Bab 2

10K 408 35
                                    

ISTERI MAMAT PLAYBOY

"HAH???!!!!"

     "Ya. Nina kena kahwin dengan anak kawan Papa dan Mama minggu depan. Muktamad." Ujar Papa lagi.

     Gila? Aku nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal? What the— Apa yang dah jadi ni sampaikan aku kena kahwin dengan mamat mana entah aku tak kenal?

     "No!! Nina takkan kahwin dengan orang yang Nina tak kenal! Never!" Aku membantah.

     "Nina, please kahwin dengan anak kawan Papa dengan Mama tu..." rayu Mama.

     "Tak... Nina tak nak kahwin dengan sesiapa pun buat masa sekarang ni!" Aku tetap berkeras. Hello! Masa muda jangan sia-siakan ye. Muda-muda nak kahwin buat apa kan?

     "Kalau Nina sayang kami, kahwin la dengan dia..." Sayu sahaja suara Mama memujukku.

     Tanpa sepatah kata pun, aku terus berlari dan menghempas pintu bilikku tanda protes. Aku bertekad. Aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal, tak cintai, tak menyayangi antara satu sama lain.

     Aku tidak suka apabila dipaksa. Lagi-lagi dipaksa untuk BERKAHWIN. No! Aku benci bila kena paksa kahwin. Ya Allah, takdir apakah ini? Kenapa aku mesti kahwin dengan si dia?

      Mutiara jernih mula membasahi pipi tanpa ku sedar. Aku hanya membiarkan ia mengalir. Aku betul-betul sedih tika ini. Aku takkan bahagia pun kalau kahwin dengan orang yang aku tak kenal. Never...

     Kedengaran pintu bilikku diketuk beberapa kali. Namun, aku hanya membiarkan saja. Terus sahaja aku menarik comforter hingga ke paras kepala. Hujung selimut digenggam kuat bersama tangisan yang semakin galak berbunyi. Hatiku betul-betul sedih sekarang ini.

·— ♡♡♡ —·

ISYA dan Aira memandangku pelik. Berkerut-kerut dahi mereka melihat keadaanku yang seperti tidak bermaya ini. Mereka saling berpandangan apabila aku seperti seseorang yang sudah patah hati. Mungkin juga kan? Patah hati kerana dipaksa berkahwin.

   Lambat-lambat Isya pun bersuara. "Nina, apasal dengan kau ni? Mata sembam. Macam ada masalah je...? Why?" Soal Isya.

   "Entah. Kau dah kenapa? Bagitau la kalau ada masalah. Share dengan kami ni. Mana la tau kami boleh tolong selesaikan masalah kau tu..." ujar Aira pula. Ambil berat jugak ye diorang ni. Terharu aku dibuatnya.

   Aku memandang mereka sekilas. "Aku kena paksa kahwin."

   Mereka berdua terkejut dengan apa yang baru sahaja aku katakan sebentar tadi. "WHAT??!! Serious?!" Mereka seperti tidak percaya. Memang susah nak percaya.

   "Yes. Aku kena paksa kahwin dengan anak kawan Papa dan Mama aku." Ujarku lalu aku kembali menyusun macaroon dan beberapa manisan lagi ke dalam chiller.

   "Apa motif kau kena paksa kahwin dengan anak kawan Uncle Fairuz dan Aunty Izzah tu?"

   Aku hanya menjongket bahu tanda tidak tahu. Aku melangkah ke arah dapur. Aira dan Isya hanya mengekori aku melangkah ke arah dapur.

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now