Nasi Goreng Daging Cendawan

810 42 15
                                    

Barang dapur banyak yang dah habis. Even bawang merah pun dah habis. Parah jugak ni. Tapi nak beli barang pun tak boleh. Duit aku betul-betul tinggal RM1.80 je, serius. Jadi duit tu simpan kejap untuk kecemasan.

Raya haji hari tu tak dapat daging. Tapi Alhamdulillah hari Isnin hari tu orang yang tersayang ada bagi aku daging dan cendawan. Mak dia kirim untuk aku. 😳

Jadi hari ni buat nasi goreng. Mungkin Nak Mencekik Tapi Sengkek akan lebih banyak dipenuhi resepi nasi goreng buat masa ni. Beras je yang berlambak sekarang ni.

Resepi? Tengok la kat bawah, macam biasa. Bahannya sikit je, jangan risau.

Bahan:
1 pinggan penuh nasi
Segenggam daging
Beberapa keping cendawan tiram, carik-carikkan
3-4 ulas bawang putih, cincang
1-2 sudu sos tiram
2-3 sudu kicap
Sedikit serbuk lada hitam
Garam dan gula
4-5 sudu minyak

Cara:
1. Nasi tu kau gaul dengan agak-agak 1 sudu teh gula dan 1/2 sudu teh garam. Gaul la sebati. Aku suka gaul dengan garam dan gula siap-siap. Nanti perasa dia tu sekata.

2. Kau potong daging tu nipis-nipis. Kalau nak senang masa dia beku tu kau potong. Memang nipis je. Lagi senang nak potong masa dia beku berbanding dah cair dan lembik.

3. Daging tu letak dalam mangkuk, kau taruk bawang putih, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam, 1/2 sudu teh gula dan 1/2 sudu teh garam. Gaul sebati lepas tu perap kejap beberapa minit yang kau nak.

4. Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis campuran daging tadi sampai daging tu masak elok. Dah tu tambah cendawan. Gaul-gaul lah ia.

5. Tambah nasi. Kacau sampai semuanya sebati. Lepas tu try rasa okey ke idok. Kalau tak okey kome ejas le.

Siap dah pun. Boleh dah nak mencekik. Simple, tapi rasa dan bau nasi goreng ni sangatlah memuaskan. Selain kelainan tekstur cendawan dan daging yang kenyal-kenyal tu dengan nasi yang lembut. Mmm~
Aku masak nasi goreng ni petang tadi sebenarnya. Sepinggan penuh tu aku bahagi 2. Jadi dapat la makan 2 kali sehari.

Nak Mencekik Tapi SengkekWhere stories live. Discover now