Kek Coklat 2 Bahan

1K 59 65
                                    

Hai! Lama gile aku tak up resepi kat sini..haha. Maaflah, tak tau nak up apa. Pasal banyak makan megi je.

Orang yang tersayang dah hadiahkan aku periuk kukus hari tu. Jadi, hari ni aku rasmikan la periuk tu. Aku buat kek. Dah banyak hari terasa nak makan kek. Aku paling suka kek coklat.

Tapi kena juga berjimat. Kalau nak beli tepung, serbuk penaik, serbuk koko dengan segala apa macam tu, mau rabak juga poket. Jadi aku pun bercadang nak buat kek yang pernah viral di Facebook, iaitu kek coklat 2 bahan. Memang senang dan simple sangat resepinya. Kejap je siap.

Mula-mula macam ada keraguan jugak la. Sedap ke buat pakai 2 bahan je? Rupa-rupanya, memang kena dengan citarasa aku. Tak terlalu manis dan penuh bercoklat. Yum!

Jom aku kasi resepi.

Bahan:
2 peket biskut Oreo (yang panjang tu)
1 kotak susu coklat Dutch Lady (200ml, yang kecik tau)

Cara memasak:
1. Kau sediakan blender. Pastikan blender kau tak ada anasir-anasir bawang atau cili. Karang tak pasal kek kau bertambah perisa bawang dan cili pulak. Macam mana nak basuh blender? Senang je. Kau masukkan sabun pencuci pinggan dan air, lepas tu kau blend sampai berbuih. Bilas. Sediakan juga periuk kukus. Kau biar air dalam periuk kukus tu mendidih dulu, barulah boleh mula buat kek.

2. Dah tu, kau masukkan semua biskut Oreo dan susu coklat tu dalam blender. Aku pakai Oreo yang krim coklat. Oreo biasa pun boleh. Kau blend lah ia sampai semuanya hancur dan sebati.

3. Ambik bekas apa pun yang kau nak, sapu sikit dengan minyak kalau kau tak nak bagi melekat. Tak letak pun takpe. Lepas tu kau tuang benda yang kau dah blend tadi ke dalam bekas. Kukuslah ia selama 30 minit atau lebih. Nak tau dia masak ke tidak, cucuk dengan lidi. Kalau takde yang melekat tu dah masak la tu.

Dan bolehlah kau mencekik kek tu. Kau nak curah coklat ke, nak hias pakai buah ke, nak makan begitu saja ke, makan je la. Takkan la itu pun nak kena ajar. Selamat mencuba!

Nak Mencekik Tapi SengkekWhere stories live. Discover now