Bab 35

5.9K 185 1
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU


MATA Husnina dihalakan ke arah telefon bimbitnya yang asyik menjerit sejak semalam. Malas. Ya. Dia malas mahu menjawab panggilan itu. Terasa mahu baling sahaja telefon bimbitnya itu. Bising!

     "Oi! Yang kau tak angkat tu apasal?" Soal Aira dari jauh. Dia sedang duduk di ruang tamu manakala Husnina duduk di ruang makan.

"Malas. " balasnya pendek.

     Mata kembali dihalakan ke arah satu cawan hot chocolate yang sudah tinggal separuh. Kalau diikutkan, dia malas hendak minum minuman bercoklat itu.

     Tapi, demi anaknya juga. Kang laparlah anak dia tu. Tak cukup zat. Haih.

     Sekali lagi, telefonnya berdering. Husnina memutarkan bebola matanya. Terus saja dia mencapai telefon bimbitnya yang asyik menjerit minta dijawab itu.

    Nama yang tentera di skrin. Telefon bimbitnya itu cukup membuatkan dia berasa meluat.

Meluat sangat!

     Terus saja Husnina meng'off'kan telefon bimbitnya itu. Dia mendengus kasar. Telefon bimbit itu kemudiannya dicampaknya di atas meja makan itu.

     Entah mengapa Fidzwan masih menelefonnya. Sepatutnya, dia mestilah bergembira dengan Clara. Bukan? Jadi, mengapa masih perlu menelefonku? Tak takut ke Clara dia marah sebab masih menelefonnya?

      Satu lagi. Adakah Fidzwan sudah menandatangani surat penceraian itu? Husnina sangat berharap bahawa Fidzwan sudah menandatangani surat penceraian itu.

"Nina..."

     Aira mengambil tempat berhadapan dengan Husnina. Wajah Husnina yang tiada secalit senyuman itu dipandangnya. Apalah nasib kawan baiknya itu.

     "Hmmm?" Hanya itu yang keluar dari mulut gadis itu.

     Cawan yang berisi seperuh hot chocolate itu dihidupnya sedikit. Perlahan saja tindakannya. Seperti orang sudahpun putus cinta. Erm. Bukan putus cinta. Patah hati. Patah hati dengan si suami.

     Isteri mana kan tak sedih bila suami yang dia sayang buat macam tu belakang dia. Kan? Mestilah rasa sedih. Sakit hati. Patah hati.

     "Kau betul ke nak duduk dekat Penang dengan Isya?" Soal Aira.

    Husnina menganggukkan kepalanya. "Relaks la. Sebulan je. Lagipun bolehlah aku tolong apa yang patut dekat sana. Lagipun, mak dia sakit kan?"

    Isya mahu pulang ke kampung halamannya kerana ibunya sakit. Jadi, Husnina membuat keputusan mahu mengikut Isya pulang ke kampung halamannya.

     Aira seoranglah yang akan menguruskan bakeri itu. Tidak mengapa. Dia cakap dia okay saja. Lagipun, dia sudah biasa menguruskan bakeri itu seorang diri sebelum ini. Jadi, tidak hairanlah jika dia akan menguruskan bakeri itu seorang diri sekali lagi

     Aira menganggukkan kepalanya perlahan. Baru saja dia ingin bersuara, kedengaran seseorang menekan loceng rumah. Aira dan Husnina terus saja memandang ke arah pintu.

     "Takpe. Biar aku bukak kan. Kau duduk sini." Ujar Aira.

     Husnina hanya mengangguk. Terus saja Aira bangun lalu dia pergi melihat gerangan siapakah yang datang ke rumah mereka malam-malam begini.

     Seminit telah berlalu. Kelibat Aira muncul juga di ruang makan itu. Wajah Aira, Husnina pandang.

    "Nina... Ada orang nak jumpa kau." Ujar Aira senafas.

Berkerut dahi Husnina. "Siapa?"

     "Pergilah tengok. Aku naik atas dulu." Ujar Aira sebaik saja Husnina mula melangkah ke arah pintu.

     Sebaik saja Husnina berada di ambang pintu, dia tergamam. Wajahnya mula memerah. Matanya mula berair. Lelaki yang berada di hadapannya ini cukup membuatkan dia terasa seperti ingin menangis.

     Bagaimana Fidzwan tahu yang dia berada di sini? Dan, mana dia dapat alamat rumah Aira?

     "Awak nak apa lagi?" Soal Husnina serak. Air mata mula jatuh dari tubir matanya. Tidak henti-henti mengalir.

     "Kenapa Nina suruh abang tandatangan surat penceraian tu?" Soal Fidzwan. Soalan dibalas dengan soalan.

      "Awak tahu kenapa. Jadi, kenapa masih cari saya? Tak bahagia dengan minah chlorox tu? Atau, tak puas lagi seksa saya? Hmmm?" Soal Husnina sinis.

     Dia memeluk tubuh. Aira mata yang masih gugur itu tidak dihiraukan.

     "Look. Semua tu tak betul. Video tu, Clara punya kerja. Dia aniaya abang. Dan Syaz dah tunjukkan rakaman sebenar. Clara upah orang untuk buat abang khayal." Terang Fidzwan dengan bersungguh-sungguh.

     Ditunjuknya video yang Syaz hantar sebentar tadi kepada Husnina. Namun, gadis itu langsung tidak mahu melihat video itu. Hanya suara di dalam video itu sahaja yang didengarnya.

     "Awak baliklah. Ceraikan saya. Saya dah tak perlukan awak..." ujar Husnina sambil mengelap air matanya yang laju mengalir membasahi pipinya.

     "Jangan pernah sayang mintak cerai dengan abang. Sebab abang takkan ceraikan sayang. I love you."

     Husnina ketawa kecil. Yang Fidzwan dipandangnya. "Sudahlah. Saya tak nak dengar apa-apa. Pergilah balik."

    "Saya... Mintak tolong sangat-sangat... Baliklah. Jangan cari saya lagi..."

     Terus saja Husnina menutup pintu lalu menguncinya. Dia tersandar pada pintu itu. Perlahan-lahan tubuhnya melorot jatuh sehinggalah dia betul-betul terduduk di atas lantai.

     Teresak-esak dia menangis. Apakan daya. Dia tidak mahu menyeksa dirinya lagi. Lebih baik dia tinggalkan lelaki yang bernama Fidzwan Iskandar itu.

Ianya berakhir di sini.


Ianya berakhir di sini

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Astagaa. Apalah aku merapu dekat chap ni. Haihh. Lagi satu chap je guys. Sad ending or happy ending? Haa fikirlah sendiri. Hehehe

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Onde histórias criam vida. Descubra agora