Ayam Goreng ala mamak

821 37 6
                                    

Hari tu terjumpa resepi ayam goreng ala mamak ni kat fb. Macam sedap je, jadi semalam aku pun cuba lah buat. Hari ni baru goreng.

Resepi dia untuk sekor ayam jadi aku ubah suai lah sikit. Nak beli lauk kat mamak macam mahal juga kan. Buat sendiri lah senang, jimat pun jimat. Bersih pun bersih. Ye dop?

Rasa dia memang sedap sangat. Dah la wangi. Pedas pulak tu sebab aku tambah cili kisar lebih dari resepi asal. Tapi disebabkan tambah cili lebih ayam goreng tu jadi gelap lah sikit. Tak merah macam yang jual tu.

Aku peduli apa, asalkan sedap. Dah la senang nak buat. Rasa macam nak buat hari-hari pun ada..haha. Nah le aku bagi resepi.

Bahan:
5-6 ketul ayam
3 sudu tepung gandum
6 sudu tepung beras
1 tangkai daun kari (kalau takde tak payah, aku tak letak pun)
2 ulas bawang putih
1cm halia
2 1/2 sudu (atau lebih) cili kisar
2 sudu rempah kari daging
1 biji telur, kau pukul dan guna 3 sudu sahaja
1/3 sudu garam atau secukup rasa kau
Sedikit lada sulah

Cara:
1. Kau tumbuk bawang putih dengan halia sampai betul-betul hancur.

2. Kau letak ayam dalam bekas, kau campur semua bahan dan gaul sebati. Kalau rasa macam cair je benda-benda kau gaul tu, kau tambah lagi tepung beras kasi pekat. Semua bahan tu kena bersalut dengan ayam.

3. Letak dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk semalaman. Kalau kau buat malam ni, esok pagi atau tengah hari dah boleh goreng. Lepas goreng boleh lah mencekik. Aku makan dengan nasi putih dan kimchi serta oisobagi. Sedap tuuu..hehehe.

Nak Mencekik Tapi SengkekWhere stories live. Discover now