Bab 13

7.5K 296 10
                                    

ENCIK PLAYBOY SUAMIKU

AKU memandang wajah kedua-dua ibu bapaku dengan riak sedih. Mana tidaknya, aku kena tinggal dengan mamat playboy tu. Tak adalah tempat aku nak mengadu, nak lepaskan sedih kat rumah mama dengan papa dalam masa sebulan ni. Leceh tahu tak!

Kulihat Fidzwan sedang mengangkat luggage milik papa dan mamanke dalam kereta. Huh! Acah baik nampak? Bukan dia ni jenis tak suka angkat luggage orang ke? Nampak sangat buat baik depan mama dan papa. Kalau belakang...Hmph! Jangan harap dia nak tolong angkatkan.

Aku mengekori langkah mama. Bahu mama kupeluk. Kepalaku dilentokkan di bahu mama. Rindulah nanti. Aku kan anak manja mama. So bolehlah nak manja-manja sikit sebelum diorang pergi Italy.

"Tu dah kenapa, Nina? Macam mama kamu ni takkan balik ke sini dah lagaknya." Soal papa dari ruang tamu. Aku mencebikkan bibir.

"Nanti rindu. So Nina peluklah puas-puas..." Balasku lalu aku memeluk mama erat. Hohoho aku memang macam ni kalau mama nak pergi oversea.

Mama hanya ketawa kecil. Kepalaku diusapnya perlahan. "Alolo...Kesiannya dia tak dapat ikut sekali. Sedih sangat."

"Of course! Mamalah, tak ajak Nina pun. Tup tup kata nak pergi Italy dah."

Mama hanya ketawa apabila aku mncebikkan bibirku sekali lagi. Terus saja mama membalas pelukanku yang masih belum terlerai sejak aku papa bersuara sebentar tadi.

"Ehem! Sudah-sudahlah tu. Karang tertinggal flight, susah pulak." Tegur papa yang sudah berada di luar rumah.

Aku dan mama terus melangkah ke arah pintu. Kulihat Fidzwan sudah berada di sebelah papa. Dia memandang ke arahku sekilas. Namun, aku hanya berbuat tidak tahu sahaja. Malas nak layan!

Aku menyalami tangan papa dan mama. Aku memeluk orang tuaku ini dengan erat. Bagaikan tidak mahu melepaskan pelukanku ini. Tanpa sedar, ada cecair jernih mula bertakung di tubir mata. Perlahan-lahan cecair itu mengalir membasahi pipi mulusku.

"Laa...Kenapa menangis, Nina? Are you okay?" Soal papa. Semua mata memandang ke arahku saat ini.

Tidak menjawab. Tidak menggeleng, ataupun mengangguk. Cecair jernih itu masih galak membasahi pipiku. Mama terus membawaku ke dalam pelukannya. Sedikit sebanyak membuatkan terasa tenang sedikit.

Belakangku diusap mama perlahan. "Nina, jaganlah sedih. Mama dengan papa pergi sebulan je. Lepas tu kami baliklah. Nina kan ada Iwan. Dah, dah. Jangan nangis-nangis. Tak comel dah anak manja mama yang sorang ni."

Aku tersenyum juga walaupun hati ini sayu apabila mama dan papa akan ke Italy selama sebulan.

Mama mengelap sisa air mataku.

"Papa dengan mama pergi dulu. Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam." Jawab aku dan Fidzwan serentak.

Eh eh, tahu pulak ye jawab salam. Aku ingat dah tak reti nak jawab salam. Aku memandang ke arah kereta yang membawa papa dan mama ke airport dengan pandangan sayu.

Elok saja aku memandang ke arah Fidzwan, berderau darahku saat ini. Wajahku dimasamkan kembali. Fidzwan hanya tersenyum meleret. Apa? Fikir aku tergoda? Excuse me. Setakat muka 'sepuluh sen' kau ty aku tak hairanlah. Ada banyak lagi lelaki kat luar sana yang mampu buat aku tergoda.

"So now, what we have to do?" Soalnya bersama senyuman sinisnya.

Tanpa memandang ke arahnya, laju saja aku menjawab. "Buat bodoh!"

Selepas memberikan jelingan maut kepadanya, terus saja aku masuk ke dalam rumah. Tetapi, belum sempat aku melangkah ke bilikku, ada tangan mencengkam lenganku. Pantas aku memandang ke arah pemilik tangan yang mencengkam lenganku.

"Lepaslah! Let me go!" Aku meronta-ronta agar tangan dilepaskan. Namun, playboy kerek ni hanya membuat bodoh sahaja.

"Let me go Fidzwan Iskandar!!" Pekikku. Geram betul dengan mamat ni. Nak je aku bagi penampar. Sebab muka dia memang mintak makan penampar!

"Kau jerit lagi, aku kiss kau."

Diam terus aku saat ini. Boleh pulak dia ugut aku macam tu? Takpe-takpe, kau ugut aku kan? Nanti aku ugut kau pulak. Kau tengok je nanti.

"Tahu pun nak diam." Ujarnya sinis.

Aku terpaku saat Fidzwan menyandarkan aku pada dinding ruang tamu ini. Sebelah tangannya diletakkan betul-betul di sebelah kepalaku. Kelakuannya itu membuatkan aku cuak. Jantungku berdegup kencang.

Wajahnya semakin lama semakin mendekat dengan wajahku. Membuatkan aku bertambah cuak. Janganlah dia apa-apakan aku.

"A...awak...nak...b...buat apa...ni...?" Soalku terketar-ketar. Peluh mula menitik di dahiku.

Mataku dan mata Fidzwan bertembung. Namun, cepat-cepat aku melarikan anak mataku.

Fidzwan tersenyum sinis. "Tahu pun takut. Lain kali, jaga mulut tu sikit. Kalau tak, aku kiss kau. Tak pun, aku buat lagi teruk dari itu."

Fidzwan tersenyum nakal. Bagaikan lipas kudung aku berlari ke bilikku. Ya Allah! Kenapa dengan dia tu? Gatal sungguh. Haih. Nasib baik tak terjeluar jantung aku ni.

 Nasib baik tak terjeluar jantung aku ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vote and Comment.
Abaikan typo.

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now