Bab 12

7.8K 276 10
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU

AZAN Subuh berkumandang. Mata kucelikkan sedikit. Walaupun terasa berat untuk membuka mata, aku gagahkan juga. Tidak mahu jika terlepas solat Subuh nanti.

Aku memandang ke sebelah kananku. Nafas kuhela perlahan. Nasib baik playboy itu tidak tidur sekali denganku. Aku mengeliat sedikit. Cuba merenggangkan otot-otot. Perlahan-lahan kumelangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Selesai mengambil wuduk, aku terus mencapai telekung dan sejadah yang berada di dalam almari pakaianku. Sebaik saja siap memakai telekung, aku terus solat.

Sesudahnha solat, aku merasakan ada seseorang masuk ke dalam bilikku. Tidak dapat kulihat dengan jelas wajah seseorang itu kerana ketika itu hanya lampu tidur saja dipasang.

Seseorang itu duduk di birai katil. Wajahku dipandangnya.

"Kau ni memang alim eh?"

Sudah kutahu siapa yang masuk ke dalam bilikku ini. Dengar suara saja aku dapat meneka siapakah gerangan orang itu. Dia adalah Fidzwan Iskandar. Aku tidak memandang ke arahnya. Sebaliknya aku terus memandang kosong ke arah sejadah.

"Kau dengar ke tak?" Soalnya dengan sedikit keras.

Aku mengerlingnya sekilas. "Kenapa tanya soalan macam tu?" Soalku. Soalannya tidak kujawab.

Aku terus melipat sejadahku lalu aku menyimpannya di dalam almari pakaianku. Telekung di tubuh aku tidak mahu membukannya lagi. Aku tidak mahu menunjuk rambutku kepadanya. Walaupun kami sudah sah menjadi suami isteri. Namun, hanya di atas kertas.

"Salah ke aku tanya? Sebab, aku tengok kau ni pakai tudung, but tak singkat. Then, kau solat. Aku nak sentuh kau pun, kau dah marah nak menangis apa semua. Tu yang tanya kau ni memang alim ke apa."

Aku tidak memandang ke arahnya. Pandangan kuhala ke luar jendela. Boleh pula dia tanya soalan macam tu? Dia tak belajar agama ke apa?

Aku menghela nafas sebelum memula mulut kembali.

"Kenapa? Salah ke kalau saya alim? Allah tak larang pun kalau saya nak jadi alim. Daripada buka aurat tunjuk kat orang yang bukan mahram." Balasku selamba. Deep tak? Kalau mamat ni sentap, hah bagus. Bagus giler!

Wajah Fidzwan sudah bertukar riak. Wajahnya sudah menjadi macam mencuka. Hohoho. See. Dia comfirm sentap punya. Dasar playboy! Ambik kau!

"Huh! Menyesal aku tanya. Dahlah, aku nak keluar."

Fidzwan berdiri. Dia melangkahclaju ke arah pintu. Dia menghempas pintu itu dengan begitu kuat sekali. Silap hari bulan boleh roboh pintu bilik aku kalaucasyik hempas kuat-kuat je. Aku se!bunyi ketawa. Lucu sungguh Fidzwan ini.

Aku membuka telekungku. Aku melipattelekung yang berwarna putih bercorak bunga ini sehingga menjadi saiz sederhana kecil. Kemudian, aku memasukkannya ke dalam almariku pakaianku. Tuala yang berada di penyidai tuala terus kusambar lalu aku masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

♡♡♡

Wajah mama kupandang dengan mata terkedip-kedip. Tidak mahu dengar langsung akan penyataan yang disebutkan sebentar tadi. Mulutku sudah terbuka luas apabila mama berkata begitu. Namun, cepat-cepat aku menutup mulutku apabila mama menegurku.

"Mama, janganlah main-main." Ujarku.

Mama memandang ke arahku. Jari telunjuknya ditujukan ke arahnya. "Ada nampak muka mama macam main-main?" Soalan mama membuat aku mengeluh berat.

"Mama, agak-agaklah sampai sebulan pergi oversea kat Italy tu. Banyak sangat ke problem kat sana?" Aku tidak berpuas hati apabila mama dan papa akan pergi ke Italy selama sebulan. Gila kau? Nak kena duduk dengan mamat tu pulak. Huh!

Mama mengangguk. Lagilah membuatkan aku rasa ingin meraung sekuat yang boleh. Sampai ke Korea dengar pun tak apa. Yang penting, aku boleh lepaskan rasa tak puas yang membuak-buak ini secepat mungkin.

Papa yang sedang ralit membaca surat khabar mula bersuara. "Nina, kamu kan dah suami kamu tu. Duduklah dengan dia. Ada jugak kan peneman selama kami kat sana nanti."

Selamba sahaja papa berkata. Dia meneruskam kembali pembacaannya. Mama pula sedang sibuk menuang air teh panas ke dalam cawan. Elok saja aku ingin bersuara, Fidzwan mengambil tempat di sebelahku tanpa berkata apa.

Aku ! menjeling Fidzwan dengan ekor mataku. Namun mama sudah menangkap perbuatanku.

"Nina...Jaga mata tu sikit.." keras mama bersuara. Sempat juga mama menjeling ke arahku. Eh eh, nak lawan jeling ke mama ni?

"Yelah!"

Dapat kulihat Fidzwan mengangkat sebelah keningnya ke arahku. Senyuman sinis diberikan juga. Aku hanya memutarkan bebola mataku.

Secawan teh yang sudah suam sedikit aku capai. Baru saja ingin menghirup air teh itu, ada tangan merampas cawan itu dariku. Terus saja dia meneguk airku sehingga habis. Aku membesarkan mataku.

Kurang asam punya Playboy Kerek! Air aku tu. Dengan selamba badaknya dia rampas air aku, then teguk sampai habis. Mama dan papa pula hanya berlagak biasa. Ni yang tak suka ni.

"Iwan, bulan depan tolong jaga Nina elok-elok. Sebab papa dengan mama nak kena pergi oversea kat Italy selama sebulan." Ujar papa. Surat khabar yang sedang dibeleknya tadi diletakkan ke sebelah.

Hah? Iwan? Nama gelaran dia eh? Heh, aku tak kisah pun. Aku hanya bermain-main dengan sudu. Nasi goreng yang ada di dalam pinggan tidak kusentuh langsung. Bagaikan tiada selera hendak makan.

Fidzwan menganggukkan kepalanya. "Alright, papa. Iwan akan jaga dia. Jangan risau."

Aku berdiri dari dudukku. "Nina dah kenyang. Nak naik atas dulu." Ujarku acuh tak acuh lalu aku terus beredar dari ruang makan itu. Panggilan mama tidak kuhiraukan. Mood aku sudah melayang entah ke mana dah.

Hah, dah berjaya update walaupun satu chapter

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Hah, dah berjaya update walaupun satu chapter.🙌 Huhuhu, sorry la lama tak update. Faham² la kan kerja sekolaj tinggi melangit🙏. Vote and comment guys. Follow la author korang ni👉👈 kalau ada masa, check la cerita author yang lain. Ok bye😘

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz