2

8.6K 216 2
                                    

MASIH terngiang-ngiang lagi ayat yang terkeluar dari bibir lelaki itu.

'Nat, aku mencintai kau.'

Natrah memekup kedua-dua telinganya. Berdesing telinganya bila teringat empat patah perkataan itu keluar. Natrah menjerit dalam bilik air. Dia memandang cermin. Muncul wajah Iqbal di belakangnya. Natrah menoleh ke belakang. Iqbal tiada.

Ah! Ilusi rupanya.

Malam tadi. Dia bermimpi.

Dia bermimpi pelik. Bermimpi Iqbal dalam mimpinya.

Wajah kacukan Iqbal muncul dalam mimpinya. Dalam mimpi itu, Iqbal muncul sebagai suaminya. Kedua-dua mereka sedang menunggu kelahiran cahaya mata yang pertama. Iqbal kemudian berlagak suami romantis dengan menghadiahkan sejambak bunga kepadanya di sebuah restoran pada waktu malam. Dan... Iqbal mencium dahinya.

Mimpinya berakhir apabila dikejutkan dengan bunyi jam loceng. Cepat-cepat Natrah mengambil air wuduk yang kebetulan pada pagi tadi telah masuk waktu Subuh.

Gara-gara pengakuan Iqbal semalam, tidurnya diganggu dengan mimpi begitu. Dia tidak lena tidur. Matanya bengkak kerana tidur yang tidak cukup. Entah kenapa ayat dari pengakuan Iqbal itu menganggu mentalnya pula. Sakit pula kepalanya dengan luahan Iqbal. Dengan nada suara yang lembut itu, Natrah hampir digoda. Ah, Natrah! Jangan jatuh cinta terhadapnya!

"Iqbal tu wayar otaknya sudah putus! Kau jangan layan karenah dia. Jangan jatuh ke dalam perangkap dia, Natrah. Dia lelaki kasanova. Ingat tu." Natrah memperingati dirinya.

Sebut pasal kasanova, Iqbal terkenal dengan perangai kasanovanya. Sering bertukar pasangannya setiap masa. Pernah sekali Natrah terjumpa Iqbal dengan perempuan mat saleh depan restoran di Negeri Sembilan kira-kira dua minggu yang lalu. Selang dua hari kemudian, Natrah terserempak lagi dengan Iqbal. Kali ini Iqbal dengan perempuan lain pula. Memang betul kata Pak Ngah Hamidi. Iqbal ikut perangai papanya. Lelaki kasanova aka playboy!

Oleh itu, dia sebagai perempuan paling cantik jangan sesekali jatuh ke tangan Iqbal Haris!

Ceh, perasan cantik pula kau Natrah!

Ah lantaklah! Jangan sesekali jatuh cinta terhadap Iqbal. Itu yang paling penting.

"Kak, dah siap ke belum?" suara Kamil kedengaran di luar bilik Natrah.

"Kejap. Akak nak mandi."

"Alah, kak ni! Kita dah lambatlah."

"Bagi kak sepuluh minit."

"Okey, cepat tau kak."

"APASAL kau bawa dia ikut sekali?" bisik Natrah. Kamil berada di sebelahnya. Sebelah Iqbal, kosong. Natrah sengaja menarik Kamil duduk sebelahnya semasa naik kereta Iqbal tadi.

Natrah mengajak Kamil pergi ke butik mengambil baju yang ditempah. Tetapi kereta Kamil buat hal pula. Datang Si Iqbal menawar diri ingin menghantar mereka berdua ke butik.

"Kereta rosaklah, kak." Beritahu Kamil. Entah kenapa kereta Myvi yang baru beli tiba-tiba rosak.

"Kenapa tak pinjam kereta pak ngah?" soal Natrah tak puas hati dan tidak selesa berada dalam kereta Iqbal.

"Err... Pak ngah suruh Abang Iq hantarkan kita ke kedai." Kamil hendak meminjam kereta pak ngah mereka, tapi pak ngah buat kedekut pula. Mentang-mentanglah dapat kereta percuma hadiah daripada syarikatnya atas perkhidmatan cemerlang. Pak ngah menyuruh dia pinjamkan kereta dengan Iqbal. Tapi Iqbal menawarkan diri menghantar dia dengan Natrah ke kedai. Terpaksalah Kamil bersetuju walaupun tidak selesa dengan sepupunya itu.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz