CHAPTER 09

45.6K 2.6K 74
                                    

SEBAIK sahaja kakinya melangkah berpijak di bumi bertuah Malaysia, Heykal meliar mencari kelibat mamanya. Bibirnya mula mengukir senyum yang lebar sebaik sahaja melihat mamanya yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Mama," gumamnya perlahan.

Encik Syaqir menepuk bahunya perlahan.

"Ingat pesan uncle," pesan Encik Syaqir dan Heykal hanya mengangguk perlahan.

Puan Khatijah mula mengukir senyuman lebar sebaik sahaja melihat wajah anaknya. Melihatkan Heykal yang mengenakan baju kemeja yang dimasukkan ke dalam seluar pendek, rambutnya yang dibelah tepi, persis seperti personalitinya sebelum ini, Puan Khatijah hanya mampu tersenyum nipis.

Aisha berlari ke arah Heykal bersama dua batang lolipop bersaiz besar. Seperti yang dijanjikan. Heykal yang masih tidak mengetahui itu Aisha hanya memandang kosong. Terpana apabila melihat seorang gadis yang kelihatan polos berlari ke arahnya sambil tersenyum lebar.

"Eykal, rindunya akak dengan Eykal," Aisha begitu teruja sehinggakan dia hampir memeluk Heykal. Heykal yang terkejut hanya menyambut lolipop itu bersama satu senyuman hairan.

Ini Aisha?

"Akak?"

"Ye sayang."

"Eykal rindu dengan akak," Heykal mengajuk cara percakapan kanak-kanak. Bibirnya mengukir senyuman. Kekok!

"Akak pun rindukan Eykal."

Heykal hanya tersenyum. Gadis yang cantik.

"Eykal sayang! I miss you!" Puan Khatijah memeluk anaknya sehingga mematikan lamunan pendek Heykal. Heykal membalas pelukan mamanya dengan erat sekali.

"Eykal pun rindukan mama. Sangat-sangat," Sekali lagi Heykal memeluk erat mamanya. Aisha hanya melihat lama ke arah Heykal yang menutup matanya sambil memeluk erat tubuh mamanya.

Rindunya dia terhadap lelaki ini.

SEMENJAK Heykal pulang dari United Kingdom, lelaki itu hanya duduk terperap di dalam biliknya. Tidak keluar sehingga sedikit sebanyak telah mendatangkan perasaan risau dalam diri Puan Khatijah dan Aisha.

"Are you sure Heykal okay?" Soal Puan Khatijah sewaktu di dalam talian.

Aisha melihat Puan Khatijah yang sesekali kelihatan berkerut itu. Kepala wanita itu terangguk-angguk.

"Alright, thanks Syaqir," Puan Khatijah menamatkan panggilan lalu melihat ke arah Aisha.

"Macam mana?" Soal gadis itu.

"Heykal okay, takde apa yang berlaku sepanjang mereka dekat sana. Mungkin kesan dari short therapy yang doktor buat dekat sana. Tak apalah, yang penting Heykal selamat pulang," balas Puan Khatijah sebelum mengeluh.

Aisha hanya mengangguk sebelum pandangan mereka beralih ke arah Heykal yang sedang menuruni tangga.

"Heykal?"

Heykal hanya tersenyum. Mamanya dituju sebelum memeluk wanita itu.

"Heykal ada nak apa-apa ke?" Soal Puan Khatijah namun lelaki itu hanya menggeleng. Kepalanya dilentokkan ke bahu mamanya sambil menatap ke arah Aisha.

Aisha hanya tersenyum lalu mengangkat kedua belah keningnya. Terasa segan pula apabila melihat pandangan lelaki itu.

"Eykal?"

Heykal membetulkan tubuhnya lalu menarik tangan Aisha menuju ke luar. Gadis itu dibawa ke kolam ikan. Aisha hanya mengikuti tanpa banyak celoteh.

"Eykal kenapa ni?" Soal Aisha setelah lelaki itu melepaskan tangannya. Lelaki itu hanya diam. Buat pertama kalinya, Aisha berasa agak janggal apabila bersama dengan Heykal. Heykal yang hanya diam itu diperhati. Agak lama sehingga Aisha memutuskan untuk melihat ke arah kolam. Termenung.

Heykal dalam diam memerhati wajah sisi Aisha sewaktu gadis itu membuang pandang ke arah kolam ikan koi. Dia memandang lama sisi wajah gadis itu sebelum bersuara.

"Akak?"

Aisha memandang ke arah Heykal dan pandangan Aisha ternyata membuatkan Heykal terpaku seketika.

"Ye? Heykal ada nak apa-apa ke?" Soal Aisha hairan apabila lelaki itu hanya memandangnya tanpa berkelip.

"Eykal-" Heykal terdiam apabila tangan Aisha naik menyentuh dahinya. Wajah gadis itu kelihatan risau.

"Kenapa dengan dahi Eykal ni?" Tanya Aisha apabila dia mendapati dahi Heykal terdapat kesan lebam.

"Ouh, hehe. Eykal nakal kat sana. Eykal terlanggar meja masa kat sana. Hehe," Tipu Heykal. Aisha mula kelihatan panik.

"Kan akak dah pesan jangan nakal kat sana. Eykal ni," bebel Aisha sambil mengusap lembut kesan lebam di dahi Heykal.

Heykal pula seakan hanyut dengan belaian kecil Aisha. Dia memandang lama gadis itu yang sedang membebel kepadanya. Sejujurnya, tidak satu patah perkataan pun dia mendengarnya dek kerana ralit dengan belaian dan wajah cantik Aisha itu. Seakan tenggelam dalam hanyutan belaian lembut itu.

"Eykal, akak nak tanya sesuatu, boleh?" Soal Aisha mematikan lamunan Heykal.

"Apa dia?" Heykal memandang Aisha. Tanpa mengalihkan seinci pun pandangannya.

"Eykal. Nak tak kahwin dengan akak?" Soal Aisha gugup. Jantung berdetak laju. Takut.

"Kahwin? Apa tu?" Aisha memandang Heykal lama. Lupa. Heykal autistik. Manalah dia faham apa itu kahwin.

"Kahwin ni. Sebenarnya. Dia macam-" Lidah Aisha terkelu. Fikirannya buntu. Macam mana dia hendak menjelaskan hal ini kepada Heykal?

Heykal hanya menyimpul senyum. Nak tergelak sebenarnya. Sengaja dia bertanya. Hendak melihat reaksi gadis itu.

"Kahwin ni dia macam akak akan jadi isteri Eykal, Eykal akan jadi suami Eykal. Sebelum ni Eykal ingat tak yang Eykal selalu suruh akak tidur dengan Eykal. Tapi akak kata tak boleh sebab kita bukan mahram."

Heykal hanya mengangguk walaupun dia tidak mengingati apa-apa.

"Apa maksud mahram? Akak dah bagitau kat Eykal, kan?"

"Mahram ni. Lelaki dan perempuan yang tidak ada pertalian tak boleh bersentuhan?" Heykal memberi jawapan berdasarkan pemahamannya.

"Macam tulah. Kita kan bukan mahram. So, kalau kita kahwin, akak dah boleh tidur dengan Eykal." Perkataan tidur sengaja diperlahankan.

"Nak!" Heykal menjawab dengan laju.

Aisha terkejut.

"Eykal, nak?"

Heykal mengangguk laju. Aisha menelan liur. Pahit!

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now