EPILOGUE

54.2K 2.4K 117
                                    

SEBULAN kemudian, Heykal perasan akan perubahan pada diri isterinya. Sejak kebelakangan ini, Aisha selalu mengadu sakit kepala, loya, terasa nak makan itu, nak makan ini.

Lamunan Heykal melayang apabila dia merasakan dia dipeluk dari arah belakang.

"Tengok apa?" Tanya Aisha.

Soalan Aisha dibiarkan tergantung. Isterinya ditarik supaya menghadapnya.

"Kenapa?" Tanya Aisha hairan.

Heykal menatap lama wajah ayu isterinya. Dia menyimpan senyum di dalam hati. Suka melihat isterinya gelabah begitu. Ingin sahaja dia mencium wajah itu.

"Apa? Kenapa pandang macam tu?" Tanya Aisha tidak puas hati.

"Auch!" Heykal mengaduh apabila terasa satu cubitan hinggap di lengannya.

"Sorry," Heykal ketawa apabila melihat muncung isterinya itu mengalahkan muncung itik.

Mata Aisha membulat apabila bibirnya yang termuncung itu dicium sekilas. Pantas wajah nakal lelaki itu dipandang.

"Hish, berani abang ye," Aisha menepuk lembut bahu suaminya.

"Eh eh, apa sayang cakap tadi?" Tanya Heykal.

Aisha mengerutkan dahi. Apa yang dia cakap? Cuba mengingati apa yang dia cakapkan tadi.

"Apa?" Tanya Aisha kembali. Bingung.

"Sayang cakap apa tadi? Abang kurang dengar," perkataan 'abang' sengaja ditekankan

"Cakap apa?" Setelah menerima isyarat dari suaminya yang menekankan perkataan itu, Aisha berpura-pura untuk tidak tahu.

"Ab-" Heykal mengangkat keningnya.

"Ab?" Aisha masih lagi dalam kepura-puraan.

"Hish, abang lah. Tadi sayang panggil abang, 'abang'," Heykal memuncungkan mulutnya. Tubuhnya dipeluk. Lagak Eykal mula keluar. Aisha ketawa halus.

"Sorry sorry, akak minta maaf. Janganlah panjangkan bibir tu, nanti akan tarik," Aisha membuat isyarat seperti hendak menarik bibir Heykal.

Heykal tersenyum. Sungguh dia rindu mendengar Aisha bahasakan diri dengan panggilan sedemikian.

"Eykal tak nak kawan dengan akak."

Aisha ketawa. Diikuti dengan Heykal lalu lelaki dengan pantas tubuh isteri ditarik ke dalam dakapan.


DI meja makan, masing-masing hanya diam. Melayan perasaan. Sambil menikmati hidangan.

"Ma, hari ni kita pergi lawat Ray nak?" Tanya Heykal sambil mengunyah sisa makanan di dalam mulut. Matanya terarah kepada mamanya namun wanita itu hanya diam. Tidak memberi sebarang reaksi.

"Ma, Ray anak mama jugak. Kesian dia," Heykal cuba memujuk.

Masih lagi diam.

"Ma, please. Bagi dia peluang kedua. Setiap manusia tidak lepas dari sebarang kesilapan, ma," Heykal memujuk lagi. Wajah mamanya dilihat. Masih tidak memberi sebarang reaksi. Heykal mula mengeluh. Aisha dipandang.

"Ma, kita pergi jenguk dia, ye?" Aisha mencuba nasib pula. Memujuk wanita itu dengan lembut. Tangan Puan Khatijah dipegang lembut sebelum air mata wanita itu jatuh.

Aisha bertindak memeluk sisi Puan Khatijah sambil mengelus lembut bahu wanita itu. Cuba untuk menenangkannya.



RAYKAL hanya duduk tertunduk, berhadapan dengan mamanya. Nafas ditarik. Mencari kekuatan sebelum dia mengangkat kepalanya dengan perlahan. Matanya bertentangan dengan Aisha sebelum gadis itu melarikan pandangan. Wajah Heykal pula dipandang.

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora