Bab 22

7.3K 280 29
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU

HUH! Kenapa semua orang nak marah aku je hari ni? Aku ada buat salah ke? Kalau pasal Fidzwan tu, relakslah. Aku tak kata apa-apa pun malam tu. Haih...

Aku memulas tombol pintu rumah. Srbaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku terlihat susuk tubuh seseorang sedang menonton televisyen. Sebenarnya, dia tengah main smartphone dia. TV je yang terbuka.

Aku menutup pintu dengan perlahan. "Hai...Awal balik. Tak kerja ke?" Soalku tanpa memandang ke arahnya. Kaki kuatur menuju ke dapur. Tiba-tiba pula rasa haus.

Aku mencapai mug yang berada di atas kabinet. Kemudian, aku membuka pintu peti sejuk untuk mengambil jus epal yang aku buat dua hari lepas. Hampir terlepas mug di tangan sebaik sahaja aku menutup pintu peti sejuk.

Mana tidaknya. Elok je aku angkat muka, mamat tu dah duduk kat meja makan. Tenung aku lain macam je. Nasib baik tak terlepas mug ni. Kalau tak, aku dah siram dia dengan jus epal kat dalam peti sejuk tu.

"Hai...Awal balik. Tak kerja ke?" Soal Fidzwan.

Aik? Macam ayat aku je tu.

Aku memandang ke arahnya. "Tiru ayat saya! Orang tanya dia, dia tanya balik...Tak reti nak jawab dulu ke?" Aku menghirup sedikit jus epal ini. Sedap! Tak sia-sia aku buat sendiri jus epal ni.

Fidzwan tergelak kecil. Heh, fikir lawak?

"Sayang rasa?" Soalnya. Sebelah keningnya diangkat.

Aku menjelingnya tajam. "Don't call me 'sayang', okay."

"Why not, sweetheart?"

"Ish! Tengok tu! Orang dah kata jangan panggil dengan panggilan tu, nak panggil jugak!" Aku merengus geram. That's why aku malas nak cakap dengan mamat ni. Ada je yang menyakitkan hati!

Fidzwan ketawa kecil. Dia tiba-tiba sahaja melangkah ke arahku. Pinggangku dirangkulnya. Jantung aku mulalah berdegup kencang. Apa yang dia nak buat ni? Anak mata Fidzwan tajam memanah tepat ke dalam anak mataku membuatkan aku melarikan anak mataku.

"Can you trust me...?" Soal Fidzwan lembut.

Aku mengerutkan dahiku. "Trust what? I don't understand..." Soalku. Peliklah mamat ni sejal dua menjak ni.

Dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Membuatkan aku berundur sedikit. "Trust me that I love you."

Aku memutarkan bebola mataku. Kenapa dia asyik tanya soalan ni? Dah tak ada soalan lain yang nak ditanya ke? Aku dahlah tengah serabut dengan masalah lain. Kau pulak bawak masalah lain ni. Boleh gila aku dibuatnya!

"Fidzwan...Jangan..."

"Don't you love me? Why? Susah sangat ke nak terima aku? Jahat sangat ke aku?" Soalnya bertubi-tubi tanpa sempat aku menghabiskan kata-kataku.

Aku mengeluh perlahan. Mug ditangan kuletakkan di atas meja makan. Aku merenung segenap wajahnya.

"Fidzwan...hati saya ni masih belum terbuka lagi untuk mencintai awak. Awak...tak jahat pun. Just, saya nak awak faham. Saya perlukan masa untuk mengenali awak dengan lebih mendalam. And...saya harap awak boleh tunaikan permintaan saya dan mama awak ni..."

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now