CHAPTER 11

44.9K 2.7K 121
                                    

MALAM ini merupakan malam pertama Aisha bergelar isteri Heykal. Waktu itu, Aisha sedang berdiri di beranda. Memikirkan kehidupannya. Sesekali dia tersenyum seraya memeluk tubuh dek kerana hembusan angin malam.

Pintu bilik dibuka dan Aisha berpaling ke belakang. Tersembul wajah Heykal. Bajunya tidak bertukar. Masih lagi berbaju melayu putih. Songkok sudah dibuang dan entah di mana.

"Hai, akak."

Heykal berdiri di sebelah Aisha dan membuatkan Aisha berdebar. Senyuman diberikan kepada suaminya.

"Hai. Eykal dah makan?" Tanya Aisha.

Heykal hanya mengangguk lalu memandang ke hadapan. Aisha masih lagi memerhati sisi wajah suaminya. Sungguh dia tidak menyangka bahawa dia sudah pun bergelar isteri seorang autistik kacak seperti Heykal.

"Akak. Malam ni Eykal boleh tidur tepi akak ke?" Aisha tersentak. Soalan apakah ini?

"Ya," Aisha gugup.

Heykal ingin tersenyum tetapi ditahan. Suka bila melihat isterinya gugup.

"Kalau macam tu, jom lah kita tidur. Eykal dah ngantuk," rengek Heykal manja. Cuba untuk menguji Aisha.

"Ya."

Heykal menarik tangan Aisha menuju ke katil. Sengihan tak lepas dari bibir. Heykal memanjat katil lalu duduk bersila. Ditepuknya katil itu menyuruh Aisha naik ke atas katil. Aisha hanya bungkam. Buntu. Seperti lembu dicucuk hidung, dia naik ke atas katil lalu duduk berhadapan Heykal.

Mereka bertentangan mata tetapi hanya seketika apabila Aisha melarikan pandangannya. Heykal tersenyum menang. Heykal mula berbaring lalu menepuk katil di sebelahnya. Aisha hanya menurut. Turut berbaring tetapi wajahnya dihadapakan ke siling manakala Heykal menghadap sisi wajahnya. Heykal meneliti setiap inci sisi wajah isterinya.

Aisha yang merasakan berderau pada wajahnya pantas menoleh ke sebelah. Sekali lagi mereka bertentangan mata tetapi kali ni lebih lama.

"Eykal. Tadi Eykal kata Eykal ngantuk, kan?"

Heykal mengelipkan matanya beberapa kali sebelum mengangguk.

"Dah tu tidurlah." Gugup. Ye, gugup!

Heykal hanya menurut. Matanya ditutup tetapi tubuhnya masih berada pada posisi yang sama. Menghadap Aisha.

Beberapa ketika, Aisha mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat bahawa Heykal sudah tidur atau belum. Kedengaran dengkuran halus keluar dari bibir lelaki itu. Aisha tersenyum lega. Yakin bahawa Heykal sudah dibuai mimpi. Tubuhnya dialihkan menghadap suaminya. Kini, mereka saling berhadapan. Wajah polos Heykal dipandang. Setiap inci dipandangnya. Waktu itu dia merasakan Heykal tidak autistik. Dia merasakan Heykal normal dalam keadaan dia tidur sekarang. Sungguh tenang. Tangannya melekap di pipi Heykal lalu mengelus lembut pipi itu. Sudah lama dia ingin mengusap wajah ini.

Segenap inci diperhatikannya sebelum berhenti lama pada bibir lelaki itu. Lama dia perhatikannya sebelum tersedar bahawa kedudukan wajahnya dan Heykal semakin dekat. Aisha cepat-cepat mengundurkan diri sedikit. Menjauhkan diri. Namun, tangannya masih melekap di pipi suaminya.

Mengelus lembut sebelum matanya mulai memberat.

"Good night, Eykal," ucap Aisha lalu menutup matanya. Tangannya masih melekap di pipi.

Beberapa ketika setelah Aisha menutup matanya, Heykal mula membuka mata. Bibirnya mengukir senyuman. Jelas kedengaran dengkuran halus dari bibir isterinya. Kepenatan mungkin. Tangan Aisha yang berada di pipinya disentuh lembut.

"Good night, sayang," ucap Heykal perlahan.

Kemudian, Heykal kembali menutup matanya.

"HAI, ma," ucap Heykal seraya duduk di meja makan. Wajahnya kelihatan ceria sekali. Berseri.

Di sebelahnya, Aisha turut melabuhkan duduk. Seketika itu Raykal datang lalu duduk berhadapan Heykal. Raykal menjeling ke arah pasangan pengantin baru itu.

"Hai, sayang," balas Puan Khatijah.

Heykal tersengih. Begitu juga dengan Aisha tapi sengihan Aisha agak hambar. Raykal hanya mencuka.

"Ma, Ray terima surat sambung belajar," ucap Ray seraya menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Ouh, ye ke? Alhamdulillah, kat mana? Bila Ray pergi?" Tanya Puan Khatijah teruja.

"Jepun. Minggu depan," jawabnya selamba. Sesekali matanya mengerling ke arah Aisha.

Kelihatan Aisha hanya makan dengan selamba. Sesekali dia melayan Heykal. Hal itu telah menyebabkan Raykal panas hati.

"Alhamdulillah. Dapat jugak Ray sambung belajar. Mama bangga dengan Ray."

Kata-kata Puan Khatijah sedikit sebanyak telah mengguriskan hati Heykal. Mana taknya, Raykal dapat menyambung belajar tetapi dia, berlakon menjadi seorang autistik. Heykal tertunduk. Aisha yang perasan bahawa Raykal memerhatinya secara selang seli terus memandang ke arah Raykal. Mereka bertentangan mata.

"Tahniah," ucap Aisha.

Raykal tersenyum kelat.

WAKTU itu Heykal tengah menonton televisyen. Tetapi mata sahaja yang melekap di kaca televisyen, fikiran melayan entah ke mana.

Tiba-tiba, dia disergah dari belakang.

"Kau dengar sini. Kau jangan ingat Aisha sanggup jadi bini kau sebab dia sayang kau. Dia kesian kat kau je. Ye lah, kau kan macam ni. So, kau tak payah nak mengada-ngada manja dengan dia depan aku!" Amaran Raykal kepada Heykal seraya menunjal-nunjal kepala abangnya itu. Kemudian dia berlalu pergi.

Heykal yang hanya diam terfikirkan sesuatu. Benarkah Aisha hanya kasihankannya? Tidak adakah rasa cinta terhadapnya? Pelbagai soalan bermain-main di fikirannya.

"Eykal," Tegur Aisha. Heykal yang ralit berfikir terkejut.

"Tengah buat apa? Bila masa pulak Eykal suka tengok drama? Drama cinta pulak tu. Biasanya Eykal selalu tengok cerita kartun. Boboiboy ke, ultraman ke, tobot ke."

Heykal hanya tersenyum kelat. Wajah ceria Aisha dipandang.

"Akak. Akak sayang Eykal tak?" Tanya Heykal tiba-tiba. Tangan Aisha diraih dan dipegang kemas.

"Eh, mestilah sayang. Kenapa?" Aisha melabuhkan duduk dan hanya membiarkan suaminya memegang tangannya.

"Tak de apa," balas Heykal seraya tersenyum.

"Eykal okay ke tak? Eykal ada nak apa-apa ke?" Heykal hanya menggeleng halus.

"Akak, Eykal nak baring atas paha akak, boleh?" Pinta Heykal. Berharap. Aisha hanya tersenyum lalu menepuk lembut bahunya. Memberi isyarat kepada Heykal. Lelaki itu hanya tersenyum lalu melabuhkan kepalanya di atas paha isterinya. Aisha mengelus lembut rambut lelaki itu. Pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya.

Ada sesuatu yang tidak kena. Tapi apa dia?


SEMINGGU kemudian, Heykal sudahpun berlepas ke Jepun. Heykal dan Aisha sudahpun pulang. Puan Khatijah kembali ke tempat kerjanya.

Di rumah, Aisha sedang berdiri menghadap kolam renang. Teringat pula dia saat kecemasan sewaktu dia lemas dulu. Disebabkan hal itulah dia didedahkan siapa diri Heykal yang sebenarnya. Sedang Aisha termenung, tiba-tiba Heykal datang memeluknya dari arah belakang dan menyebabkan Aisha tersentak.

"Eh, Eykal."

Heykal tersenyum. Pelukan dikemaskan sehingga menyebabkan Aisha berasa selesa di samping berdebar. Berdebar yang teramat sangat.

Heykal memeluknya semakin kemas. Sudah lama dia ingin memeluk tubuh itu. Sungguh dia selesa dengan tubuh itu. Bau itu. Kehangatan tubuh itu. Oh, sudah lama dia idamkan.

Aisha mengambil kesempatan ini untuk merasai kasih sayang suaminya. Walaupun Heykal hanya memeluknya saja-saja.

Tangan Heykal diusap lembut.

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now