010 🍎AIR MATA RAYU SALANAH

704 93 22
                                    

Bola kaca diltekkan di atas katil. Beryl menghembuskan keluhan. Apa yang baru dilihat dan dilaluinya tadi benar-benar mengerikan.

Menjiwai perasaan seorang siluman ternyata adalah perkara yang mengerikan.

Aku membunuh dengan kuasa telekinesis?

Tak..takk.. Maksud aku. Dia membunuh bergitu ramai pegawai teratas Rosamund begitu sahaja?

Jantung Beryl terasa berdebar. Seolah-olah dirinya yang baru sahaja lakukan pembunuhan kejam itu.

"Apa kau rasa?"

Salanah merenung pandangan mata Beryl.

"Gila.."

Beryl meraup wajahnya. Debaran masih terasa. Kepala turut terasa pening akibat daripada kuasa bola kaca itu

"Baguslah kalau kau rasa macam tu."

Salanah tersenyum.

"Apa maksud kau?"

"Kalau kau rasa benda yang kau lalui tu benda gila maknanya kau waras."

Dahi Beryl berkerut.

"Kalau kau rasa teruja maknanya kau sama macam Myran. Gila."

"Jangan samakan aku dengan siluman."

"Aku cintakan Myran.."

Sayu sahaja kedengaran Salanah menyuarakan suara hatinya.

"Habis tu? Pergilah balik dekat dia."

"Tapi.. Myran..aku tak suka dia membunuh.. Aku tak nak."

"Kenapa Myran membunuh?"

Salanah mendiamkan dirinya. Tidak mahu menjawab soalan itu.

"Kejap. Myran membunuh sebab di hampir ditangkap Rosamund kan?"

Salanah mengangguk.

"Kenapa Rosamund nak buru dia?"

Pelbagai soalan mula bermain di dalam minda Beryl.

"Tak tau.."

Salanah mengalihkan pandangan matanya. Dia berdusta.

Beryl hanya sekadar merenung. Tidak puas hati kerana Salanah masih ingin merahsiakan banyak perkara. Tapi, rasanya masa sekarang ni tidak sesuai untuk bertanya.

"Beryl....tolong pisahkan Myran daripada aku."

Salanah menggenggam tangan Beryl.

Air mata gadis siluman itu menitis jatuh di atas tangan Beryl.

Beryl berkerut. Aduhai... menangis lagi?

"Tapi.. kau cintakan dia?"

"Aku tak nak Myran.. Ya, aku cintakan dia tapi jauhkan diri aku daripada Myran."

Esakkan Salanah semakin menjadi-jadi.

"Aku cuba bantu setakat aku mampu.."

Beryl tertunduk. Kekeliruan semakin mengasak mindanya.

Aduhai...

Beryl menghembuskan keluhan.

Tak guna. Myran ni bukan boleh dibuat main. Silap hari bulan putus kepala aku dibuatnya. Salanah ni pulak? Boleh selamba suruh aku buat si Myran ni cemburu? Lupakan dia? Kalau dia ganyang aku? Naya je.

Kalau kepala orang dia boleh cabut macam tu je. Mesti isi-isi perut aku dia boleh pintal dan tarik keluar melalui mulut dengan kekuatan telekinesis luar biasa dia tu.

Mampuslah aku tak lama lagi.

"Beryl?"

Lamunan Beryl pecah apabila kedengaran suara Salanah menyapa.

"Hmm?"

"Kau tak terkucil kan?"

"Bodoh...."

bersambung.....

bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CINTA SILUMANWhere stories live. Discover now