CHAPTER 05

45K 2.6K 145
                                    

PINTU bilik Heykal dibuka dari luar. Tersembul wajah Aisha bersama senyuman. Heykal yang bersila di atas katil sambil bermain dengan patung Transformers memandang ke arah Aisha. Wajahnya kelihatan ceria.

"Kak Sha!" teriak Heykal kecil sambil tersenyum. Dia kelihatan teruja. Patung-patungnya dicampak dan dia bersila menghadap ke arah Aisha. Gadis itu menarik kerusi lalu diletakkan berhadapan dengan Heykal sebelum melabuhkan duduk.

"Akak dah sihat?" Tanya Heykal.

Aisha mengangguk sebelum mencebik halus. "Sampai hati Eykal tak jenguk akak masa akak sakit," Bibirnya dimuncungkan. Seakan merajuk.

"Sorry la kak," Heykal mengerdipkan matanya beberapa kali. Hujung jari telunjuk kiri dan kanan dimainkan sesama sendiri.

Alah, comel! Omel Aisha.

"Eykal, akak ada hadiah untuk Eykal," mendengarkan perkataan hadiah, matanya membulat. Teruja.

"Hadiah apa?" Soalnya, tidak sabar.

"Tadaa!" Aisha mengeluarkan dua batang lolipop lalu disuakan kepada Heykal.

"Lolipop!" Aisha tersenyum.

"Tapi, kalau makan lolipop, gigi Eykal rongak. Nanti tak handsome, lepastu akak tak sayang Eykal lagi," bibirnya dicebikkan. Wajahnya menunduk.

Mendengarkan itu Aisha hanya ketawa.

"Hari ni akak bagi chance untuk Eykal. Eykal nak yang mana?" Tanya Aisha sambil menayangkan lolipop di depan Heykal.

Heykal melihat ke arah kedua-dua lolipop tersebut. Satu merah, satu ungu. Heykal mengecilkan matanya seakan berfikir. Matanya kadang tertancap pada lolipop ungu, kadang pada lolipop merah. Wajahnya sedikit berkerut. Kelihatan sulit untuk dia memilih salah satu daripada lolipop itu. Kemudian, matanya dialihkan memandang ke arah Aisha. Bibirnya mengukir sengih.

"Nak dua-dua, boleh?" Soalnya.

"Tak boleh. Satu je," Aisha memberi menggelengkan kepalanya. Heykal mula mencebik tapi hanya sebentar. Dia memandang kembali ke arah lolipop di tangan Aisha.

"Eykal suka warna ungu. Warna merah pun Eykal suka. Tapi, warna ungu macam pompuan. Eykal nak merah lah," Eykal mencapai lolipop berwarna merah lalu dibuka. Lolipop merah itu dikulum. Suka sungguh. Aisha pula mula membuka plastik yang menutupi lolipop ungu sebelum dimakannya. Dalam ralit makan lolipop, sempat terlayar memori mengenai perbualannya dengan Puan Khatijah.

"Saya nak sangat tengok Heykal kahwin balik," Puan Khatijah menyatakan hasratnya. Aisha hanya diam.

"Tapi, ada ke wanita yang nak kahwin dengan dia?" Tanya Puan Khatijah pada diri sendiri.

"Umur dia makin lama makin meningkat. Saya pun sama. Bila saya dah takde nanti, siapa yang nak jaga dia. Siapa yang nak sayang dia. Siapa yang nak layan kerenah dia. Siapa yang nak fahami dia. Tak semua orang faham keadaan dia bahkan adik kandung dia sendiri," Puan Khatijah terhenti di situ. Air matanya dilap halus. Aisha masih lagi diam. Wajah wanita separuh umur itu ditatap.

"Eykal rindu sangat dengan akak," Heykal bersuara, mematikan lamunan Aisha. Aisha tersentak. Matanya dikelipkan beberapa kali. Kembali ke alam nyata.

"Rindu?" Tanya Aisha. Heykal mengangguk.

"Akak," panggil Heykal meleret. Kepalanya ditundukkan.

"Eykal ada nak apa-apa ke?" Soal Aisha setelah melihat Heykal sedemikian. Seakan mahu sesuatu tetapi malu hendak diutarakan.

"Boleh tak akak usap kepala Eykal?" Pinta Eykal, perlahan. Aisha terkedu seketika. Usap kepala? Dia tersenyum. Kepala Heykal yang tertunduk itu diusap lembut. Heykal yang terkejut lalu mengangkat kepalanya. Senyuman diberikan kepada Aisha.

"Eykal suka?" Soal Aisha. Masih lagi mengusap kepala Heykal. Lelaki itu mengangguk laju. Kepalanya ditutup dan tersenyum lebar. Menikmati usapan lembut di kepalanya.

"Heykal main apa tadi? Akak nak main juga," soal Aisha setelah berhenti mengusap kepala Heykal. Heykal tersenyum. Lolipopnya terus dikulum. Patung transformer diambil lalu diangkat ke udara persis patung itu terbang.

"Transformers," bilang Heykal lalu mula lesap dalam imaginasinya.

Dalam pada itu, segenap wajah Heykal dipandang Aisha. Dilihat secara teliti. Satu persatu dipandangnya. Dimulai dengan hidung. Yes, hidung Heykal mancung. Hidung Heykal merupakan anggota yang dilihat Aisha seawal pertama mereka bersua muka. Insecure sedikit, ye. Kemudian, pindah ke mata pula. Mata yang tak terlalu sepet dan tak terlalu luas. Yang sedang-sedang saja. Bibir? Merah. Menunjukkan bahawa Heykal bukanlaj seorang perokok sejak dari awal. Tubuh dia juga tegap. Dia pernah secara tidak sengaja tertengok perut Heykal. Ada sixpack dan agak mengejutkan. Autistik macam ni pun ada sixpack, ye? Aisha ketawa sendiri. Matanya tertancap ke arah rambut Heykal pula. Aisha suka akan rambut Heykal ketika lelaki itu baru bangun tidur dan selepas mandi. Serabai namun kacak! Wajahnya pula bebas dari kecacatan. Tak ada satu jerawat mahupun sebarang parut. Eh, ada kesan parut di dahi. Mungkin kesan dari kemalangan dahulu. Warna kulitnya juga cerah tapi masih kelihatan sedikit sawo matangnya. Heykal mempunyai bentuk kening yang terukir cantik. Bila difikirkan, kalau lelaki di hadapannya ini mengenakan baju yang formal seperti suit atau kemeja, mahu berdarah hidung Aisha. Aisha ketawa sendiri lagi. Kepalanya digeleng-gelengkan.

Heykal yang sedang ralit berada dalam dunianya ditegur. "Mana robot akak?"



"AISHA, saya nak cakap dengan awak kejap," Raykal menegur Aisha ketika dia sedang duduk di buaian berhadapan kolam ikan koi. Aisha yang ingin bangun terus duduk kembali. Raykal di sebelah dipandang acuh tak acuh.

"Saya nak luahkan perasaan saya," kata-kata Raykal dipotong Aisha.

"Saya nak jenguk Eykal," Aisha cuba untuk bangun tetapi Raykal pantas menahannya.

"Dengar dulu apa yang saya nak cakap," kedengaran keras sekali suara Raykal.

"Apa lagi, Encik Ray?" Aisha kembali duduk. Raykal menarik nafas sebelum memulakan bicara.

"Saya sukakan awak dan saya dah jatuh cinta dengan awak," jelas Raykal. Aisha ketawa. Sungguh mencuit hatinya. Raykal hanya diam kaku. Wajahnya berkerut hairan.

"Kenapa?" Tanya Raykal. Rasanya tiada unsur lawak dalam pernyataannya tadi. Dia serius.

"Encik Ray, kalau nak buat lawaking kat sini pun agak-agaklah, encik," Aisha masih lagi ketawa. Cuba untuk menutup debar di hati. Dia tahu apa yang dimaksudkan Raykal sebentar tadi.

"I'm serious! I love you and I want you to be my wife!" Tawa Aisha terhenti. Jantungnya berdegup kencang.

"Saya dah lama sukakan awak. Since our first meet. Bila first time saya tengok awak saya rasa macam awak ditakdirkan untuk saya. I want to be your husband. I really love you. Dah lama saya nak luahkan perasaan saya but when I saw you with that idiot, I feel like-" kata-kata Raykal pantas dipotong.

"Stop called him idiot!" Aisha mula berdiri. Wajahnya bengis menahan amarah. Dadanya turun dan naik, menahan sabar. Jika diikutkan baran, sudah dia tampar wajah lelaki di hadapannya itu.

"I've got to go," Aisha mula mengatur langkah namun dia berhenti secara tiba-tiba. Raykal yang memandang gerak-geri Aisha hanya melihat gadis itu. Teruja.

"Saya cintakan Heykal dan saya harap encik Ray faham," kata Aisha lalu beredar tanpa menoleh.

Raykal terdiam. Kaku. Aisha cintakan Heykal? Aisha cintakan lelaki bodoh tu? Apa yang baru sahaja dia dengarkan tadi benar-benar melulakan perasaanya.

Pada masa yang sama, Aisha terhenti pada salah satu anak tangga. Tangannya memegang penghadang tangga.

"Apa yang aku cakap tadi?" Aisha mengurut dahinya. Pusing.

SAYANGKU, MR AUTISTIC ✔Where stories live. Discover now