Bab 4

8.8K 325 1
                                    

ISTERI MAMAT PLAYBOY

AKU mencelikkan mata apabila terdengar azan Subuh berkumandang. Walaupun terasa berat untuk dibuka, aku gagahkan juga. Perlahan-lahan aku bangun dan terus menuju ke arah bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.

Selesai solat Subuh, aku mengemas katilku. Kemudian, aku keluar dari bilikku. Senyap. Aku melangkah ke arah dapur. Aku berfikir sejenak. Nak buat sarapan untuk dia ke tak? Bila difikirkan balik, kami ni suami isteri atas kertas je.

Aku memutuskan untuk tidak membuat sarapan untuknya. Pandai-pandai dia la makan dekat cafe tempat kerja. Terus sahaja aku pergi ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Aku pergi bakeri pukul 7.30 a.m.

Jam di dinding kukerling. Sudahpun pukul 7.00 a.m. Aik? Mamat tu tak pergi kerja ke? Bisik hatiku. Aku menutup televisyen lalu aku menaiki anak tangga menuju ke arah biliknya.

Aku melekapkan telingaku ke pintu biliknya. Senyap. Aku dengan teragak-agak mengetuk pintu biliknya. Tiada respons. Takkan dia tengah tidur lagi? Aku mengetuk pintu biliknya sekali lagi. Masih lagi tiada respons.

Aku memulas tombol pintu perlahan-lahan. Tidak berkunci. Dengan berhati-hati aku memasuki biliknya. Dah macam pencuri lagak aku sekarang ni.

Aku tercari-cari kelibat Fidzwan. Tidak ada. Kosong. Mungkin tengah mandi, fikirku. Aku menuju ke arah bilik air. Tak dengar bunyi air pun. Senyap je. Aku memulas tombol pintu bilik air. Tidak ada jugak. Mana dia ni pergi?

Aku menutup kembali pintu bilik air. Kaki kuatur ke arah katilnya. Kemas je. Haih. Takkan dia keluar? Tapi, aku tak nampak pun dia keluar. Takkan dia teleport kot? Haish! Never.

"Kau buat apa dalam bilik aku?"

Terkejut aku dibuatnya. Cepat-cepat aku memandang ke belakang. Aduh! Mampus aku! Tu Fidzwan! Eh, kejap. Dia dari mana ni? Segak bukan main lagi.

Lidahku terasa kelu untuk menjawab soalannya. Sudah! Apa aku nak jawab ni? Takkan nak jawab aku cari dia? Eeee, tak naklah. Nanti dia perasan pulak.

"Aku tanya, kau buat apa dalam bilik aku ni?" Ulangnya sekali lagi. Jawab jelah Nina...Tak ada pilihan lain dah.

"S-saya..cari a-wak.." Balasku tergagap-gagap. Apasal aku gagap ni? Alahai.

"Cari aku? For what?" Fidzwan mula menghampiriku. Aku cuba untuk mengundur. Namun, belakangku sekarang ni adalah katil. Aku terus terduduk di atas katil. Tak boleh lari dah ni.

"Err...Tak ada apalah..."

"Baik kau bagitau aku. Kalau tak..." Wajah Fidzwan semakin lama semakin mendekat. Oh no!

"Kalau tak apa?" Laju sahaja aku menyoalnya.

"Aku terkam kau sekarang." Bisik Fidzwan betul-betul di telingaku.

Bulu romaku mula meremang. Alamak! Ni yang aku tak nak ni! Baik aku bagitau dia. Kalau tak, harimau ni bakal terkam aku..!

"Ha, yelah. Saya cari awak sebab saya nak tanya awak pergi kerja ke tak. Tu je." Jelasku. Agak-agak dah terselamat ke belum?

"Ye ke? Ke...kau ada niat lain?" Fidzwan tersenyum senget. Dia terus menolakku sehinggakan aku terbaring di atas katil ni. Ya Allah! Tak terselamatlah pulak!

Wajah Fidzwan semakin lama semakin mendekat. Dapat kurasa deruan nafasnya mengapa wajahku. Aku mula gelisah. Nafasku tidak teratur. Jantung berdegup dengan kencang. Silap hari bulan terkeluar terus jantung ni.

Aku cuba untuk menolak dadanya yang sasa. Namun, tidak berjaya. Haish! Sado sangat aih. Selalu pergi gym ke? Sekali lagi aku cuba menolak dadanya dengan sepenuh tenaga. Akhirnya, aku berjaya juga melepaskan diri.

☆ミ Isteri Mamat Playboy ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin