10

5.8K 179 0
                                    

HABISLAH!

Iqbal merajuk!

"Nat, Nat buat kat Iqbal?" tanya Datin Suria melalui panggilan telefon selepas usai solat Subuh tadi.

"Nat buat apa?" tanya Natrah kembali. Dia tidak faham. Apa dia buat pada Iqbal? Iqbal kenapa?

"Iq tak balik semalam. Selepas makan malam, dia pergi rumah kawannya dan sampai ke pagi dia masih belum balik. Mama tanya kenapa tak balik, dia cakap dia merajuk dengan Nat." Beritahu Datin Suria. Ada nada kerisauan kedengaran.

Natrah menepuk dahinya.

Aduh, Iqbal!

"Hm, Nat bukan sengaja, ma."

"Nat dengan Iqbal bergaduh ke? Nat, Nat pergilah pujuk Iqbal tu. Kasihan kat Isaac. Dia menangis cari papanya."

Entah kenapa perasaan Natrah lain benar pagi ini. Dia tiba-tiba berasa tidak sedap hati pula. Seolah ada sesuatu yang terjadi dekat Iqbal.

"Okey. Nat try call Iq."

Panggilan diletakkan.

Natrah mengeluh.

Dia kena cari Iqbal dan pujuk hati lelaki itu.

Haih!

Selama ini tidak pernah pula lelaki itu merajuk. Tiba-tiba aje buat perangai macam budak-budak pula. Diri sendiri dah jadi bapa orang. Tak boleh ke bersikap matang sikit? Nak kata usia 23 tahun tapi tengok ic lahir pada tahun 1982. Tua empat tahun darinya. Memang dah tua bangka dah!

Takkan Iqbal merajuk kerana cemburu pasal hal semalam? Dia nak tengok Irfan cemburu aje. Tapi tak sangka. Hendak kenakan orang tu, orang lain pula terkena. Bila merajuk, tak nak balik rumah pula. Macamlah dia tu budak remaja lagi buat perangai macam tu. Hish! Menyampah betul. Tak pasal-pasal Datin Suria tanya kenapa Iqbal merajuk. Terpaksalah dia kena pergi cari dan pujuk lelaki hati tisu itu.

Natrah turun ke bawah untuk bersarapan. Bila tiba di meja,

"Ma, Nat breakfast kat Kfc ajelah." Beritahu Natrah pada Puan Salma yang sedang menyusun pinggan. Irfan ada di meja menunggu makanan. Nadia pula berada di dapur.

"Kenapa pula, Nat? Marilah kita bersarapan sekali." Tanya Puan Salma seraya memujuk anak perempuan keduanya itu.

"Hm, Nat tak ada selera pula nak makan." Mata Natrah tidak mahu melihat Irfan yang macam orang dungu itu.

"Mama buatkan tom yam kesukaan Nat." Pujuk Puan Salma apabila sedar kenapa Natrah tidak mahu bersarapan sekali.

"Tak apalah, ma. Nat ada masalah cirit-birit. Tak boleh makan makanan pedas. Okey, ma. Nanti petang ni Nat balik, ya." Natrah menyalami tangan Puan Salma. Tak sabar hendak keluar.

"Eh, nak pergi mana petang baru nak balik?"

"Nak jumpa mak mentua kejap."

"Hati-hati bawa kereta."

"Okey, ma. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Natrah segera keluar dari rumah. Tidak ingin rasanya duduk satu meja dengan lelaki bernama Irfan itu. Aura kebenciannya mula menerjah. Tak tahu kenapa dia benci Irfan pula. Mungkin kerana Irfan tidak mempertahankan cinta mereka dan sanggup berkahwin dengan Nadia dulu.

Ah, Natrah!

Lupakan benda yang lepas. Irfan sudah sah menjadi suami Nadia dan kau pula isteri Iqbal. Tempat kau untuk Iqbal seorang sahaja.

Eh! Aku tak cinta dialah!

Bohong! Kau cinta dia.

Fikiran Natrah mula serabut.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now