Bab 26

6.6K 249 14
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU

BERSELERA sungguh Fidzwan menikmati Spaghetti Carbonara yang aku buat. Nak dekat tiga pinggan dia makan. Dahsyat betul. Ni kes lapar sangat ke, spaghetti aku tu sedap sangat? Eh?😹

Mama dengan papa pun terkejut. Fidzwan pulak? Hanya tersengih menampakkan barisan giginya. Takpe la. Dia laparkan masakan aku tu. Hehehe.

"Nak lagi ke?" Soalku apabila pinggan Fidzwan sudahpun licin.

Fidzwan menggeleng. "Tak nak dah. Banyak sangat abang makan ni." Fidzwan tergelak kecil.

Aku hanya tersenyum.

"Alhamdulillah. Nina dah boleh terima Iwan. Iwan pun dah boleh terima Nina. Macam ni la mama nak." Ujar mama.

"Lepas ni boleh la timang cucu. Kan mama kan?" Papa bersuara.

Tersedak terus aku dibuatnya apabila papa berkata sebegitu. Fidzwan yang lihat aku terbatuk-batuk terus menghulurkan jus oren dengan segera. Aku meneguk sedikit jus oren tu. Papa ni! Ada pulak ye cakap macam tu.

"Papa!"

Papa dan mama tergelak kecil. "What? Memang itu yang kami tunggu dari dulu lagi."

Aku memasamkan wajahku. Bibir kujuih ke depan. Merajuklah macam ni.

"Alololo... Isteri abang ni merajuk eh?" Fidzwan mencucuk-cucuk pipiku dengan jari telunjuknya. Eh, eh, pipi jangan main ye. Berharga pipi ni hah. Jangan buat main-main.

Aku tidak menjawab. Terus saja aku membawa pinggan-pinggan yang sudah licin ke singki. Aku membuka paip, membiarkan air mengalir keluar.

Sedang aku membasuh pingganku, ada tangan melingkar di pinggangku. Dapat kuagak siapakah gerangan yang memelukku ini. Namun, aku tidak mengendahkannya.

"Sayang... Janganlah merajuk. Sunyi la abang kalau sayang merajuk..." Fidzwan meletakkan dagunya di bahuku.

Aku tidak menjawab. Sebaliknya aku ralit membasuh pinggan.

Kerja cucianku terhenti apabila Fidzwan memegang kedua-dua belah tanganku. Aku mengeluh perlahan.

"Abang... Nina nak basuh pinggan ni." Ujarku perlahan.

Tanpa disangka, Fidzwan mencalitkan buih sabun cuci pinggan mangkuk ini di pipiku. Dia terus ketawa melihat pipiku dicalit dengan buih sabun. Tidak berkelip mataku memandang ke arahnya.

"Abang! Nak kena eh? Meh sini!" Aku cuba untuk mendapatkan Fidzwan. Namun, dia terlepas.

Aku mengggeleng-gelengkan kepalaku. Terus saja aku menyambung tugas membasuh pinggan yang terhenti sebentar tadi.

Selesai membasuh pinggan, aku melangkah ke arah ruang tamu. Mama dan papa meminta diri untuk pulang ke rumah. Aku menutup pintu selepas bayangan mama dan papa sudah tidak kelihatan.

Kini, aku tercari-cari kelibat Fidzwan. Mana pulak dah dia ni pergi? Aku mencarinya di dapur. Tidak ada. Di bahagian balkoni, tidak ada. Hampir kesemua tempat aku mencarinya. Namun, bayangan pun tidak nampak.

Aku menaiki anak tangga menuju ke bilik. Aku memulas daun pintu. Sebaik saja masuk ke dalam bilik, seseorang mengejutkanku. Terenjut bahuku akibat terkejut.

Aku mengusap dadaku. Terus saja aku memandang ke sebelah kiri. Fidzwan Iskandar! Terus saja aku memukul bahunya.

"Abang!! Kenapa terkejutkan Nina macam tu? Tak lawak tahu tak!"

Aku memukul lengan Fidzwan pula apabila dia ketawa terbahak-bahak. Nasib baik kau takde sakit jantung. Kalau tak, memang mencari maut betul si Fidzwan ni.

"Hahahaha! Sorry, sorry. Tu la, sayang merajuk lagi. Padan muka!" Fidzwan masih lagi dengan gelak tawanya.

Aku menjelingnya tajam. Nasib sayang. Kalau tak, penampar sedas aku bagi. Biar berderai gigi dia tu. Rongok dah suami aku nanti. Hahahaha!

"Aip, aip. Mata tu. Jangan jeling-jeling kat suami. Hidup tak tenang nanti." Ujar Fidzwan.

"Tenang je. Mana ada apa-apa. Werk!" Aku menjelirkan lidah ke arah Fidzwan.

"Tenang ye..." Ton suara Fidzwan berubah.

Aku memandang ke arahnya. Gerun pulak aku dibuatnya. Fidzwan mendekatiku. Semakin lama semakin mendekat. Aku yang berasa gerun ini mengundur setapak demi setapak ke belakang. Apa dia nak buat ni!

Jarak diantara aku dan Fidzwan sangat dekat tika ini. Anak matanya menikam tepat ke dalam anak matanya. Aduh! Ni sebab salah cakaplah ni! Hish!

Fidzwan mendekatkan wajahhya dengan wajahku. Dapat kurasa deruan nafasnya menyentuh wajahku. Fidzwan terus saja mengucup pipiku. Kemudian dia terus saja melarikan diri sambil ketawa.

Ish! Fidzwan ni la kan! Aku ingat dia nak buat apa la tadi. Siap kau, Fidzwan!

"Fidzwan Iskandar!!!"


   "Fidzwan Iskandar!!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Meh. Bored again. Tk sempat nk habiskan cita ni hari ni. So tunggu je la next week. Vote and comment or I doesn't want update this story forever.

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now