8

5.3K 201 5
                                    

LELAKI kasanova!

Cepat-cepat Natrah menaikkan cermin kereta. Dia menghidupkan enjin lalu beredar dari perkarangan restoran. Hati Natrah mula memberontak kesakitan. Tidak sangka Iqbal yang selama ini nampak jujur dan baik hati sebenarnya lelaki kasanova. Playboy! Dia pernah mendengar pengakuan daripada Iqbal yang dia bukan lelaki seperti itu dan Natrah percayakannya. Tapi perempuan yang dijumpai bersama Iqbal adalah perempuan yang sama dia nampak kira-kira setahun yang lalu. Iqbal juga pernah menyatakan perempuan itu klien syarikatnya. Tapi apa yang dia nampak sebentar tadi itu adalah kebenarannya.

Iqbal penipu!

Iqbal kelihatan sungguh mesra dengan perempuan itu. Boleh pula bergelak ketawa dari jauh. Berpegang tangan pula tu. Natrah memukul streng kereta. Air matanya mula jatuh keguguran. Kenapa hatinya sungguh sakit ketika ini? Adakah dia cemburu melihat Iqbal mesra dengan perempuan lain?

Kejap. Semalam Iqbal kata ada seseorang nak berjumpa dengan dia?

Ohhh... Inilah orangnya.

Berpegang tangan dengan suaminya. Bermesra-mesraan tanpa tengok kiri kanan. Hah, betullahkan. Madu Natrah Hanani yang Iqbal bawakan.

Wahhh! Hebat kau, Iqbal. Ada hati nak pasang dua, ya?

Natrah, adakah kau mencintai Iqbal sebenarnya?

Kau pernah mengaku pada diri kau yang kau sayang dan sukakan dia. Cuma kau tak boleh menerbitkan perasaan cinta dalam hati kau terhadap Iqbal. Dan sekarang buktinya. Kau telah menerbitkan perasaan cinta itu, Natrah!

Tapi masa tu, dia keliru sangat. Dia hampir lemas dalam lautan cinta Iqbal.

Ah!

Tiada cinta untuk Iqbal.

Iqbal hanya bermulut manis. Dia penipu!

Deringan telefon mengejutkan Natrah. Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon.

Iqbal.

Natrah membiarkan panggilan daripada Iqbal. Dia fokus pada perjalanannya. Tapi dia tidak tahu mahu ke mana.

Erine! Cari Erine.

"KENAPA, Iq?" tanya Sophie pada adik tirinya itu.

"Iq call wife Iq tak dapat. Dah banyak kali call. Risaulah." Ujar Iqbal bimbang. Dia telah memaklumkan kepada Natrah supaya datang ke restoran semalam. Namum bila tiba hari ini, Natrah tidak muncul pula. Puas dia menunggu.

"Bateri tak ada kut."

"Tapi panggilan masuk. Iq rasa ada sesuatu yang dah jadi kat Natrah."

"Iq, bertenang. Tak ada apa-apa yang berlaku. Mungkin Natrah tertinggal handphonenya kat rumah."

"Agaknyalah."

Namun hatinya berasakan ada sesuatu yang telah menimpa isterinya.

ERINE tak ada di rumah. Dia balik kampung sebelah ayahnya.

Natrah mengetap bibir. Matanya sudah bengkak menangis sebentar tadi. Gara-gara Iqbal matanya seperti Panda sekarang. Kini dia tidak tahu dekat siapa untuk meluahkan perasaan sakit hatinya. Hendak diluahkan kepada Erine, Erine tiada.

Datin Suria, ibu mentua kesayangannya?

Bolehkah?

Kalau Datin Suria berpakat dengan Iqbal? Yalah. Datin Suria kan ibu kandung Iqbal. Mesti dia menyebelahi anaknya walaupun anaknya berperangai kasanova tu.

Tak. Datin Suria baik. Tak macam Iqbal. Iqbal jahat!

Okey. Call Datin Suria. Jumpa dengan ibu mentua sekarang juga. Pergi luahkan pasal Iqbal kat Datin Suria. Biar Datin Suria marah dekat Iqbal pula. Sampai hati Iqbal melukakan hatinya sebagai isteri dia yang sah? Oh, kata cinta. Tapi cinta keparat! Iqbal Haris, bukan lelaki yang baik.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now