Bab 20

7.4K 279 43
                                    

ENCIK PALYBOY SUAMIKU

PANDANGAN kuhalakan ke luar jendela. Angin sejuk menyapa wajahku tatkala aku membuka tingkap. Sakit hatiku mengenangkan peristiwa sebentar tadi. Aku kahwin dengan Fidzwan pun terpaksa. Bukannya kami bercinta then kahwin.

Bilalah Fidzwan nak berubah? Dia asyik pergi club lagi. Rambut tu pun tak warnakan hitam balik. Perangai playboy dia tu, dah kuranglah. Aku pun dah tak tahu nak buat apa. Dia tak suka nasihat apa semua ni. Kalau tak, tengoklah apa yang dia akan buat.

Sedang aku ralit merenung ke luar jendela, terasa ada seseorang memelukku dari belakang. Bau gel mandian menerpa masuk ke dalam rongga hidung. Tahulah aku bahawa Fidzwan baru sahaja selesai mandi. Akibat terkejut dengan tindakannya itu, aku cuba untuk meleraikan pelukan itu. Namun, tidak berjaya. Dia memelukku dengan begitu erat.

"Fidzwan...Lepas, please..." Ujarku.

Fidzwan hanya membatu. Masih tidak mahu melepaskan pelukan. Sekali lagi aku cuba meleraikan pelukan ini. Dan ianya tidak berjaya. Sesudahnya aku mengeluh perlahan.

"Awak dah kenapa ni? Tiba-tiba peluk saya..." Soalku kepadanya.

"Don't you love me?" Soalnya.

Aku terus menghadap ke arahnya. Jantungku mulalah membuat hal. Ya, aku akui yang Fidzwan nampak menawan sekarang ini. Renungan matanya. Sangat menawan.

Aku mengerutkan dahiku. "Hah?"

Fidzwan mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Sangat dekat. "Don't you love me? " Ulangnya sekali lagi.

Aku melarikan anak mataku apabila anak mata Fidzwan tajam menikam anak mataku. Sungguh aku terasa gugup sekarang ini. Dah kenapa mamat ni tanya soalan macam tu? Demam ke apa?

"Fidzwan...Saya..."

"I love you..."

Bulat mataku memandang ke arahnya. Seperti dengar atau tidak dengar sahaja suara Fidzwan sebentar tadi. Aku sudah terkebil-kebil ketika ini. Adakah telingaku sudah rosak?

"A...apa dia...?" Soalku untuk mendengar kembali ayat yang dilontarkan sebentar tadi.

"I love you...sweetheart."

Sejurus itu, dahiku dikucupnya lembut. Meremang bulu romaku tika ini. Jantung berdegup kencang. Bagaikan baru sahaja marathon dua ratus meter. Dia panggil aku apa tadi? Sweetheart? Mengapa dengan aku hari ini? Adakah aku sedang bermimpi? Sungguh aku terasa janggal dengan situasi ini.

"Sweetheart, don't you love me? Still tak boleh terima perkahwinan kita ni? Hati sayang tak boleh nak buka untuk abang ke?" Soalnya lembut. Daguku diraihnya lembut.

Apa dia cakap? Sayang? Abang? Wait! Dia gelarkan diri dia abang? Sah mamat ni dah mereng! Takkanlah playboy macam ni nak fall in love dengan aku? Tak akan terjadilah, Nina! Ini semua lakonan. Aku tak percaya.

"Apa yang awak merepek ni? Jangan nak berlakonlah yang awak cintakan saya." Ujarku.

Fidzwan mengeluh perlahan. Kedua-dua tanganku diraihnya. Dia mengenggam tanganku seerat-eratnya. Anak matanya yang menawan itu makin membuatkan hatiku makin kencang berdegup.

"Sweetheart, abang tak berlakon. Abang memang tengah serious sekarang ni. I love you so much. Takkan sayang tak boleh nak percaya?" Suaranya yang serak basah itu membuatkan aku...tergoda. Oh my god! Aku tergoda dengan dia?

Aku mengggeleng-gelengkan kepalaku. Manalah tahu kan mamat ni nak tipu aku? Kononnya nak ambil hati aku. Ingat aku dengan mudahnya nak percaya kata-kata dia tu? Sorry. Kau tak kenal lagi siapa Husnina Anis. Aku tak akan sesekali percaya dengan kata-kata mamat playboy ni.

Aku menarik tanganku dari digenggam Fidzwan. Baru sahaja setapak aku melangkah, Fidzwan bersuara.

"Take your time. Ask your heart, don't you love me. I can wait for you until you love me..."

Bersama keluhan berat, aku melangkah keliar dari bilik ini. Mood aku sudah melayang entah ke mana. Takkanlah senang-senang je aku nak fall in love dengan dia tu. Neverlah! Hati aku masih belum terbuka untuk mencintai seseorang. Hatiku masih sakit. Sakit mengingati peristiwa yang lalu. Hanya aku seorang sahaja yang merasai sakit itu. Hanya aku.


Hai guys! Sorry la pendek je

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Hai guys! Sorry la pendek je. Ini je idea yang ada buat masa ni. In shaa Allah Aisy update lagi kejap lagi. Thanks sbb still support story ni. That's why Aisy sayang reader² Aisy.

Voment tau.😘

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang