020 🍎 KISMIS

849 67 21
                                    

"Sat---"

"JANGAN!"

Sylvan terus mendakap tubuh Beryl dari belakang. Beryl tersentak! Pisau yang hampir menikam belakang tengkuk Beryl berhenti di udara. Bilah pisau kemudian terjatuh di atas lantai. Bunyi berdeting bergema di ruang udara.

Beryl meneguk air liur. Kepala otak dia. Siluman ni cuba bunuh Beryl begitu sahaja?

"Apa maksud semua ni? Kau juga mahu mati bunian?"

Myran merenung tidak puas hati. Beryl terdiam? Apakah? Siluman ini betul-betul ingin bermain dengan nyawanya?

"Adakah  kau tidak merestui perkahwinan kami?"

Sylvan merenung wajah Myran. Beryl berkerut. Si bunian masih lagi mendakap belakang Beryl.
Wajah Sylvan serius. Lakonannya penuh dengan emosi.

"Kanda Beryl! Kalau sayangkan dinda lepaskan dia!"

Sylvan menggoncang-goncang bahu Beryl dari belakang. Cuba mereka adengan bodoh dengan niat ingin menghiburkan Myran. Bukan apa, dia tau Myran suka bodohkan mereka berdua. Melihat Beryl dan Sylvan diperbodohkan adalah kebahagian Myran Stefanus Sandros.

"Yelah! Lepaskan aku!"

Beryl menolak tubuh Myran kedepan dan menolak Sylvan dengan sikunya kebelakang serentak. Pipinya mula kemerahan. Kepala bana. Apahal Sylvan panggilnya kanda?! Geli!

Myran tertawa kecil. Dia terhibur.

"Apahal kau gelak?"

Beryl menahan rasa geram. Buku lima dikepalkan. Rasa macam nak tanam penumbuk dalam muka Myran.

"Kanda, bawa bertenang ya?"

Sylvan mengusap buku lima Beryl dengan senyuman kerang busuk penuh paksa. Tolonglah faham Beryl. Sylvan bukan sengaja berkelakuan begini. Tetapi terpaksa. Sekurang-kurangnya Myran terhibur dengan jenakanya? Entah Sylvan pun tak pasti apa yang ada dalam kepala otak siluman ni.

"Apahal kau ni?!"

Beryl berbisik dalam nada geram. Tangannya terus ditarik dari sentuhan lembut jari bunian.

"Sabarlah.."

Sylvan turut berbisik geram. Susah juga nak berurusan dengan manusia baran ni. Tapi tak apa. Hatinya sedikit sebanyak lega. Rasanya Myran sudah kembali waras.

"Erm, Myran."

Sylvan berdehem. Kembali berkelakuan seperti jantina asalnya. Beryl pula silangkan tangan di dada sambil menghembuskan nafas keluhan. Kedua bahunya diusap. Bola mata berputar ke atas tanda meluat. Meremang dibuatnya.

"Saya mohon maaf atas masalah yang kami cetuskan. Tapi saya sejujurnya, ingin selesaikan masalah kita secepat mungkin. Boleh kita berbincang?"

Kedua telapak tangan Sylvan dilekapkan sebagai tanda merayu. Myran cuma sekadar tersenyum dan ketawa sinis melihat tingkah laku Sylvan.

"Boleh kan?"

Sylvan membongkokkan sedikit tubuhnya dengan telapak tangan yang masih terlekap. Cuba untuk terus merayu.

"Baiklah, aku setuju."

Myran mengannguk tanda setuju.

"Oh, Terima kasih!"

Oh, betapa Sylvan bersyukut. Myran akhirnya akur. Punggungnya disandarkan pada meja kayu. Pandangan mata merenung pula pada si manusia.

"Aku bersetuju dengan syarat."

Myran bersuara mendatar. Sylvan berkerut. Beryl pula mempamerkan muka meluat. Syaratlah itulah, inilah. Menyesal pula tolong si perempuan siluman ni.

"Kau sudah bersedia nak dengar syarat aku, wahai manusia?"

Myran melangkah perlahan menghampiri si pemuda manusia berambut merah. Beryl pula merenung wajah Myran dengan penuh rasa tak puas hati.

"Apa syarat kau? Kau nak tau mana salanah pergi? Baiklah! Aku bagitau! Aku pun tak nak apa-apa kaitan dengan dia lagi!"

Beryl juga akhirnya menyerah kalah. Rasanya memang tak berbaloi nak tolong perempuan siluman ni! Nyawanya dibuat main! Siluman ni suka-suka nak main tikam-tikam ataupun main bunuh-bunuh.

"Baiklah, beritahu aku di mana Salanah."

Ya, hanya itu sahaja syarat Stefanus Myran Sandros. Siluman itu cuma ingin tahu ke mana Megan Salanah Marlys telah pergi.

"Ceraikan aku dengan bunian gila ni dulu dan aku akan bagitau mana Salanah pergi."

Beryl bersuara dalam nada tegas. Tidak. Tidak akan sesekali Beryl mempercayai siluman di hadapannya.

"Kau berani bagi arahan dekat aku?"

Myran mula bengang dan terasa dicabar.

"Errr...Beryl? Myran? Boleh bertenang?"

Sylvan pula risau dengan suasana tegang antara mereka berdua. Susahlah misinya kali ni. Aduhai malang nasib si bunian.

"Apa? Kau ingat aku mentah-mentah nak bagitau mana Salanah pergi? Belum tentu kau nak ceraikan aku dan dia."

"Aku akan ceraikan kau berdua setelah aku tau ke mana Salanah pergi."

"Aku ulang sekali lagi. Ceraikan aku dulu."

Suara Beryl semakin meninggi. Beryl tidak akan sesekali terpedaya dengan helah siluman gila di depannya.

"Aku tanya sekali lagi. Berani kau berikan arahan pada aku?"

Myran juga tidak mahu mengalah. Berani manusia ni berkelakuan bongkak terhadapnya? Beryl rampas Salanah dan dia berlagak macan dia berhak memberi arahan pada Myran?

"Ya! Aku peduli apa?! Kau ingat aku takut dengan kau?"

"Kau-"

Beryl hilang sabar dia. Terus pemuda berambut merah burgundy itu memotong cakap siluman. Suaranya semakin meninggi.

"Kau Siluman bacul! Suka main tikam-tikam belakang! Mana telur jantan kau? Dah kecut macam buah kismis. Batang macam lid-"

PAK!

Sylan terus menampar mulut Beryl.

"Mulut jaga wahai manusia muda."

Sylvan juga hilang sabar. Mereka berdua lupa ke yang dia juga berada di situ. Ingat dia tunggul kayu tua ke?! Langsung tak menghormati dirinya selaku bunian yang tua juga sebagai pihak Rosamund.


Finally new chapter telah ditulis. I am sorry pendek. Wow. Dah lama x menulis. Rasa janggal. Sorry ye if ada typo mana2. Me tulis dalam keadaan mengantuk.
What do you guys think about this new chapter? Harap masih dapat hiburkan korang macam dulu. Jangan lupa vomments!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA SILUMANWhere stories live. Discover now