004 🍎 SYLVANORYN ARUL VALDEN

1K 146 117
                                    

Bangsa siluman, bangsa yang boleh tahan juga terkenal dengan kekejaman mereka.

Kau tau kenapa?Pertama sekali mereka jahat dan kejam. Kedua, kepala otak dorang biul. Ketiga, semakin gila semakin kuat pula kuasa telekinesis dorang.

Baiklah, boleh faham tak maksudnya sekarang ni apa?

Aku kena berdepan dengan betina siluman gila bodoh dan menjengkelkan ni. Kuasa telekinesisnya pun boleh tahan kuat.

Biasanya semakin kuat siluman ni semakin mereng kepala otaknya.

Kebanyakkan mereka dilahirkan dengan debu-debu genma yang mengelilingi kepala otak mereka. Sebab tu mereka dikurniakan kuasa telekinesis.

Sebabkan tu jugalah ramai siluman ni tak siuman. Jadi aku agak, Salanah ni boleh tahan juga psikonya.

Kalau kau tengok dia. Memang lawa. Ayu dan tenang sahaja raut wajahnya.

Rambut panjang beralun bewarna coklat. Bermata biru memukau bagaikan lautan yang bergelora. Pakai pula gincu merah menyala bagaikan buah epal ranum

Menyerlahkan lagi kulitnya yang putih gebu macam kain kapan!

Sakit pulak hati aku. Kau jangan tertipu dengan rupa luarannya.

Perangai dia, buat kau rasa nak tampar je muka dia. Tambah lagi sakit hati dah dua kali dia tampar aku.

Siapa yang patut tampar siapa ni?

Aku tampar dia atau dia tampar aku?.

Baru berdepan dengan dia, kurang daripada satu jam aku kenal dia, aku dah nampak buruk perangai dia.

Betina ni, cukup pakej nak buat lelaki benci dia.

Kuat mengarah.

Suka terpekik-pekik.

Sikit-sikit nak menangis.

Sensitif tak kena tempat.

Orang pujuk jual mahal.

Sombong.

Tak boleh nak bergurau.

Suka mengugut.

Cepat sangat naik angin.

Suka musnahkan barang bila naik angin.

Sikit-sikit nak tampar.

Putar belit.

Kuat menyalak.

Jalang pulak tu!

Dan sekarang aku dipaksa untuk bantu dia buat pasangan lelaki dia bencikan dia.

Bodoh punya lelaki. Punya banyak sebab untuk benci perempuan ni, aku pulak kena buat dia benci.

Beryl menghembuskan keluhan. Lengkap berkemeja hitam dan berkot labuh di musim luruh.

Rasanya dah dua jam aku tunggu dia di sini . Di hadapan bangunan ibu pejabat Rosamund.

Janji nak berjumpa di hadapan bangunan Rosamund ni bukannya apa. Aku masih tidak faham selok-belok Eplé.

Leceh betul.

Betul lah cakap mak aku. Seboleh-bolehnya elaklah bercampur dengan siluman ni. Banyak buruk daripada baik.

Oh ye.. tadi aku dah daftar nama baru di Pejabat Rosamund sebagai penduduk Eplé.

CINTA SILUMANWhere stories live. Discover now