009 🍎 JIWA SEORANG SILUMAN GILA

683 96 9
                                    

"Baiklah, beritahu aku apa rahsia kau."

Beryl menjongketkan keningnya.

"Rahsia aku.. berkaitan dengan Myran."

Salanah menundukkan pandangan matanya.

"Kau cintakan dia lagi kan?"

Beryl tersenyum menampakkan barisan giginya.

Wajah Salanah serta merta bertukar merah.

"Mac-macam mana kau tau?"

Tergagap-gagap Salanah apabila diajukan soalan itu.

"Sebab kau bodoh tak pandai sembunyikan perasaan kau."

Beryl tertawa.

POK!!

Wajah Beryl ditampar kuat dengan bantal!

"Oi!"

"Berani kau main-main kan aku?!"

Wajah Salanah terasa hangat kerana malu.

Beryl rampas bantal itu.

"Nak debik janganlah pakai bantal. Terkeluarlah kekabu dia!"

Beryl merungut.

"Kau nak dengar tak cerita aku ni?"

Salanah merengus geram.

"Nak lah. Hah, kenapa? Apahal dengan siluman bodoh tu?"

"Kau ni..malaslah nak cerita.."

Salanah memalingkan wajahnya.

"Alahai...Kau dah janji..maaflah. Aku gurau je"

Beryl tersenyum sepeti kerang busuk.

"Kalau nak dengar tumpukan perhatian betul-betul!"

Salanah meninggikan suaranya.

"Baik, kakak!"

Beryl memberi tabik hormat sambil terkekeh ketawa. Seronok pulak kenakan siluman ni.

Salanah memutarka  bola matanya. Hembusan keluhan diluahkan.

"Beryl.. "

"Hmm?"

"Aku cintakan Myran.. tapi dia kecewakan aku."

''Kenapa dengan dia?"

"Dia gila...."

Beryl berkerut sejuta.

"Bukan siluman semua gila ke?"

Beryl menahan ketawa.

"Tak...gila Myran sangat luar biasa."

Beryl terkedu seketika. Tak jadilah ketawa bila lihat wajah Salanah yang sedih.

"Oh... cam ne tu?"

"Malas nak cerita."

Jawab Salanah selamba.

"Apa ni?"

Beryl tidak puas hati.

"Kau pernah tahu tentang bola kaca jiwa?"

Salanah merenung wajah Beryl.

"Apa benda tu?"

Beryl mempamerkan riak wajah muka bosan sambil menongkat dagu.

Mereka berdua sedang bersila di atas katil. Menghadap sesama sendiri.

"Aku malas nak cerita sebab aku nak kau rasa sendiri apa yang jiwa Myran lalui."

CINTA SILUMANWhere stories live. Discover now