16

5.4K 178 0
                                    

HAMIDI tengah benggang!

Rancangannya tidak berjaya. Dia mengharapkan Naufal memujuk Natrah supaya menikahi anak sulungnya, tapi gagal! Naufal gagal memujuk Natrah.

"Kau nak kahwin dengan kekasih kau, ya Natrah? Okey. Aku takkan benarkan. Aku akan pastikan kau kahwin dengan Naufal. Harta kau, akan menjadi milik aku!"

Hamidi mendail nombor Zack.

Panggilan disambung.

"Hello, Zack."

"Hello, bos."

Suara Zack masih sama seperti lima tahun yang lalu. Hamidi terpaksa mengguna khidmat Zack sekali lagi untuk melaksanakan rancangan busuknya itu. Dia fikir, lima tahun yang lalu adalah perbuatan jahatnya yang terakhir selepas membunuh abang iparnya, tapi disebabkan wasiat yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya menyebabkan dia kembali merancang perbuatan jahatnya.

"Aku nak kau buat kerja untuk aku."

"Kerja apa, bos."

"Kerja bunuh orang."

"Bereh, boh."

"Aku akan bank in duit ke dalam akaun kau."

"Kejap, bos. Siapa orang yang aku kena bunuh tu?"

"Anak arwah Rashid. Natrah."

"No hal, bos. Bila bos nak saya bunuh dia?"

"Mulakan sekarang."

Dia tidak peduli sebanyak mana dosanya membunuh orang. Asalkan harta itu menjadi kepunyaannya.

Hamidi hairan dengan arwah ayahnya. Kenapa Natrah diberikan harta yang banyak berbanding kakak sulungnya? 70 ekar kebun getah. Siapa yang memiliki 70 ekar itu, dia akan menjadi kaya. Hamidi berangan untuk mendapatkan 70 ekar kebun getah itu. Bila dia dapat, dia akan menjualkannya kepada pemaju hartanah dan dia akan menggunakan duit itu untuk keseronokan hidupnya.

Arwah ayahnya, berpangkat dato yang memiliki sebuah syarikat penghasilan makanan. Tapi malangnya syarikat yang diusahakan oleh arwah ayahnya muflis. Mujurlah arwah ayahnya mempunyai tanah yang banyak dan berkebun ketika itu. Dia dan kakaknya dapat hidup dengan mewahnya.

Oleh kerana dia dua beradik dengan Puan Salma. Arwah ayahnya menyerahkan separuh harta yang banyak itu kepada Puan Salma selaku anak sulung. Puan Salma pula menyerahkan pula harta-harta itu kepada tiga orang anaknya. Separuh lagi kepada adik Hamidi dan Puan Salma iaitu Zahara. Hamidi pula tidak mendapat satu ekar tanah dari arwah ayahnya. Dia cuma dapat duit sebanyak dua ratus ribu sahaja. Dan duit itu sudah habis digunakan. Hamidi cemburu melihat kakak dan adiknya mendapat harta itu. Dia lagi sakit hati bila dia dapat tahu Natrah mendapat harta yang paling banyak. 70 ekar kebun getah!

Harta kepunyaan arwah Rashid pula habis dijual kepada Datin Suria untuk membayar hutang. Hamidi mahu membeli tanah-tanah arwah Rashid ketika itu, tapi dia terlambat. Kalau dia dapat membelinya, dia akan menjadi kaya.

Kini dia tidak mempunyai apa-apa.

Dia cuma mempunyai sebuah rumah banglo hasil titik peluhnya bersama lima ekar tanah yang dibeli dengan duit dia sendiri.

Natrah akan dibunuh!

Salah arwah ayahnya kerana telah mewasiatkan harta yang dibahagi kepada Puan Salma dan kepada anak-anak saudaranya. Jika salah seorang anak Puan Salma meninggal dunia, harta itu akan diberikan kepada dia. Jadi, Natrah yang paling banyak terima harta.

Apa yang dia inginkan, dia akan dapat.

TAK kenal, maka tak cinta.

Dia kenal Iqbal. Iqbal sepupunya. Dari dia kecil sampailah dia dewasa, dia mengenali Iqbal. Cuma ada yang dia tidak tahu mengenai Iqbal. Itu dia mengaku salahnya. Sejak bergelar isteri kepada Iqbal Haris, dia perlu tahu sikit sebanyak mengenai suaminya supaya hubungan mereka berdua akan lebih baik.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Место, где живут истории. Откройте их для себя