Rendang Pedas Perak

704 33 21
                                    

Kome lapo ke tuuu? Ate..moh le kite masok..tak sior awok kalau perut lapo ni. Hahaha..adeh. Entah betul ke tidak aku merepek tu.

Hari ni aku terasa macam nak makan rendang pedas pulak. Lama dah tak makan rendang. Lagipun orang yang tersayang nak datang kejap lagi. Kawan aku pun ada kat rumah, esok baru dia balik rumah family. Elok sangat la aku masak rendang ni. Raya awal lah kami. Hahaha...

Arwah mak aku orang Perak tengah. Orang Beruas. Aku memasak pun banyak ikut cara mak aku. Rendang dari negeri Perak ni takde tumis-tumis. Terus campak aje semua benda lepas tu buka api dan biar je masak. Senang kan? Aku bagi resepi siap-siap, nanti raya boleh la korang try masak. Bagi mak kau rehat dan rasa masakan kau pulak. Mesti mak kau happy. Dan kau pun kembang bila dapat pujian. Tak gitu?

Ate..nah le resepi. Awok bagi kome pree je.

Bahan:
1/2 ekor ayam atau 600gram daging
1 senduk cili kisar (boleh lebihkan)
2 batang serai, potong-potong
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 ruas jari lengkuas
1/2 ruas jari halia
1 sudu serbuk kunyit
1 asam keping
500gram santan
1 peket kerisik
1 helai daun kunyit, buang tengah dia dan hiris kecil
Garam dan gula secukup rasa kau

Cara:
1. Kau blend serai, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia. Ni kalau kau rajin, kau tumbuk la satu-satu. Ambil masa sikit tapi rasa dia memang bertambah sedap dari yang blend.

2. Kau ambil kuali besar, letak atas dapur. Kau masukkan ayam, santan dan bahan yang kau blend atau tumbuk tadi tu sekali dengan cili kisar, serbuk kunyit, asam keping dan daun kunyit. Kau buka api. Jangan kuat sangat. Sederhana dah la.

3. Bila dah mendidih, kau masukkan kerisik berserta garam dan gula. Kau slow kan api tu. Kau biarlah masak sampai pecah minyak dan agak kering. Jangan kau tinggal je pulak. Kacau-kacau lah sekali-sekala.

4. Bila dah agak kering tu, kau buang asam keping. Tapi aku tak buang pun, aku letak dalam mulut. Haa..dah boleh dah kau nak makan dengan nasi ke pulut ke lemang ke ketupat ke atau dimencekik begitu sahaja.

Ate..selamat merendang le yeob!

Nak Mencekik Tapi SengkekWhere stories live. Discover now