mereka," Puan Khatijah bersuara perlahan namun masih kedengaran di telinga Aisha. Gadis itu mengangguk dan mengaminkannya.

HARI ini merupakan hari ketiga mereka berada di bumi United Kingdom ini. Heykal dibawa keluar untuk makan angin di sekitar bandar UK. Teruja sungguh lelaki itu.

"Eykal, Eykal tunggu sini ye kejap. Acik nak ke seberang sana kejap. Tunggu tau, jangan pergi mana-mana," pesan Encik Syaqir. Dia taknak Heykal mengikutinya sekali kerana jalan raya agak sibuk. Setelah dia sampai ke seberang sana, Encik Syaqir masuk ke dalam sebuah kedai bakeri. Heykal hanya menanti. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Heykal sempat ditegur oleh beberapa orang awam di sana, dan Heykal berasa agak ketakutan. Dia menginjak sedikit menjauhi dari orang awam tersebut.

"Acik," panggilnya perlahan. Melihat ke arah kedai bakeri yang dimasuki pakciknya tadi. Bibirnya mula mencebik.

Tiba-tiba, gula-gula kapas besar yang tergantung di luar sebuah kedai menarik perhatiannya. Kedai tersebut bersebelahan dengan kedai bakeri yang dimasuki Encik Syaqir tadi. Ini bermakna, kedai tersebut berada di seberang sana. Heykal seakan-akan terpukau dengan warna-warni gula-gula kapas tersebut. Kakinya laju melangkah melintasi jalan yang agak sibuk itu. Dia tidak melihat kiri dan kanan. Matanya hanya tertumpu pada gula-gula kapas itu.

Sewaktu Heykal sedang melintas jalan, Encik Syaqir baru sahaja keluar dari kedai bakeri itu. Di tangannya terdapat satu bungkusan plastik. Di bibirnya terukir senyuman. Tetapi, senyuman itu hanya sementara apabila matanya menangkap tubuh Heykal yang sedang melintas jalan. Hatinya berdegup kencang. Tubuhnya seakan dikunci saat ini. Memproses apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Heykal melintas jalan sendirian?

Tiba-tiba, tubuh sasa milik Heykal itu dirempuh oleh sebuah kereta sehingga menyebabkan tubuhnya melayang jatuh. Kepalanya terhantuk dengan agak kuat. Encik Syaqir terpana. Bungkusan di tangannya jatuh. Tubuh Heykal yang longlai itu didekati. Kepala Heykal dipangku. Sungguh banyak darah keluar dari mulut dan hidungnya. Mata Heykal sudah tertutup rapat. Topi Transformers milik Heykal sudah tertanggal dari kepala lelaki tersebut. Encik Syaqir menjerit meminta pertolongan sambil memangku kepala longlai milik anak saudaranya itu.

"Help!"

ENCIK Syaqir mundar-mandir di luar bilik pembedahan. Di bajunya terdapat tompokan darah milik Heykal. Rambutnya diramas. Wajahnya diraup kasar. Menyesal. Sesal atas apa yang berlaku kepada Heykal. Serta-merta wajah kakak iparnya terlintas di fikiran.

Seorang doktor lelaki keluar dari hospital tersebut. Encik Syaqir pantas menuju ke arah doktor tersebut.

"Macam mana dengan anak saudara saya, doktor?" Tanya Encik Syaqir seraya mencekak baju doktor muda tersebut. Doktor muda yang berasal dari Malaysia itu cuba menenangkan Encik Syaqir.

"Pesakit berada dalam keadaan kritikal," balas doktor muda itu.

"Astaghfirullahal'azim, Heykal," Encik Syaqir tertunduk. Meraup kasar wajahnya.

"But, there is something happens. I'm not sure what is going on with the patient but it seems like kesan daripada hantukan yang kuat itu telah memberi satu tindak balas yang luar biasa terhadap patient's cerebrum and frontal lobius," doktor muda itu berhenti seketika sebelum berfikir.

"As you know, the cerebrum is the largest part of the brain and controls the mental activity and controlled actions of humans. Also the part that controls intelligence such as reasoning, remembering and so on. While the frontal lobius controls cognitive functions and memory also. Secara kasarnya hantukan daripada kemalangan itu give him some respond towards of the both of them, cerebrum and frontal lobius," jelas Doktor Adi.

"Saya harus merujuk kepada yang lebih pakar akan hal ini. Saya harap Encik dapat bersabar dengan segala kemungkinan yang akan terjadi ye," sambung Doktor muda itu lagi.

Encik Syaqir hanya mengangguk. Apa yang dia tahu dia mahu Heykal selamat.


"MACAM mana dengan Heykal?" Tanya Puan Khatijah sewaktu dalam talian.

"Heykal. Okay. Dia seronok sangat kat sini," balas Encik Syaqir serba salah.

"Mana dia? I nak cakap dengan dia," soal Puan Khatijah lagi.

"Heykal, dia tidur. Seronok sangat dia tadi sampaikan tertidur. Penat mungkin," tipu Encik Syaqir lagi. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

I am so sorry, Khatijah.

"Ouh, tak apalah. Bila dia bangun nanti, cakap kat dia yang mama dia rindukan sangat kat dia. Kak Aisha sekali," pesan Puan Khatijah lembut. Encik Syaqir hanya mengangguk sambil melihat wajah tenang Heykal. Lelaki itu kelihatan seperti tidur sahaja. Tidak seperti seorang yang koma. Hanya terdapat beberapa kecederaan di mukanya sahaja.

"Thank you, Syaqir for taking care of my son. I've got to go. Bye. Assalamualaikum," ucap Puan Khatijah pada akhir talian.

"You're welcome. Waalaikumussalam," balas Encik Syaqir lalu mematikan talian. Nafas ditarik dalam lalu dihembus berat.

Wajah Heykal yang nyenyak dipandang lagi. Di tangan lelaki itu terdapat wayar yang berselirat. Sudah seminggu Heykal koma. Masih lagi tiada tanda-tanda bahawa dia akan sedar.

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now