20

5.4K 173 0
                                    

IQBAL memeluk Natrah. Pelukan itu melepaskan kerinduannya terhadap Natrah.

Eleh, Iqbal. Baru dua hari tak jumpa. Dah rindu?

Mestilah rindu. Isteri kut. Jantung pisang hatiku.

Natrah tidak tergaman dengan tindakan Iqbal. Kalau dulu, dia tergaman sebab dipeluk paksa malah marah-marah Iqbal. Sekarang dah okey. Boleh peluk-peluk selama mana dia nak. Iqbal suaminya, bukan kekasih. Sudah halal, buat cara halal. Nak bermiang atau menggatal dengan Iqbal, buat sahaja. Suami sendiri, bukannya musuh atau orang bukan muhrim. Nak malu? Buang jauh-jauh. Dah berkahwin, buang sifat malu tu.

Eish, kau Natrah. Mengada-ngada betul bila bersama dengan Iqbal!

Kalau cinta, cakap cinta. Jangan menafikannya.

Yalah!

"Papa, kasi Isaac peluk mama." Isaac muncul. Dia meluru ke arah Natrah. Natrah dan Iqbal meleraikan pelukan.

Natrah memeluk anak tirinya dengan penuh kasih sayang itu.

"Ya Allah, rindunya mama kat Isaac." Natrah mencium pipi montel Isaac kiri kanan. Isaac ketawa mengekek dicium.

"Amboi, kalau anak, dicium kiri kanan, kalau suami pula, kena cium tapak selipar." Iqbal mencebik. Sekali sekala nak juga dicium oleh isteri.

"Dah start dah gatal dia."

"Pleaselah, sayang. Nak juga dicium macam Isaac tu."

"No, tak boleh, papa. Mama boleh cium Isaac aje. Papa suruhlah tok ma cium papa."

Natrah gelak. Bijak Isaac ni.

"Eh, eh budak ni. Okey, malam ni papa tak nak main game dengan Isaac. Merajuk." Iqbal acah-acah merajuk. Saja nak kenakan anak sendiri.

"Mama!" Isaac mula menjerit.

"Iq, dengan anak pun nak cemburu ke?" Natrah memeluk Isaac.

"Tak cemburu pun."

Natrah ketawa. Macam-macamlah Iqbal ni.

Tujuan Natrah datang ke sini adalah Iqbal mengajaknya pergi ke rumah Naufal untuk meminta Naufal bekerjasama dengan mereka bagi menangkap Hamidi. Hamidi jika dibiarkan, boleh mengancam nyawa yang dekat dengan Natrah. Walaupun Naufal berpihak dengan Hamidi, takkanlah Naufal sanggup meringkuk ke dalam penjara dan mensia-siakan usia mudanya dalam penjara gara-gara melakukan kerja kotor ini?

Natrah sekarang tengah serabut memikirkan hal pak ngahnya. Pelbagai soalan yang dia tanya pada diri sendiri. Mengapa pak ngah nak bunuhnya kerana harta? Kalau harta yang membuatkan pak ngah jadi tamak, dia boleh menyerahkan harta itu kepada pak ngah tanpa bunuhnya.

Subahanallah.

Jangan jadi tamak, Natrah. Jangan ikut perangai Pak Ngah Hamidi kau.

Kerana tamak boleh membinasakan diri sendiri.

Natrah meletakkan Isaac di atas sofa. Dia mengikuti Iqbal masuk ke dalam kereta Iqbal.

"Awak yakin Naufal akan bekerjasama dengan kita?" tanya Natrah. Dari semalam dia asyik berfikir pasal hal ini. Naufal tak mungkin bekerjasama dengan mereka.

"Saya yakin. Saya dah sediakan sesuatu untuk dia. Sesuatu yang dia berminat." Iqbal menoleh ke belakang. Ada sebuah briefcase yang berisi wang sebanyak lima ratus ribu. Wang itu untuk Naufal.

Natrah turut menoleh ke belakang.

"Duit?"

"Haah."

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now