25

5K 170 0
                                    

TEPAT jam 5 petang, Natrah balik. Puan Salma sudahpun menunggu Natrah di ruang tamu. Dia perlu bersemuka dengan anak perempuan keduanya tentang hubungan Natrah dengan Iqbal. Hari ini juga dia perlu selesaikannya.

"Pergi pukul 9 pagi, pukul 5 baru balik. Seronok sangat pergi jumpa kawan-kawan sampai lupa nak balik rumah." Tegur Puan Salma.

Langkah Natrah terhenti. Dia memusingkan badannya ke belakang. Puan Salma memadang Natrah dengan pandangan tajam.

"Lama tak berjumpa, ma."

"Erine macam mana?"

"Erine masih macam dulu, ma."

"Pak Mus beritahu mama yang Erine sekarang tengah sambung belajar kat US. Jadi dari mana Nat jumpa Erine?" ujar Puan Salma. Sebentar tadi, Pak Mus menghubunginya untuk bertanya khabar tentang Natrah bagi pihak Erine kerana Erine tidak mempunyai nombor telefon Natrah. Pak Mus memberitahu, Erine sekarang sedang menyambung pelajaran di US. Pada masa itulah, Puan Salma yakin Natrah dan Iqbal betul-betul bercinta.

Natrah tergaman. Puan Salma sudah tahu perbohongannya.

"Mama... Nat," Natrah mula mati kata-kata.

"Nat sekarang sudah mula menipu mama. Mama tak sangka Nat sanggup tipu mama demi berjumpa dengan Iqbal." Tutur Puan Salma kecewa dengan sikap anaknya.

"Mama, bukan itu tujuan Nat. Nat minta maaf, ma."

"Jadi betullah... Nat dan Iqbal sedang bercinta?"

Natrah diam.

"Nat, jawab. Nat dengan Iqbal sedang bercinta?" soal Puan Salma.

"Kalau Nat dengan Iqbal bercinta, mama nak halang hubungan kami?" soal Natrah pula.

"Dah tentu mama akan halang hubungan kamu berdua! Nat tahukan siapa Iqbal. Iqbal anak pembunuh ayah Nat!" tingkah Puan Salma.

"Tapi Nat tak rasa mak ngah yang bunuh ayah." Natrah cukup yakin kemalangan yang menimpa ayahnya bukan berpunca dari Datin Suria. Firasatnya kuat mengatakan Datin Suria tidak bersalah. Selama dia bersama Datin Suria, perasaan benci itu mula hilang tanpa dia sedar.

"Nat dah dipergunakan Iqbal. Iqbal dah hasut Nat."

"Iqbal tak menghasut Nat, mama."

"Nat dah kemaruk bercinta dengan budak tu. Mama ingat Nat tak melupakan apa yang telah terjadi kat ayah, tapi Nat bersubahat pula dengan keluarga pembunuh tu. Nat mengkhianati mama dan adik beradik Nat sendiri!" Puan Salma kecewa dengan Natrah. Bertahun-tahun dia memberitahu anak-anaknya, jangan memaafkan pembunuh yang telah membunuh ayah mereka. Jangan mengkhianati ahli keluarga sendiri dengan berbaik dengan keluarga pembunuh itu.Tapi, hari ini, Natrah telah mengkhianatinya.

"Ya Allah, ma. Bukan itu yang Nat buat." Natrah mula mengalir air mata. Perlukah dia memberitahu status dia sekarang? Atau dia kena merahsiakannya?

"Cukuplah, Nat! Mama sangat kecewa dengan Nat. Nat sanggup bercinta dengan anak pembunuh tu. Nat telah buat mama hilang seorang anak! Mama nak Nat keluar dari rumah ni. Mama tak mahu melihat muka Nat lagi kat sini." Puan Salma nekad menghalau anak perempuannya. Dia tidak mahu melihat muka Natrah lagi. Natrah telah mengecewakannya.

"Mama!"

Puan Salma segera mengatur langkah naik ke atas.

Natrah terduduk di sofa. Terkedu dengan apa yang Puan Salma katakan.

Mama halau Nat?

"KEMAS semua barang-barang Nat. Jangan tinggalkan sikit pun barang Nat dalam rumah. Mama tak nak menyimpan barang orang yang telah mengkhianati mama." Ujar Puan Salma ketika melalui bilik Natrah.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now