007 🍎 BERTUKAR RAHSIA

1.1K 141 27
                                    

"Dia lelaki bodoh. Aku tak puas hati betul. Aku sempat tumbuk dia sekali je? Dia? Dia tumbuk aku dua kali??!! Siluman bodoh."

Beryl membebel sambil menuam air batu yang berbalut dengan kain napkin pada pipinya.

Air kopi mocha dibiarkan di atas meja.

"Aku minta maaf. Kalau bukan sebab tolong aku. Tak ada muka kau bengkak-bengkak."

Salanah mencebik. Air kopi latte dihirup.

Mereka berdua sedang lepak di Kafe Kopi yang sederet dengan kediaman Beryl.

"Bukan main lagi kau ugut aku semalam. Tak payahlah nak buat ayat simpati. Mintak maaf konon."

Beryl memutarkan bola matanya. Air batu terus dituam.

Salanah menjuihkan bibirnya. Minta maaf pun salah. Tak akanlah orang nak sejukkan hati dia pun tak boleh

"Kalau tak ikhlas. Tak payah mintak maaf."

Beryl terus membebel.

"Beryl...."

Lembut sahaja suara Salanah kedengaran.

"Apa?"

"Terima kasih.."

Tulus Salanah mengucapkan terima kasih. Beryl terdiam seketika. Hati pemuda itu sedikit sebanyak terasa sejuk.

"Tak ada hal lah."

Ujar Beryl mendatar.  Salanah terus tertawa.

"Tak ada? Tapi merungut."

Salanah tersenyum. Comel juga Beryl ni. Kasar tapi hati lembut.

"Siapa tak merungut? Muka aku bengkak-bengkak. Macam mana nak tayang kat khalayak ramai?"

"Itu yang kau risau?"

"Apa? Kau ingat hal kecik? Mak aku lahirkan aku susah-susah tak akan aku nak biarkan siluman bodoh tu rosakkan muka aku."

"Untung betul mak kau. Ada anak yang hargai pengorbanan dia."

Salanah tersenyum. Air kopi dikacau dengan sudu kaca yang kecil.

Beryl tersentak. Hargai pengorbanan? Tapi lari daripada rumah. Terasa panas telinga Beryl. Sinis betul walaupun Salanah tak maksudkan. Si gadis siluman langsung tiada niat untuk menyindirnya.

Salanah berkerut.

"Beryl? Kau okey?"

"Okey je."

Beryl menarik nafas dalam dan menghembuskan keluhan.

"Kau tipu aku."

Salanah menjongketkan keningnya.

"Ya, aku tipu."

Malas Beryl nak melayan Salanah.

"Luahkanlah kat aku. Mana tau boleh terasa ringan sikit beban kat hati."

"Bukannya apa-apa pun."

"Aku tau aku  ada salah cakap tadi. Raut wajah kau berubah bila aku sebut tentang mak."

Salanah merenung wajah Beryl yang asyik menuam air batu pada wajahnya.

"Mak aku dah mati."

Jawab Beryl selamba tanpa berkias.

Salanah terkedu.

"Dan aku larikan diri daripada keluarga angkat aku."

"Oh..maaf. Aku tak ada niat nak buat kau terkenang sejarah hitam kau."

Salanah tertunduk.

"Aku dah beritahu rahsia hidup aku kan?"

Beryl tersenyum sinis.

"Hah? Apa maksud kau?"

"Beritahu aku rahsia hidup kau pulak."

Beryl tertawa. Jahatnya terasa. Bukannya apa. Beryl dapat rasakan ada sesuatu yang bukan perkara biasa berlaku antara Salanah dan juga Myran.

"Rahsia aku?"

"Ya, aku tau kau sembunyikan sesuatu."

Beryl menjongketkan keningnya.

Air batu yang dituam pada pipi dimasukkan ke dalam cawan dengan selamba.

Terbuntang biji mata Salanah. Tumpuan Salanah serta merta lari daripada topik perbualan akibat daripada tingkah laku buruk Beryl.

"Kau buat apa Beryl?!"

"Air panas sangat, cakap dengan kau buat tekak haus."

Jawab Beryl selamba.

"Pengotornya kau."

Berkerut-kerut dahi Salanah.

"Aku yang minum. Bukan kau."

Beryl acuh tidak acuh. Cawan diangkat dan Beryl suakan ke mulutnya.

"Jangan minum!"

DUSSSSSHHH!!!

Cawan kaca pecah berderai! Habis air kopi mocha tertumpah pada baju dan seluar Beryl.
Air kopi mocha turut membasahi wajah Beryl!

Beryl terpinga-pinga. Hanya tangkai cawan sahaja yang tinggal tersarung pada jari Beryl.

Apa yang berlaku?

"Opss, maaf Beryl. Aku tak sengaja."

Salanah memohon ampun. Ya, dengan kuasa telekinesisnya dia telah pecahkan cawan Beryl secara tidak sengaja. Oh, lagipun Salanah bukannya tau sangat nak kawal telekinesisnya.

"Betina gila..."

"Kan aku dah minta maaf."

Bersambung....

Bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CINTA SILUMANWhere stories live. Discover now