29

5.2K 158 0
                                    

TIBA waktu malam, Natrah keluar dan duduk di pondok. Matanya tak lepas memandang bintang di langit. Sungguh cantik malam ini dengan diterangi bintang-bintang di langit. Hati Natrah sungguh gembira. Entah apa yang dia gembira. Yang jelas, dia kini tinggal bersama Iqbal dan dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Baru seminggu duduk sini,

Kalau sebulan?

Tak salah pun. Rumah suami, rumah dia juga. Tempat dia, disisi suami.

Mama?

Natrah mengeluh. Fikir pasal Puan Salma sering membuatkan hatinya gelisah. Dia ingin menceritakan perkara sebenar kepada Puan Salma. Mungkin dengan cara itu boleh membaik pulih hubungan Puan Salma dengan Datin Suria.

Pak ngah,

Haih!

Pak ngah pula satu hal. Selagi tak selesai niat jahat pak ngah, selagi itulah dia kena berhati-hati dengan orang tua itu. Menurut Iqbal, orang Hamidi selalu memerhati kawasan rumah ini. Walaupun mengupah dua bodyguard berjaga di pintu pagar itu, belum cukup menakutkan orang Hamidi. Kebal sangat orang tu sampai tak takut dengan orang lain.

Bagilah Natrah merasai kebahagiaan yang diberikan oleh Iqbal. Dia sudah mendapat bahagia yang dia cari selama ini. Cinta Iqbal sampai bulan dan bintang. Natrah sengih seorang diri.

"Dok fikir apa, yang?" tegur Iqbal. Dia melabuhkan punggung bersebelahan isterinya.

"Fikir pasal kita."

"Ingat fikir pasal anak-anak kita."

"Jangan nak fikir benda pelik."

"Ehhh... Fikirlah juga pasal bakal anak-anak kita." Iqbal menyengih.

"Belum masanya. Tunggu dan sabar ya."

"Elehh, suruh kita sabar. Jangan-jangan dia yang tak sabar."

Natrah mencelik mata.

"Apa dia? Apa tak sabar-sabar ni? Ingat, kalau awak yang gelojoh, tanggung sendiri!"

"Memang saya yang tanggung." Iqbal gelak.

"Heish. Memang otak kuning betullah!" marah Natrah. Dia paling tak suka Iqbal menyentuh bab itu. Kalau Iqbal tak sabar, memang katil kena belah dualah. Baru tahu konsep sabar tu macam mana.

Anak,

Natrah menggulum senyuman.

Siapa tak mahu anak? Anak yang lahir dari rahim sendiri. Belai dia, jaga dia dan berikan didikan agama yang secukupnya. Iqbal seorang ayah yang terbaik. Berjaya mendidik Isaac sebagai bapa tunggal. Tengoklah Isaac, usia baru empat tahun tapi lagak dia macam tujuh tahun. Tanya siapa ajar dia, Iqballah pengajar dia.

Sabar... Bila semua masalah selesai.

"Janganlah marah, sayang." Iqbal memeluk bahu Natrah.

"Dia ni suka sangat peluk orang."

"Bini sendiri, bukan orang lain. Kalau boleh, 24 jam rasa nak peluk awak je." Semakin erat dia memeluk isterinya itu.

"Habis, mama? Tak nak peluk."

"Itu lain. Ni dengan bini, kena special sikit."

"Haip, tak boleh macam tu. Jangan melebihkan isteri, tau."

"Yalah, sayang."

Natrah tersenyum.

Bahagia itu biarlah sederhana. Jangan lebih, jangan kurang.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now