008 🍎 RAHSIA SILAM BERYL

744 97 25
                                    

Beryl sudah siap berpakaian baru. Pakaian yang dikotori dengan air mocha dibiarkan di atas lantai.

Tubuhnya dihempaskan di atas katil empuk.

"Ahhhhhh... lega.. sedaplah baring ni."

Salanah hanya sekadar memutarkan bola matanya.

Jantan pemalas! Macam ular. Menjalar.

"Kakak cepatlah bercerita. Apa tercegat lagi. Waktu tidur kan?"

Beryl menuntut kisah rahsia Salanah.

Salanah melabuhkan punggung di birai katil.

"Aku ada tawaran."

"Tawaran apa?"

Beryl menjongketkan keningnya.

"Beritahu aku satu lagi rahsia paling besar dalam sejarah hidup kau dan aku akan beritahu kau rahsia paling besar dalam hidup aku."

Beryl terdiam.

"Ini tawaran.. sama ada kau setuju atau.."

"Rahsia aku? Rasanya aku tak ada rahsia apa-apa.."

Beryl memintas cakap gadis siluman dan berfikir sejenak.

"Beryl.. tawaran ni.. sama ada kau setuju ataupun mati."

Salanah merenung tajam mata Beryl.

"Lawaklah sangat... "

Beryl memutarkan bola matanya. Disangkanya Salanah hanya sekadar bergurau.

Swossshhhh!!

Satu hirisan kaca terbang dan terus menghiris sisi wajah Beryl.

Biji mata Beryl terbuntang luas. Pedih terasa! Kaca halus telah membelah kulitnya. Darah mengalir.

Beryl benar-benar tergamam.

"Ingat aku main-main?"

Salanah merangkak di atas katil dan baring di sisi Beryl.

Beryl menghembuskan keluhan.

"Apa salahnya bertukar rahsia hidup. Aku nak mengenali kau lebih rapat. Jangan lupa. Aku ni kekasih kau."

Salanah tersenyum manis.

Kaca tingkap yang pecah berderai masih banyak berterabur di lantai. Bila-bila masa sahaja Salanah boleh menggunakan telekinesisnya untuk menghiris tubuh Beryl.

Lupa pula. Siluman adalah bangsa yang suka jadikan nyawa sebagai bahan pertaruhan untuk perkara remeh. Itu tradisi mereka.

"Baiklah..aku beritahu rahsia aku."

Beryl meneguk air liur.

🍎

"Ya, masa aku kanak-kanak lagi.. aku telah diperdagangkan untuk dijadikan hamba. Aku dan kanak-kanak lain dilayan macam sampah."

Salanah tekun dan tergamam mendengar Beryl bercerita.

"Paling aku tak tahan..apabila jadi hamba pemuas nafsu. Itu perkara yang paling menjijikkan..Kalau puaskan nafsu perempuan aku tak kisah. Ini nafsu lelaki tua."

Beryl meraup wajahnya.

"Memalukan.."

Salanah terasa simpati. Tak sangka peristiwa silam Beryl begitu memedihkan. Perlahan-lahan tangannya mengusap bahu Beryl.

"Hidup aku berubah selepas pasangan suami isteri mengambil aku sebagai anak angkat mereka. Tapi aku mengalami trauma yang dahsyat. Aku ingin memori aku dipadamkan. Pelbagai sihir telah digunakan untuk padam ingatan aku. Tapi tak berkesan."

Beryl menghembuskan keluhan.

"Cukuplah Beryl. Tak perlu ingat perkara yang kau tak suka"

Salanah serba salah.

"Aku cuba nak lalui hari aku tanpa memikirkan perkara yang sedih..dan kau buat aku ingat semua benda bodoh dan menjijikkan ni."

Beryl tersenyum tawar.

"Maafkan aku Beryl...aku tak ada niat nak buat kau berduka."

"Sekarang ni aku dah cerita semuanya kan? Puas hati kau?"

Dingin kedengaran suara Beryl.

"Ya, Beryl. Aku minta maaf."

"Janji sesuatu pada aku."

Beryl merenung wajah Salanah.

"Apa?"

Salanah membalas renungan mata Beryl.

"Janji pada aku kau tak akan ceritakan pada sesiapa tentang apa yang aku beritahu kau tadi."

"Baiklah, Beryl..aku tak akan beritahu sesiapa walau apa sekali pun. Aku simpan rahsia ni."

"Dan aku harap kau tak akan tanya aku apa-apa lagi tentang rahsia aku. Aku harap jugak kau tak akan tuntut apa-apa daripada aku."

Beryl kekal merenung pandangan wajah Salanah.

"Baiklah Beryl. Aku berjanji."

Salanah mengalihkan pandangan matanya daripada Beryl. Rasa kesal dan bersalah bersarang pada hatinya.

"Terima kasih, Salanah. Kau siluman yang paling baik pernah aku jumpa."

Beryl tersenyum memandang wajah ayu si gadis siluman.

Salanah kekal membisukan dirinya.

"Salanah, kau akan ceritakan rahsia hidup kau?"

"Jangan risau, aku dah janji.Aku tak akan mungkir janji."

"Salanah...?"

Lembut sahaja Beryl memanggil nama gadis siluman itu.

"Ya?"

"Sebelum kau cerita rahsia kau.. aku nak beritahu satu lagi rahsia aku."

"Hmm?"

Beryl tersenyum

"Rahsia yang aku beritahu kau tadi tu aku tipu je. AHAHAH!!"

Beryl bantai ketawa!!

"BERYLL!!!! Tak guna kau!"

bersambung....

bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CINTA SILUMANWhere stories live. Discover now