Bab 31

5.4K 196 10
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU

AKU merebahkan tubuhku di atas katil. Sedih betul masa hantar Fidzwan ke airport tadi. Dua hari pun aku rasa macam dua minggu! Sudahlah dia tak bagi ikut. Jahat!

   Aku memerhati frame gambar kami berdua. Senyuman kecil menghiasi wajah. Masam betul wajah aku dan Fidzwan ketika ini.

   Ye la. Tak tahu apa-apa tiba-tiba kata kena kahwin dengan mamat mana entah. Masam mencuka la. Aku tak rela. Dia pun tak rela. Sebab tu kami anggap perkahwinan ni atas kertas je.

Tapi sekarang, bukan atas kertas dah.

   Aku mengusap lembut gambar itu. Alahai... Kalaulah dari awal macam ni. Takde la aku terkasar bahasa ke apa dengan Fidzwan. Derhaka sungguh aku dengan dia dulu. Tapi, segalanya dah berubah.

   Frame gambar itu kuletak kembali di tempat asalnya. Ahh rindunya dengan suami tercinta! Padahal baru tiga puluh minit dia pergi.

   Telefon pintar yang berada di dalam poket seluar kukeluarkan. Nombor Aira kudail. Aku melekapkan telefon ke telinga.

   Beberapa saat kemudian, Aira menjawab panggilanku.

   "Hello, Aira! Kau free tak?" Soalku terlebih dahulu.

   "Ye... Aku free je. Apasal kau tanya?" Soal Aira di hujung talian.

   "Jom keluar? Aku bosan ni. Mereput kat rumah."

   "Aku okay je. Tapi... eh mamat tu bagi ke kau keluar?" Soal Aira ingin kepastian.

   Ye la. Mana boleh keluar sesuka hati je. Dia kan suami aku. Apa-apa kena bagitau dialah. Keluar sesuka hati berdosa tau. So, marilah mintak izin dekat suami dulu.

   "Boleh. Dia dah bagitau aku. Kalau nak keluar dengan kau atau Isya dia bagi. Jangan keluar dengan lelaki lain je." Balasku selamba.

   Aira ketawa kecil di hujung talian. Apa yang lawak? Aku tak buat lawak pun. Eh eh minah ni.

   "Serious dia cakap macam tu? Hahaha! Jealous pulak mamat playboy tu." Ujar Aira. Masih lagi dengan ketawa kecilnya.

   "Biasalah tu. Tu lah namanya dia sayang. Eh dah dah. Jom bersiap. Kita pergi tempat biasa eh?"

   "Alright! Bye!"

"Bye."

   Sejurus itu aku mematikan talian. Telefon bimbit kuletakkan di atas katil. Kakiku mengorak langkah ke arah almari pakaian.

·— ♡♡♡ —·


KELIBAT seorang jejaka yang masuk ke dalam sebuah hotel ini membuatkan seorang gadis tersenyum sinis. Susah benar hendak berjumpa dengan lelaki itu sejak akhir-akhir ini.

   Bukan seorang. Namun, tiga orang. Dua orang yang berbadan sasa itu memapah tubuh seorang jejaka yang seperti tidak sedarkan dirinya.

   Gadis itu mengikuti langkah mereka bertiga menuju ke lif. Sampai sana di tingkat 3, mereka berempat masuk ke dalam satu bilik yang telah ditempah oleh gadis itu.

   "Cepatlah! Nanti ada orang nampak." Arah gadis itu dalam nada yang agak perlahan.

   Dua orang lelaki yamg berbadan sasa itu hanya menurut. Sesudahnya mereka masuk ke dalam, gadis itu menutup pintu bilik hotel itu.

   Lelaki berbadan sasa itu meletakkan tubuh jejaka yang mereka papa dari pintu utama hotek itu lagi. Mata jejaka itu tertutup rapat. Adakah sudah tidur? Hanya mereka sahaja yang tahu.

   "Ambil telefon dia. Nanti send guna telefon dia tu. Faham?"

   Dua lelaki yang berbadan sasa itu menganggukkan kepala. Salah seorang dari mereka mengambil telefon bimbit dari poket seluar jejaka itu seperti yang diarahkan.

   Telefon bimbit itu kemudiannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

   "Nah, bayaran korang. Thanks for help me." Gadis itu menyerahkan dua sampul yang agak tebal.

   Dua orang lelaki itu menyambutnya hulurannya sambil tersenyum. 

   "Ingat! Jangan sampai rahsia kita ni terbongkar. Kalau tak, siap korang!"

"Alright boss."

   "Dah. Korang boleh pergi." Arah gadis itu tanpa memandang wajah mereka.

   Mereka berdua akur. Terus saja mereka keluar dari bilik itu. Meninggalkan gadis itu dan jejaka yang mereka berdua papah sebentar tadi.

   Gadis itu tersenyum sinis saat melihat sekujur tubuh yang terbaring elok di atas katil. Dia duduk di birai katil. Tangannya mula merayap ke arah dada bidang jejaka itu yang sedikit terdedah.

   Tangannya mula beralih ke arah pipi jejaka itu. Sekali lagi dia tersenyum sinis.

"You're mine soon, baby..."

Alahaii dah bersarang cerita ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alahaii dah bersarang cerita ni. Sorry la tak update. Maaf pendek. Tangan ni malas sungguh nak update cerita ni huhuhu😭😭 Apa2 pun, vote and comment^^

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now