17

5K 180 0
                                    

"SAYA tak boleh berjauhan dengan awak, Nat. Sikitpun tak boleh. Hati saya selalu sakit bila awak tiada disisi saya."

Iqbal mula dah!

"Suka sangat nak bermanis pagi-pagi buta. Haih!" Natrah baring di atas katil selesai mandi. Telefonnya masih melekat di telinga menunggu ucapan daripada suaminya.

"Saya bermanis dengan isteri saya aje." Ujar Iqbal. Nafas kelakiannya jelas kedengaran di corong telefon.

"Dengan Isabel?"

"Hari-hari kena marah dengan Isabel." Iqbal gelak. Isabel tak suka dia bermanis ayat.

Natrah gelak. Siapa tak marah, nak bermanis pun beragak-agaklah. Bukan hari-hari cair dengar ayat Iqbal ni.

"Iq, hati awak sakit, eh?" tanya Natrah ingin tahu tentang hati Iqbal itu.

"Haah, sakit sangat. Please, Nat. Kita cepat-cepat pergi honeymoon!" desak Iqbal.

Natrah menepuk dahi. Tak habis-habis nak honeymoon.

"Sabarlah, Iq. Kita tunggu masalah ni selesai dulu, ya." Pinta Natrah.

"Dulu, saya ajak honeymoon, cakap nak balik rumah. Lepas tu awak ajak honeymoon, kena cancel sebab Nadia masuk hospital. Sekarang kena cancel sebab Hamidi dok rancang nak bunuh orang." Marah Iqbal. Tak suka rancangannya tergendala lagi.

"Benda yang kita tak jangka. Iq, janganlah marah. Saya promise. Selepas selesai semua masalah ni, kita pergi honeymoon. Masa tu awak boleh minta apa sahaja yang awak nak." Pujuk Natrah. Kasihan juga dengan Iqbal. Permintaannya tidak dapat ditunaikan buat masa sekarang ini.

"Minta anak, boleh?" Iqbal mula tunjuk kesewelan dia.

Dan... Natrah start naik angin bila sebut pasal anak.

"Iqbal Haris!" Naik terus nada suara Natrah. Dia tak suka hal anak disebutkan.

"Ya, ya."

"Jangan sebut pasal anak, boleh tak?"

"Awak tak sudi melahirkan anak untuk saya? Awak tak nak darah keturunan pembunuh ayah awak mengalir dalam badan anak awak?" soal Iqbal. Dia ingin menguji Natrah. Dari sudut hati Natrah, masih tersimpan dendam dan kebencian Natrah terhadap dia dan Datin Suria. Walaupun tidak ditunjukkan kebencian itu selepas mereka bernikah dulu, Iqbal masih dapat merasai punca Natrah tidak dapat menerimanya ialah kebencian itu.

Natrah tersentak. Sampai begitu Iqbal fikir. Atau mungkin Iqbal tahu dia masih membenci Iqbal dan Datin Suria dan Natrah masih menyalah Datin Suria atas kematian ayahnya?

Mungkin ya, tapi benci itu tak usah disimpan lama-lama. Dia sudah menerima ketentuan takdir. Dia redha kehilangan ayahnya kerana ajal dan maut di tangan Allah.

Tetapi mencintai Iqbal itu adalah kepastian dalam dirinya.

"Bukan itu maksud saya, Iq. Saya..." Natrah berjeda untuk memikirkan ayat.

"Saya apa, Nat? Cakap ajelah. Awak masih tak boleh terima saya." Ujar Iqbal kecewa.

"Bukanlah..." Natrah mati kata-kata.

"Habis tu..." Iqbal ingin tahu.

"Saya belum bersedia." Tutur Natrah yang pasti mengecewakan Iqbal.

Iqbal mendengus kecil.

"Setiap kali saya mendengar perkataan tu, saya takut. Saya takut seandainya awak pergi jauh dari saya. Saya sayangkan awak. Awak adalah perempuan yang saya sayang." ketakutan Iqbal ialah kehilangan Natrah.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang