23

4.8K 172 0
                                    

PUAN Salma memerhati gerak-geri Natrah diluar rumah yang sedang menyiram pokok bunga. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini perasaan curiganya terhadap anak perempuan kedua semakin menebal. Dia mencurigai Natrah. Curiga dengan tindak-tanduk Natrah selepas Natrah pulang. Hatinya kuat mengatakan Natrah bercinta dengan Iqbal. Mereka sangat mesra ketika di hospital dahulu. Puan Salma mengetap bibir.

Ini tak boleh dibiarkan.

Dia mesti menghalang Natrah dari berhubungan dengan Iqbal. Iqbal tidak layak untuk bersama dengan Natrah. Iqbal anak pembunuh suaminya. Natrah mesti ingat siapa yang menyebabkan kematian ayahnya. Datin Suria, adik kandung Rashid tegar membunuh abangnya sendiri demi harta. Harta yang menjadi keutamaan Datin Suria dan sanggup melupakan hubungan darahnya. Selama bertahun-tahun, Puan Salma menderita menangisi kematian suaminya. Selama bertahun-tahun juga, Puan Salma membenci adik iparnya itu.

Dan Natrah,

Berbaik dengan Iqbal. Iqbal harus dihalang!

"Mama," Nadia memanggil. Puan Salma berpaling.

"Kenapa Nadia? Kepala pening lagi ke?" tanya Puan Salma. Dari semalam lagi, Nadia mengadu sakit kepala. Suruh dia pergi klinik tak mahu, sudahnya tidur dalam bilik sepanjang hari.

"Ada pening sikit-sikit. Nadia nak berbincang sesuatu dengan mama."

"Pasal apa?"

"Pasal Irfan."

Puan Salma mencebik. Anak sulungnya tak habis-habis ingat kat suami tak guna itu.

"Kenapa dengan Irfan? Mama dah pesan kat Nadia, jangan fikir pasal Irfan lagi. Dia lelaki tak bertanggungjawab. Sejak Nadia keluar dari hospital, dia tak pernah melawat Nadia. Nampak sangat dia berdendam dengan Nadia sebab Nadia menikam dia tempoh hari."

Nadia menggeleng kepala.

"Nadia mengandung."

Puan Salma terkejut.

"Me... Mengandung? Nadia yakin Nadia mengandung?" soal Puan Salma tidak percaya.

Nadia mengangguk.

"Nadia yakin. Nadia dah 3 kali buat test. Semuanya positif."

Nadia pada awalnya menyangka peningnya adalah pening biasa yang dialaminya. Tapi bila mula muntah dan rasa mual-mual itu, Nadia syak sesuatu. Dia juga tidak mempunyai selera makan. Bila masuk dapur, dia mula muntah. Tak boleh tahan dengan bau dapur itu. Nadia mengagahkan diri pergi membeli alat penguji kehamilan. Pertama kali test, positif. Dua kali test, positif. Tiga kali test, tetap positif. Dua jalur, POSITIF!

Air mata Nadia menitis. Pipi Nadia diusap oleh Puan Salma.

"Ya Allah, Nadia." Puan Salma memeluk Nadia. Dia bakal menjadi nenek. Irfan pula bakal menjadi ayah, tapi Irfan hilang entah ke mana.

"Nadia takut, ma." ucap Nadia. Badannya lemah memikirkan nasibnya selepas ini.

"Kenapa, sayang? Nadia takut apa?" pelukan itu terlerai. Anaknya menangis.

"Irfan sekarang dah menghilangkan diri. Dia bakal jadi ayah. Nadia tak nak anak ni dilahirkan tanpa Irfan di sisi."

"Mama akan cari Irfan. Mama janji."

"Mama... Nadia nak bercerai dengan Irfan." Nadia nekad dengan keputusannya. Namun, anaknya tetap memerlukan Irfan.

"Nadia, mama akan minta Irfan bertanggungjawab semula. Dia semua Nadia."

"Dia bukan suami Nadia lagi sejak dia meninggalkan Nadia."

Puan Salma diam sejenak.

"Nadia betul-betul pasti dengan keputusan Nadia?"

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now