Bab 14

7.2K 284 0
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU


HARI ini aku tidak masuk kerja kerana tidak sedap badan. Tiba-tiba je. Semalam elok je. Hari ni, nak angkat kepala pun tak larat.

Telefon bimbit yang berada di sebelahku aku capai. Laju saja aku mendail nombor seseorang. Aku melekapkan tekefon bimbit ke telinga kananku.

"Hello, Aira. Aku nak mintak tolong kejap."

"Hello. Tolong apa?"

"Tolong belikan aku panadol, please..."

"Panadol? Kau demam ke?"

"Erm...nak angkat kepala pun tak boleh ni..."

"Weyh, kau tak nak pergi klinik ke? Karang melarat."

"Tak...Tak nak. Beli je panadol."

"Hmm. Iyelah. Kejap lagi aku sampai. Aku nak pergi beli ni. Take care. Tunggu aku."

"Alright. Bye..."

"Bye Nina!"

Aku mematikan talian. Telefon bimbit aku letak di sebelahku. Aku gagahkan juga untuk bangun. Aku melangkah ke arah almati pakaianku. Sweater yang berwarna hitam aku capai lalu aku menyarungkan ke tubuhku.

Aku membaringkan tubuhku kembali di atas katil. Comforter aku tarik sehingga paras leher. Aku memejamkan mata sementara menunggu Aira.
.
.
.

Aku merasakan ada benda sejuk diletakkan di tas dahiku. Berkerut-kerut dahiku menahan kesejukkan itu. Aku cuba membuka mataku yang terasa berat ini. Hampir terkeluar jantungku apabila aku melihay orang yang berada di birai katil ini.

Fidzwan Iskandar! Eh, jap jap. Apa yang dia buat kat sini? Bukan aku suruh Aira yang belikan panadol ke? And, macam mana dia tahu aku tak sihat? Bermacam-macam soalan yanh berada di dalam kepalaku saat ini.

Aku meraba-raba dahiku. Ooo...Dia letak cool fever. Patut sejuk semacam. Kulihat Fidzwan masuk ke dalam bilik bersama segelas air kosong. Dia kemudiannya duduk di birai katil.

"Makan ubat dulu."

Fidzwan menghulurkan panadol kepadaku. Daripada berbaring, aku terus duduk. Aku menyambut huluran Fidzwan itu. Dia kemudiannya menghulurkan segelas air kosong.

Setelah panadol itu berada di dalam mulut, aku terus mengambil segelas air kosong itu dari tangan Fidzwan. Aku meneguk air kosong itu sehingga tinggal separuh.

"Tak nak dah?" Soalnya. Aku hanya menggeleng. Fidzwan meletakkan segelas air kosong itu di atas meja kecil yang berada di sebelah katil.

Fidzwan kemudiannya meletakkan belakang telapak tangannya di leherku. Terkejut aku dibuatnya dengan tindakannya itu. Aku tahu, itu bukan ambil kesempatan. Terasa wajahku sudah berona merah.

"Badan kau panas sangat. Kejap lagi kebaslah tu." Ujarnya lalu dia menarik kembali tangannya.

"Ma...macam...mana..."

"Aira bagitau kau demam masa dia nak beli panadol. So, aku pun baliklah. Sempat jugak aku beli cool fever."

Fidzwan sudah pun memotong pertanyaan aku terlebih dahulu. Alahai...Why kau bagitau dia, Aira? Aku tak naklah susahkan dia. Siap balik jenguk aku lagi tu.

Aku hanya mengangguk perlahan. Keadaan mula manjadi kekok apabila Fidzwan merenung ke dalam anak mataku. Pandangan yang sukar ditafsirkan.

Aku melarikan anak mata apabila mataku dan matanya bertemu. Sungguh keadaan kami ini sangatlah kekok sehinggalah Fidzwan pun memulakan bicara.

"Kenapa kau terima kahwin dengan aku?" Soalnya. Aku juga ingin bertanyakan soalan yang sama. Namun, dia sudahpun bertanya dahulu.

"Sebab mama dengan papa paksa. Saya tak nak derhaka dengan diorang. So, I just accept it..." Balasku.

"Same."

Fidzwan juga begitu? Hmmm. Kisah apa aku? Kot-kotlah ada sebab yang lain. Kalau setakat sebab terpaksa tu memang jawapan yang dah lapuk pun bila difikirkan balik.

Aku mengangguk-anggukkan kepalaku. Aku bermain-main jariku yang berada di sebalik comforter ini. Bilalah mamat ni dah blah? Aku dahlah blushing ni. Karang dia fikir benda lain, mampus!

"Yang awak sanggup balik rumah ni apasal? Tak kerja?" Soalku walaupun niat di hati tidak mahu menanyakan soalan itu.

Fidzwan mengeluh perlahan. "Aku risaukan kau."

Hampir saja aku ketawa berdekah-dekah. Dia? Risaukan aku? Macam tak logik je. Mana mungkin dia risaukan aku. Dia ni kan playboy. So, nak rasa risau sangat pergilah risaukan girlfriend-girlfriend kau yang kat luar sana tu.

"Dahlah. Kau tidur. Aku nak pergi office." Fidzwan terus berlalu dari bilik ini. Pintu bilik ditutup.

Aku menghembus nafas lega. Nasiblah dia dah keluar. Aku dah tak boleh tahan kalau dia ada kat dalam bilik ni lama-lama. Makin kekok aku karang. Huh! Serious ke dia risaukan aku? Ahh! Mimpi jelah dia nak risaukan kau, Nina.

 Huh! Serious ke dia risaukan aku? Ahh! Mimpi jelah dia nak risaukan kau, Nina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Abaikan typo

Vote and comment
Follow Instagram saya, kalau sudi :)
User👉kiwiisyaa

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now