018 🍎 UJIKAJI BUNIAN BIJAK

793 87 32
                                    

"DIAAMM!"

Beryl meninggikan suaranya. Wajahnya sudah merah padam.

Sylvan tidak henti-henti ketawa.

"Setakat terpijak najis macam tu sudah dianggap malapeteka?"

Ketawa bunian itu berlanjutan.

"DIAM! Kau tak kena kau tak tau!"

Beryl duduk di tepi sungai. Kasutnya yang baru dibasuh diletakkan disisinya.

Pemuda berambut merah itu menghembuskan keluhan. Wajahnya diraup.

"Aku tak sepatutnya tinggalkan Raegan.."

Sempat pula Beryl terasa kesal. Entah ya atau tidak.

Sylvan hanya sekadar tertawa.

"Aku rasa itu hanyalah kebetulan."

Sylvan mengurut dagunya.

"Tak...aku tak anggap tu sebagai satu kebetulan."

Beryl menidakkan hujah Sylvan.Satu keluhan berat dihembuskan.

"Bagi aku itu adalah kebetulan."

Sylvan menjongketkan keningnya sambil tersenyum.

"Kau gila apa? Bukan dah jelas ke? Itu malapetaka!"

Beryl cuba meyakinkan Sylvan.

"Malapetaka itu sepatutnyya adalah sesuatu yang memudaratkan."

Sylvan menyilangkan kedua tanganya.

"Terpijak taik tu memudaratkanlah! Aku boleh mati kalau aku tergelincir."

Beryl mula meninggikan suaranya.

"Apa? Jangan mengarutlah."

Sylvan mengangkat bahunya. Bunian berambut putih itu mula mengatur langkah.

Beryl berkerut. Ke mana Sylvan nak pergi!? Gila ke?!

"Sekejap! Kau nak ke mana?!"

Beryl mula gelabah.

"Ujikaji."

Jawab Sylvan bersahaja. Bunian berambut putih panjang itu hanya terus melangkah tanpa langsung mempedulikan Beryl.

"Berhenti! Kau tak boleh tinggalkan aku!"

Beryl terkial-kial berdiri dan menyarung kasutnya. Dia perlu menghalang Sylvan!

Mereka tidak boleh berpisah!

"Selamat tinggal dan jumpa lagi di lain masa!"

Sylvan melambai tangannya tanpa menoleh sedikit pun pada Beryl.

Nekad betul bunian bodoh ni.

"Sylvan!! Tunggu!"

Beryl meninggikan suaranya.

Sylvan mengabaikan sahutan Beryl. Semakin jauh pula dia berjalan meningglkan Beryl.

"Tak guna bunian bodoh! Dia buat macam aku hegehkan dia!"

Beryl merungut tidak puas hati!

Saat Beryl mula ingin mengejar Sylvan tak sampai pun beberapa saat--

GEDEBUKK!

Beryl tersandung batu!

Tubuhnya jatuh tertiarap di atas tanah
Bertambah malang, Beryl tergigit bibirnya sehingga berdarah!

"UMMMPHHH.....SAKKKkkkk--it..."

Beryl menahan sakit. Matanya berair.
Tak taulah ini malapetaka ataupun sebab kegopohan Beryl sendiri.

CINTA SILUMANWhere stories live. Discover now