003 🍎 KAKAK YANG SEKSI

1.1K 156 51
                                    

"Apa? Kekasih?"

Beryl berkerut seribu. Keajaiban apakah ini? Oh, apa yang nak pelik sangat. Beryl yakin dan percaya. Dia kacak, bergaya, menggoda dan tegap di dada. Mana-mana perempuan pun nak jadikan dia kekasih.

"Ya, kekasih...jadilah kekasih aku."

Si wanita siluman terus merayu. Tangannya menggenggam tangan si pemuda berambut merah. Beryl mencebik dan terus menarik tangannya.

"Kau siluman lah....tak nak aku."

"Cinta tak kenal siapa."

Si gadis siluman terus merayu. Pandangan matanya berkaca-kaca merenung wajah Beryl.

"Oh... kau cintakan aku lah ni?"

Beryl menjongketkan keningnya.
Tersenyum nakal.

Sah! Aku memang terlalu segak dan menawan.

"Tak. Aku nak gunakan kau je."

Salanah membuat muka meluat. Si wanita siluman merengus dan terus berpaling. Perasan betul.

"Kurang asam.."

Beryl terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Beryl mencebik. Baru nak perasan ada gadis cantik jatuh cinta dengannya. Rupanya hanya sekadar dipergunakan. 

"Kau mesti tolong aku. Jadi kekasih aku."

"Elehh... aku ajak 'main' tadi tak nak. "

Beryl merengus seraya memutarkan bola matanya. Si wanita membulatkan bola mata dan mencebik. Pantang dicabar. Salanah tiba-tiba naik di atas katil dan merangkak di atas tubuh Beryl.

"Kalau itu yang kau nak. Aku sanggup."

Beryl tersentak! Biar betul?! Tuah jatuh dari langit! Tapi- Terasa meremang pula dengan siluman ni. Kalau bukan siluman dah lama dah Beryl baham perempuan ni.

"Tak naklah. Aku lelaki budiman."

Beryl mengalihkan pandangan wajahnya. Aduh , jantung ni menendang-nendang pula dada ni. Wajah lelaki itu sudah mula kemerahan.

"Orang yang budiman tak akan mengaku dia budiman."

Salanah merapatkan wajahnya pada wajah Beryl. Bola mata biru si wanita merenung dalam bola mata hijau milik si lelaki.  Nafas hangat terasa bersentuhan pada wajah masing-masing.

"Aku cuba nak jadi budiman.."

"Tak payah...Lelaki budiman tak wujud dah."

Rambut Salanh yang panjang beralun menutupi sisi wajah Beryl.

"Salanah. Kau jangan bangunkan aku. Aku nak tidur. Letihlah. Nanti tak puas."

Beryl tersenyum nakal. Dah mula naik miang.

"Jadi kekasih aku.."

Beryl berfikir sejenak.

"Kalau kau bukan siluman..aku dah terima..kau lawa."

"Ya, dan kau pun segak. Aku tak nafikan.."

"Tak payah cakap. Aku sedar tu."

Jari-jemari Salanah mengusap dagu Beryl yang berjambang halus.

"Jarang aku jumpa orang berambut merah burgundy macam ni dan jmbang kau seksi. Aku suka warna merah. Umur kau berapa?"

"19.."

"Muda-muda lagi dah segak.."

Ikhlas Salanah puji.

Eh?

Salanah tersentak!

"Tapi mudanya kau! Aku ingat kau lagi tua daripada aku!"

Terus Salanah bangun dari katil.

Beryl tertawa sinis. Tak sangka Salanah lagi tua? Berapa agaknya umur dia?

"Hai kakak yang seksi.."

"Tak nak aku berkasih sayang dengan budak-budak!"

"Kakak..umur kakak berapa.?"

Sengaja Beryl mengusik. Si pemuda berambut merah terus tertawa.

"JANGAN PANGGIL AKU KAKAK!"

Salanah meninggikan suaranya!

"Baikkkkkkk.."

Beryl mencebik. Bingit dengar perempuan ni menjerit. Tak ada maruah betul.

"Tak guna betul."

Salanah menyilangkan kedua tangannya dan menghentak kaki. Tanda geram!

"Baliklah Salanah...aku nak tidur. Tolonglah."

Beryl mula hilang sabar. Terasa jelik dengan sikap perempuan siluman ni.Air mata Salanah mula bergenang. Dia menggigit bibirnya tanda sakit hati dan geram. Entah kenapa kesabaran terhapus dari hatinya. Emosinya menjadi tidak stabil.

"Aku benci Myran! Myran terlalu mendesak!"

Tiba-tiba sahaja Salanah menjerit! Bergema suaranya di ruang Udara kamr sepi. Beryl terperanjat dan bingkas bangun daripada pembaringan. Gila betul! Asyik terpekik terlolong sahaja!

"Apa kena mengena dengan aku?! Keluar daripada rumah aku!"

"Bantu aku buat Myran bencikan aku. Kalau tak aku tak akan keluar!"

Sekali lagi Salanah menghentak kakinya!

"Kau ingat aku tak boleh heret kau keluar?!"

Beryl mula hilang sabar. Sudah berapa kali dia terkejut gara-gara perempuan siluman ni! Silap hari bulan boleh kena sakit jantung! Salanah pula sekadar merenung tajam wajah Beryl.

"Boleh... dan hidup kau akan disumpah..Untuk pengetahuan kau..Aku penuntut sihir larangan.."

Beryl tersentak.

Salanah tiba-tiba dikelilingi angin yang tenang. Rambut dan pakaian berkerudungnya terbang ditiup angin.

Perlahan-lahan cermin tingkap di ruang kamar itu retak.

"Baiklah! Aku faham! Aku tolong kau!"

Beryl kian cemas. Cermin tingkap habis pecah berderai! Tak guna. Salanah telah gunakan kuasa telekinesis silumannya.

"Bilik aku....."

Beryl mengeluh dalam hati.

Salanah tersenyum sinis. Dengan lagak yang sombong dia berjalan menghampiri Beryl.

"Jadi kau setuju nak tolong aku? Jangan berani kata tidak. Kalau tak aku tak akan biarkan kau hidup dengan aman."

Jari telunjuk Salanah ditekan-tekan pada dada Beryl.

Beryl merenung wajah Salanah dengan cukup meluat. Betina siluman ni... lagi dahsyat daripada Bibianna.

Cukup gedik!

"Jadi apa perlu aku buat?"

"Jadi kekasih aku..."

Salanah tersenyum.

Beryl menghembuskan keluhan. Putar belit betul betina ni.

"Baik, kak salanah. Tadi sombong tak nak.."

Beryl membalas kata dengan sindiran.

Pak!

"Jangan panggil aku kakak!"

Bersambung......


CINTA SILUMANWhere stories live. Discover now