Bab 28

5.9K 202 4
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU

"BRO, SERIOUS LA KAU DAH BERUBAH?"

Fidzwan sekadar menganggukkan kepalanya. Sudah berapa kali dia memberitahu Syaz bahawa dia sudahpun berubah. Mereka berjumpa pun di satu cafe.

Jika diikutkan, Syaz mahu berjumpa dengan Fidzwan di club. Tapi, Fidzwan sudah tidak mahu menjejak kaki ke situ. Haram. Tapi, tu la. Dia baru nak insaf. Kahkahkah.

"Kau memang betul-betul dah kena panahan cinta Husnina ye..." Syaz ketawa kecil sambil menyenggol lengan Fidzwan.

"Well, aku nak berubah. Sebab dia. Sebab mummy aku." balas Fidzwan tersenyum kecil.

"... Kau tu, bila nak insaf?"

Soalan Fidzwan itu membuatkan Syaz terdiam seketika.

"Entah. Aku nak berseronok dulu." balas Syaz acuh tak acuh.

Fidzwan hanya meng'ouh'kan saja kata-kata Syaz itu. Nak suruh si Syaz tu insaf? Stop buat semua tu? Memang tak jalan kalau nasihatkan dia suruh insaf.

Lagipun, Fidzwan pun macam tu jugak dulu. So, dia biarkan je la kawan baiknya itu hendak buat apa. Hidup dia kan? Baik tak payah kacau.

"Wei, Iwan. Tu bukan ke... Clara?"

Sebaik saja Syaz berkata sebegitu, Fidzwan terus mengalihkan pandangannya ke arah Syaz. "Mana?"

"Tu hah." Syaz menunding jari ke arah kedai yang menjual kasut wanita.

"... Eh, tu isteri kau kan? Dia buat apa pulak dah dengan Husnina... Baik kau pergi tengok."

Fidzwan terus berdiri. Dia melangkah ke arah Husnina dan Clara. Risau jika Clara membuat benda yang bukan-bukan pada isterinya. Clara tu bukannya boleh. Dia berani buat.

***

MENYESAL pulak aku lalu sebelah minah tong gas ni. Kalau aku tahu dia nak tegur aku, aku lalu dekat sebelah sana tu je. Aira pun satu. Pergi tandas ke buat tandas? Aku tunggu dekat Mc Donald punya lama. Dia tak muncul pun.

Aku ingat nak cari dia kat tandas. Tup tup nampak minah ni dekat-dekat kedai kasut. Erghhh semak tahu tak semak!

"Kau nak apa?" soalku malas apabila Clara menghalang laluanku.

"Tinggalkan Iwan." dingin saja Clara berkata.

Aku ketawa kecil. Kepala ku geleng perlahan. "What? Tinggalkan dia? Motif?"

"I nak kahwin dan hidup bahagia dengan dia. Only him." ujar Clara sambil tersenyum gedik.

Gedik tu simpan sikit. Aku toreh kulit kau dengan pisau baru tahu. Buat corak sikit ke an. Baru lawa. Haa time tu menggedik la kau.

"Excuse me, he's married. And I'm his wife. So, pergi la cari orang lain. Ramai lagi lelaki dekat luar sana." ujarku selamba. Aku memeluk tubuhku.

"You ni kan, dah la perampas! Tak malu ke?" soal Clara bengang. Nafasnya turun naik. Tapi, ada aku kisah? Lantak kau la, Clorox.

"Kau tu yang patut malu."

Suara garau seseorang itu membuatkan aku memandang ke sebelahku. Fidzwan. Dia tersenyum ke arahku lalu dipeluknya bahuku agar aku merapatinya. Dapat kulihat riak wajah Clara sudahpun bertukar.

Marah? Cemburu? Tak puas hati?

"I nak malu buat apa?" soal Clara sambil menjelingku sekilas.

"Kau patut malu dengan diri kau. Kau tak malu ke nak rampas suami orang? Hmmm?" soal Fidzwan sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Clara tayang muka selamba. "I nak malu buat apa? Dia yang patut malu sebab rampas you dari I!"

Fidzwan ketawa sinis. "Dia perampas? Dia tak buat apa pun. Dia tak goda aku pun. Aku yang jatuh cinta dengan dia. Aku yang tergoda dengan dia. Kau nak salahkan dia?"

Aku memandang Fidzwan pelik. Dia tergoda dengan aku? Nak kata aku sexy, tak pun. Nak kata aku menggoda, tak pun. Kau tergoda kot mana Fidzwan Iskandar oii. Saya biasa-biasa je. Tiada sebarang tarikan pun.

"Kalau bukan sebab dia, kita dah kahwin dah. Dia ni memang dasar perampas! Dia guna sihir nak goda you! Nak buat you suka dekat dia!" wajah Clara sudah memerah.

Aku mengetap bibirku. Hatiku memang panas sekarang ni. Dia kata apa? Aku guna sihir? Bangang tu simpan sikit. Aku takkan buat semua tu. Berdosa tahu tak? Kau tak belajar agama ke Clara? Suka hati je fitnah aku. Tu lagi berdosa.

"Eh, kau jangan nak fitnah aku. Aku cili mulut kau tu bau tau! Aku takdenya aku nak guna sihir semua tu. Sedar sikit diri tu miskin tak boleh nak beli kain lebih." sindirku. Aku merengus kasar. Kalau ada cili sekarang ni, aku dah cili-cilikan mulut dia tu.

"You tengok, kurang ajarnya dia. Perempuan macam ni you sayang sangat?"

"Dia takkan kurang ajar dengan kau, kalau kau hormat dia." tenang saja Fidzwan berkata.

Clara mengetap bibirnya. Wajahnya memang jelas ternyata dia sangat bengang sekarang ini. Dia ingin berlalu pergi dari sini. Pusing saja ke belakang, ada ais krim terkena pada bajunya. Membulat mata Clara ketika ini.

"Ops! Aku ingat kain buruk tadi." ujar Aira sambil membuat riak terkejut. Ya, Aira yang terkenakan ais krim pada baju Clara. Actually, dia sengaja je tu. Sebab dia perli si Clara tu tadi.

"Eeeee! Iwan! Tengok dia terkenakan ais krim pada baju I. Mahal ni...!" renget Clara.

Fidzwan hanya membuat tidak tahu saja. Fidzwan menarikku pergi dari sini. Sebelum pergi, aku membuat isyarat agar Aira pulang terlebih dahulu. Sempat juga Aira baling ais krim tu pada beg tangan Clara.

Clara apa lagi, marah habis la. Meraung macam kena histeria. Hentak kaki semua. Tumit tinggi tu patah, haa padan la muka kau.

"Sayang, sayang buat apa datang mall ni?" soal Fidzwan.

"Saja. Ronda-ronda dengan Aira. Tiba-tiba je tersempak dengan Clara tu." balasku.

"Just ignore her. Abang dah malas nak layan dia. Anyway, nak pergi makan tak?"

Aku berfikir sejenak. Erm, tak lapar la pulak. Tapi, tengok ais krim tadi rasa nak pulak. Cam sedap je. Terliur habis tadi.

"Ais krim. Boleh?"

"Anything for you, sayang." balas Fidzwan sambil tersenyum manis. Dia memeluk pinggangku kemas. Aku hanya membiarkannya. Dia nak bersweet dekat mall jugak tu. Haih. Nasib sayang.


Bila tahun nk habis la cerita nih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bila tahun nk habis la cerita nih. Sorry hiatus. Semua dah berjanggut tunggu cita ni eh? Maaf ye! Apa2 pun, thank you still tunggu cerita ni. Tak tahu la sampai chap berapa cerita ni. Kk bye!^^

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now