019 🍎 CERAIKAN AKU!

782 88 68
                                    

Tubuh Sylvan dan Beryl basah kuyup semula. Pasangan pengantin baru melangakah keluar dari sungai.

Mereka berdua terpaksa terjun tadi ke dalam sungai kerana tidak mahu mati disengat tebuan.

"Sebabkan lebah aku basah-kuyup semula."

Beryl menghembuskan keluhan.

"Tebuan ke lebah?"

"Diamlah...yang penting kita tak mampus."

Tak guna punya tebuan.

Tak.. bukan salah tebuan.

Monyet celaka. Suka-suka hati campak sarang tebuan.

Sekejap. Bukan salah monyetlah.

Siluman bongok. Semuanya salah siluman gila tu!

🍎

Sylvan duduk bersila di atas tanah di tepi sungai sambil menekup wajahnya. Rasa macam nak menangis. Rambutnya yang panjang habis rosak. Madu lebah terlalu banyak melekat pada rambutnya.

Beryl pula terpaksa melutut di atas tanah jadi tukang gunting.  Menggunting rambut si bunian.

"Kenapa mesti simpan rambut panjang. Kau menyusahkan aku."

Beryl merungut. Tangannya turut melekit disebabkan terpaksa memegang rambut Sylvan yang dipenuhi madu.

"Boleh tak semasa tolong jangan merungut. Aku sedang berduka."

Sylvan menghela nafas panjang. Rambutnya yang panjang terpaksa dipotong. Daripda bawah belikat kini sudah tiba di paras tengkuk.

"Rambut bukan tak tumbuh balik. Tak payahlah nak berduka sangat."

Beryl membuat  muka meluat.

"Ini bukan soal tumbuh semula atau tidak. Aku perlu kekalkan identiti bunian aku."

Sylvan meraup wajahnya.

"Kau nak aku gunting telinga kau?"

"Jangan."

"Kalau macam tu cepatlah bangun. Tak payah nak layan perasaan sedih kau tu. Aku nak bercerai dengan kau secepat mungkin."

"Apa ni? Kau cakap seolah-olah aku harapkan simpati dan pujuk-rayu daripada kau?"

"Kenapa kau fikir macam tu pulak? Aku cuma nak jumpa dengan siluman tu cepat!"

"Oh... macam manalah aku tak salah faham. Kita kan suami isteri."

Sylvan tertawa seraya dia berseleroh.

"Bodoh! Cepatlah!"

🍎

Mereka tiba di rumah tumpangan tempat Myran menginap.

Myran tersenyum melihat kehadiran dua individu yang baru sahaja dia kahwinkan.

"Selamat datang pengantin baru!"

Myran menepuk-nepuk tangannya.

Beryl dan Sylvan hanya merenung tajam Myran.

"Bagaimana dengan hari pertama korang sebagai suami isteri? Seronok? Atau penuh dengan pancaroba?"

Myran menjongketkan keningnya.

Sylvan dan Beryl hanya kekal membisu merenung tajam wajah Myran.

"Oh! Sekejap! Sebelum tu! Aku nak tau! Siapa yang mainkan peranan sebagai suami dan siapa isteri?"

Biji mata Sylvan dan Beryl terbuntang luas.

"Jangan mengarut! Aku bukan sesiapa kepada bunian ni!"

Beryl mula melenting saat seluruh tubuhnya meremang.

"Oh..aku tau. Mesti Beryl bertindak sebagai suami kan? Dia lebih kasar."

Myran tertawa.

Beryl mula menggigit bibirnya. Wajahnya sudah merah. Geram sangat!

Wajah Sylvan juga sudah mula kemerahan. Segan betul!

"Oh..dan kau Sylvan. Kau memang lebih sesuai jadi seorang isteri. Tapi kenapa potong rambut? Hilanglah ayu kau."

Myran mengurut dagu sambil merenung Sylvan.

Sylvan menekup matanya. Bahunya berenjut menahan ketawa dan segan. Tak taulah nak ketawa ke marah. Tapi..

PAK!

Sylvan tersentak! Beryl tiba-tiba menepuk kepalanya sekuat hati.

"Kenapa kau buat begitu?"

Sylvan berkerut seribu.

"Apahal kau tersipu malu?! Kau buat aku jijik!"

"Jangan sesuka hati tepuk kepala aku lagi!"

Sylvan merenung Beryl tidak puas hati.

"Oh, Beryl..janganlah berkasar terhadap isteri kau. Kau perlukan dia malam nanti. Kau perlu bijak curi hati dia untuk adegan istimewa malan pertama."

Myran tersenyum sinis mengejek Beryl dan Sylvan

"Jangan biadab."

Beryl terus menarik kolar baju Myran.

"Aku nak kau ceraikan aku dan dia sekarang!"

Beryl merenung tajam pandangan mata siluman.

Myran pula masih bersahaja.

"Lepaskan aku dalam bilangan tiga.."

"Aku dah hilang sabar dengan kau."

"Tiga..."

Myran mula menghintung namun Beryl masih enggan melepaskan Myran.

"Dua.."

"Beryl..."

Sylvan berkerut..

"Beryl..lepaskan.."

Sylvan mula terasa risau. Aura telekinesis siluman mula dirasai Sylvan.

Satu bilah pisau laju terbang ke arah tengkuk Beryl dan manusia baran ni akan mati kalau tak lepaskan Myran!

"Sat---"

bersambung

bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CINTA SILUMANWhere stories live. Discover now