017 🍎 MUSYKIL MUSYKIL MUSYKIL

737 94 23
                                    

"Beryl?"

"Apa?"

"Aku rasa kita tak ada pilihanlah.."

"Apa maksud kau?"

"Kita terpaksa terima?"

"Ah! Tak nak! Kepala otak nak terima. MENGARUT! Bayangkan nak duduk serumah dengan kau pun aku tak mampu!"

Beryl meninggikan suaranya.

"Eh? Kau fikir apa? Kau ingat aku sanggup hidup dengan kau?"

Sylvan mula terasa jelik.

"Apa? Habis tu?"

"Maksud aku kita tiada pilihan lain dan terpaksa jadi kuli siluman tu. Faham? Bukan terima jadi suami isteri."

Sylvan menerangkan panjang lebar dan memutarkan bola matanya.

"Oh.. itu ke? Kenapa tak cakap awal-awal."

Beryl menjongketkan keningnya dan tertawa.

"Aku nak kita berpisah secepat mungkin."

"Oh...kena jadi kuli siluman tu ye?"

Beryl menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Itu sahaja pilihan yang kita ada."

Sylvan mula mengatur langkah.

Beryl masih berdiri.

Jadi kuli kepada siluman tu? Ish..tak naklah...

"Oi! Cepatlah..berdiri di situ buat apa?"

Laung Sylvan yang hanya dua langkah sahaja jarak mereka berdiri.

"Heh...takut berpisahlah tu?"

Beryl tertawa sinis. Sempat dia berjenaka.

"Aku tidak mahu mati katak."

Sylvan merengus.

"Tuan.."

"Berhentilah panggil aku tuan! Bukannya kau ada rasa hormat pada aku pun?"

Sylvan mula naik darah. Ada pelbagai tugasan yang bakal dirinya pikul dan dia terpaksa berhadapan dengan masalah bodoh ini?

"Habis tu? Nak panggil apa? Abang?? Er...."

Beryl meremang. Terkenangkan yang mereka kini adalah suami isteri terasa ingin muntah pula.

"Panggill aku, kanda.."

Sylvan pula tertawa sinis. Membalas jenaka Beryl. Wajahnya sedikit merah. Perasaan sakit hati dan segan bercampur.

"Err.. Hentikan gurauan bodoh ni. Sebelum ada antara kita yang muntah isi perut.."

Kedua tangan Beryl mengusap kedua bahunya sendiri. Sejujurnya tekak dia mula terasa mual.

"Benar kata kau.... Sudah, jangan buang masa. Cepat."

Sylvan mula ingin mengatur langkah.

"Err..tuan sekejap."

"Panggil aku Sylvan.."

"Oh, baiklah."

"Apa dia?"

"Aku musykil..."

"Musykil?"

"Ya, musykil."

"Musykil tentang apa?"

"Tentang status kita."

Beryl memutarkan bola matanya.

"Maksud kau?"

CINTA SILUMANWhere stories live. Discover now