013 🍎AMARAN SI KEKASIH GILA

685 89 0
                                    

Air hujan membasahi dunia.
Walau berbumbung, walau berpayung tetap akan basah.

Air mata Salanah menitis-nitis jatuh di atas ribanya.
Walau diseka tetap mengalir.

Pedih hatinya.

Bersendirian Salanah duduk di sebuah pondok buruk.

Peristiwa yang berlaku malam tadi begitu memedihkan.

Esakkannya berlanjutan saat dia bersendirian menyelami rasa hibanya.

Jauh dia menyelam ke dasar jiwanya.

🍎

Langkah Salanah riang memijak tanah Eplé. Si gadis siluman dalam perjalanan untuk bertemu janji dengan kekasih palsunya, Beryl. Tersenyum membawa bakul yang berisi dengan buah epal.

"Salanah..."

Myran menarik kasar lengannya.

Langkah Salanah terhenti.

Pandangan matanya tetkaku merenung pandangan mata lelaki siluman itu.

"Kau nak ke mana?"

"Lepaskan aku, Myran.."

Salanah menarik lengannya.

"Aku tanya..kau nak ke mana?"

Lengan Salanah direntap kasar supaya menghampirinya.

Terlepas bakul buah yang dibawa Salanah. Habis berterabur di atas tanah.

Salanah tidak menjawab. Hanya sekadar merenung pandangan matanya. Air matanya mengalir jatuh.

Sampai hati Myran buat begini...

"Kau nak jumpa lelaki bodoh tu kan?"

Hati Myran sakit.

"Dia tak bodoh.."

"Apa masalah kau? Kenapa kau buat aku macam ni? Bukan kau kata kau sayangkan aku?"

Genggaman pada lengan Salanah dieratkan lagi.

Salanah hanya mendiamkan diri.

Sengaja Myran menyakiti Salanah dengan niat mahu Salanah mengaku perasaan sebenarnya.

Ya, Myran tau Salanah masih cintakannya.

"Lepaskan aku, Myran..Tolonglah.."

Salanah merayu. Air matanya menitis.

"Beritahu aku. Kau masih cintakan aku kan?"

Myran terus mendesak.

"Tak ..."

Salanah menggelengkan kepalanya.

"Salanah..."

Myran menarik kasar wajah Salanah. Memaksa Salanah untuk merenung wajahnya.

Air mata Salanah semakin lebat gugur.

"Kalau aku tau hati kau sakit..."

Jari telunjuk Myran mula menyentuh dada Salanah.

"Kalau aku tau hati kau selalu rasa pedih..."

Jarinya menekan-nekan dada Salanah.

"Aku tak akan teragak-agak untuk membunuh  ... "

Salanah hanya membisukan dirinya.

Bibirnya terketar-ketar menahan sebak. Air matanya tidak henti-henti mengalir.

"Kau tau aku sayang kau.."

Wajah Salanah dibelai lembut.

"Aku tak akan biarkan hati kau menderita."

Tangannya mula mengusap leher Salanah.

"Aku akan berikan kau bahagia yang berkekalan." 

Pipi Salanah dikucup.

Salanah pantas menolak tubuh Myran!

"Tinggalkan aku!"

Myran hanya sekadar tersenyum sinis.

"Jangan risau.. bila kau tak tertanggung rasa sedih kau, aku akan datang cari kau."

"Pergi! Aku akan bahagia kalau kau tak ada."

Salanah meraup wajahnya.

Myran hanya sekadar tertawa. Perlahan-lahan dia berjalan pergi.

Air mata berusaha diseka. Perlahan-lahan Salanah melutut. Bakul di ambil. Buah-buah epal yang bertaburan dikutip  semula satu persatu.

🍎

Salanah merenung langit yang mencurahkan air hujan. Terlalu lama mengimbas kisah duka itu.

Apakah benar...duka dan hiba itu mampu diraih setelah ajal menjemput kita. Apakah kebahagian itu mampu diperoleh hanya di kehidupan selepas kematian?

Tidak...realiti dunia harus ditempuhi.

bersambung...

bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CINTA SILUMANWhere stories live. Discover now