Bab 8

7.9K 282 2
                                    

ISTERI MAMAT PLAYBOY

BAU kek red velvet yang sudah siap dibakar sudah menerjah masuk ke dalam rongga hidungku. Bau sahaja sudah menyelerakan.

Aku membiarkan kek red velvet itu sejuk sedikit. Sementara menunggu kek itu sejuk, aku mencapai telefon bimbitku. Terus saja aku snap gambar kek red velvet ini.

Apabila terasa kek ini sudah sejuk, aku mengambil piring dan pisau. Aku potong ⅛ kek itu lalu aku meletakkan nya di atas piring. Aku menyuapkan sedikit kek ini ke dalam mulutku.

Senyumanku melebar. Sedap! Aku menyuapkan lagi kek red velvet ini ke dalam mulutku. Terasa bagikan ingin saja aku makan kek ni seorang.

Aku mengerling jam di dinding. Sudahpun pukul 11.00 a.m. Baru saja aku teringat sesuatu. Ya! Aku sudah janji dengan Isya dengan Aira yang aku nak keluar dengan diorang hari ni pukul 11.30 a.m.!

Tergopoh-gopoh aku berlari ke bilikku untuk bersiap. Mati nak kalau terlambat! Mau tak kena dengara 'ceramah free' oleh Isya dan Aira.

♡♡♡


"Guys! Sorry lambat!" Ujarku. Aku tercungap-cungap menarik nafas. Huh! Seksa!

Kulihat Aira sudah bercekak pinggang. Mampus! Marahlah ni? Iya tak?

"Babe, tarik nafas dulu..." Ujar Isya sambil menepuk-nepuk bahuku. Hah, thanks kepada Isya yang ambil berat pasal aku. Aira? Setia berpeluk tubuh.

"Woi Aira. Kau marah ke?" Soalku apabila nafasku mula stabil.

Aira menghampiriku. "Kau tau tak aku tunggu punya lama sampai nak patah dah kaki ni. Dahlah tadi tunggu Isya nak dekat 10 minit. Kau, 15 minit."

Aira mendengus kasar. Amboi! Marah betul kau ni, Aira. Aku memandang ke arah Isya. Dia pun lambat? Ceh. Aku ingat aku je yang lambat. Rupa-rupanya si Isya ni pun sama. 2 × 5 sungguh.

"Relaks la. Ok, macam ni. Jom, aku belanja kau." Ujarku. Nak pujuk minah ni kena belanja dulu. Kadang-kadanglah menjadi.

Mata Aira sudah bersinar-sinar. "Serious?! Apa-apa yang aku nak?!" Soal Aira teruja. Aku mengangguk.

"Alright! Jom-jom!" Aira sudah berjalan di hadapan aku dan Isya. See. Comfirm menjadi. Dia ni memang tak suka sangat keluarkan duit dia tu.

Baru saja aku ingin mengekori langkah Aira yang sudah berada di hadapan, lenganku disambar oleh Isya. Terkejut aku dibuatnya.

"Kau pahal?"

"Tu! Fidzwan kan?"aku mengecilkan untuk melihat sama ada orang yang ditunjukkan Isya itu ialah Fidzwan atau pun orang lain.

Yes! That's Fidzwan Iskandar. Dia keluar dengan girlfriend dialah tu. Macamlah tak tahu yang dia tu kan playboy. So comfirmlah perempuan keliling pinggang.

Aku memutar bebola mataku. "Lantaklah kat dia. Now, jom ikut si Aira yang entah ke mana dah dia nak pergi."

Buang masa je tahan aku sebab nak tunjuk mamat tu. MELUAT!

♡♡♡

FIDZWAN seperti ternampak kelibat seseorang yang seperti dikenalinya. Dia mengecilkan matanya untuk melihat seseorang itu. Jelas sekali orang itu ialah Husnina Anis.

Dia tahu, Husnina perasan akan dirinya yang berada di Pavilion ini. Namun, gadis itu hanya membuat tidak tahu saja. Samalah seperti dia. Dia tidak berminat untuk tahu apa tujuan gadis itu datang ke Pavilion ini.

"You, you tengok apa?" Soal Clara manja. Lengannya dipeluk erat oleh Clara.

Fidzwan memandang ke arah Clara. "Tak ada apa-apalah."

Fidzwan memberikan senyuman manis ke arah Clara. Kalau nak tahu, hampir kesemua bekas P.A. Fidzwan ni ex-girlfriend dia. Termasuk Clara. But yang paling setia pun Clara la.

Mereka berdua terus melangkah ke arah Sweetheart Café. Katanya nak jumpa klien. Masuk sahaja ke dalam cafe itu, sudah nampak kelibat klien mereka ini.

Actually, not a client. But, bestfriend forever Fidzwan. Fidzwan terus memeluk tubuh rakan baiknya itu.

"Hey! Sampai pun." Ujar Syaz sambil tersenyum ke arah Fidzwan dan Clara.

Fidwan turut membalas senyuman rakannya itu. "Sorry lambat. Lama ke tunggu?"

"It's okay. Tak adalah lama sangat. Eh, jomlah duduk." Syaz menjemput Fidzwan dan Clara duduk. Tetapi, Clara tidak terus duduk. Sebaliknya dia meminta diri untuk ke tandas.

Fidzwan memandang ke arah Syaz."So how?"

Syaz tersenyum sinis. Satu fail dihulurkan kepada Fidzwan.

"Aku dah lengkapkan maklumat dia. Semuanya ada dalam fail tu." Ujar Syaz.

Fidzwan mengambil fail itu. Dibelek-belek fail itu dengan teliti. Senyumannya melebar. Dia mengangkat mukanya. "Good. Thanks bro."

"No problem."

Kalau ada masa, baca la cerita kawan baik author ni

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Kalau ada masa, baca la cerita kawan baik author ni. Dia baru je buat.😊 Hope korang ada masa baca story dia.😀 Baca je cerita dia, terus ada mood nk update.😅

VOTE and COMMENT.🌸

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt