Bab 1

20.5K 477 17
                                    

ISTERI MAMAT PLAYBOY

PAGI yang indah. Burung-burung berkicauan. Angin sejuk menyapa wajah. Kabus-kabus meliputi bukit bakau yang tidak jauh dari kawasan perumahan ini. Betapa indahnya ciptaan yang Allah ciptakan ini.

     Selesai melilit shawl di kepala, aku terus menyambar beg tangan Gucci milikku. Tidak lupa juga telefon bimbit yang berada di atas meja solek. Pintu bilik kututup perlahan.

     Aku menuruni anak tangga. Apabila sampai di anak yang yang terakhir, terpampang wajah Mama yang sedang menuang air teh panas ke dalam cawan. Papa juga berada di situ. Seperti biasa, Papa akan membaca surat khabar terlebih dahulu sebelum sarapan.

     "Morning Papa, Mama." Sapaku lembut. Satu senyuman diberikan kepada mereka.

"Morning Nina. Jom sarapan." Pelawa Mama.

     Kaki kuatur ke arah meja makan. Kerusi kutarik lalu aku duduk di atas kerusi itu. Aku menghirup sedikit air teh panas yang telah dituang oleh Mama sebentar tadi. Walaupun panas, tetap sedap. Air tangan ibu la katakan.

     Tanganku laju sahaja mencapai sekeping roti. Aku menyapu peanut butter di atas roti tersebut. My favourite. Selesai menyapu peanut butter di atas roti, aku menggigit sedikit roti itu. Yummy. Sedap sangat. Pandai kan aku buat?😂

     "Hari ni bakeri tutup pukul berapa?" Papa mula bersuara.

     "Macam biasa. Pukul 10.00 p.m. Kenapa?" Balasku.

     Papa memandang Mama seketika sebelum memandangku. Eh, dah kenapa diorang ni? Ada masalah ke?

     "Papa dengan Mama nak bagitau Nina something malam ni. Balik awal sikit."

     "Hmm. Tengok dulu la. Okay la. Nina nak pergi bakeri dulu. Assalammualaikum." Aku terus menyalami kedua ibu bapaku.

"Waalaikumsalam. Take care ye Nina."

     Aku hanya tersenyum manis ke arah mereka. Punat kereta ditekan. Aku terus masuk ke dalam perut kereta Audi milikku. Aku menghidupkan enjin kereta lalu keretaku laju meluncur di atas jalan raya.

·— ♡♡♡ —·

SEBAIK sahaja sampai di Secret Garden Bakery, aku terus melangkah masuk ke dalam bakeriku ini. Ya. Bakeri ini memang milikku. Aku bekerja di bakeri ni bersama dua orang sahabat baikku. Isya Hayani dan Aira Ameena. Mereka berdualah yang telah bersama-sama denganku menjayakan perniagaan ini.

     Alhamdulillah. Bakeri kami ni dah semakin maju. Semuanya berkat doa kami jugak. Tidak sia-sia doa kami selama ni.

     Aku melangkah ke arah dapur. Kelihatan Isya sedang menyediakan bahan-bahan untuk membuat cupcake. Biasalah, dia ni rajin. Selalu datang awal. Bukan macam owner bakeri ni.

"Assalammualaikum. Seorang je ke?"

     "Waalaikumsalam. Tak la. Ramai ni. Dalam sepuluh orang." Sinis sahaja kata-kata Isya itu.

     Aku hanya tersenyum kambing. "Alaa... Saja je. Tak payah la sampai perli aku."

     Kulihat Isya hanya membuat rolling eyes. Tanpa membuang masa, aku terus ke belakang bakeri untuk membuang sampah. Apabila aku ingin masuk ke dalam dapur bakeri semula, ada makhluk Allah yang entah dari mana datangnya muncul secara tiba-tiba di hadapanku.

     "ASSALAMMUALAIKUM NINA!!!!" Jerkah makhluk Allah itu dengan begitu kuat. Silap-silap runtuh jugak bakeri ni.

     "Ya Allah! Perlu ke jerkah hah?!" Aku memarahi Aira. Ya, makhluk Allah yang menjerkahku tadi itu ialah Aira.

"Hehehe... Sorry la. Bukan selalu." Ujar Aira selamba.

     "Huh! Ni apa fesyen ni? Seluar tidur bunga-bunga..." soalku kepada Aira. Selama ni tak pernah-pernah dia pakai seluar tidur bunga-bunga ni datang bakeri. Hari ni tiba-tiba je pakai. Tak sempat mandi ke apa?

     "YA ALLAH!! Aku lupa nak tukar! Aku balik tukar dulu ye!" Laju sahaja dia berlari menuju ke arah keretanya. Nasib baik bakeri tak bukak lagi. Kalau tak, memang dah malu gila.

     "Tu kenapa? Dah macam ribut dia lari tadi." Soal Isya yang sedang membuat aising.

     "Dia lupa nak tukar seluar tidur dia." Ada ketawa kecil disebalik kata-kataku tadi. Haih. Aira, Aira.

·— ♡♡♡ —·

AKU mengerling sekilas jam di tangan. Sudah pukul 9.00 p.m. Aku perlu pulang ke rumah sekarang. Katanya Papa dengan Mama nak bagitau something. Aku pun segera pergi ke arah Aira yang sedang mengira duit di kaunter.

     "Babe, aku kena balik dulu la. Sebab Papa aku suruh balik awal. Nanti dah settle semua tutup je bakeri. Okay?"

"Okay je. No hal la."

   "Ha ye la. Jangan lupa bagitau Isya. Aku balik dulu. Bye, assalammualaikum."

"Baik. Waalaikumsalam. Bye Nina."

   Aku terus menuju ke arah kereta Audi milikku. Laju sahaja aku memandu pulang ke rumah. Entah apa la yang Papa dengan Mama nak bagitau. Haih...

.
.

AKU memulas tombol pintu masuk. Terlihat Papa dan Mama sudah ada di ruang tamu. Perlahan-lahan aku menutup pintu. Kaki kuatur ke arah ruang tamu. Aku terus duduk di atas sofa yang empuk.

   Papa memandangku dengan pandangan yang tidak dapat ditafsir. Kenapa ni? Macam ada masalah besar je, getus hatiku.

     Papa mengeluh perlahan sebelum memulakan bicara. "Papa harap Nina boleh terima apa yang Papa nak bagitau ni."

"Serious sangat ke ni?" Soalku

    "Agak serious..." Balas Mama.

    "Okay. Macam ni, Minggu depan Nina kena kahwin dengan anak kawan Papa dan Mama."

"HAH???!!!!"



Hey, I'm back

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

Hey, I'm back. Hope you all like this story.😋Btw, VOTE and COMMENT. 😎Sorry la kalau pendek sangat. Aye geram la type punya lama tapi banyak ni je boleh.😅

Abaikan typo.

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now