9

5.5K 199 0
                                    

"PADAN muka."

Iqbal gelak sakan melihat drama yang dibuat Natrah sebentar tadi. Bukan main sedih Natrah apabila suaminya mempunyai perempuan lain. Nampaknya Natrah mempunyai perasaan cinta terhadapnya. Kalau tidak, tak akanlah Natrah sanggup mencipta drama akasia TV 3 sebentar tadi.

"Ohh, gelak eh." Natrah mencubit lengan Iqbal. Geram sangat dengan Iqbal. Boleh pula Iqbal membuat hidupnya huru-hara sekejap tadi. Kalau Iqbal beritahu awal-awal, tak adalah dia berdrama sebabak di rumah Datin Suria. Malu bukan main menuduh Kak Sophie kekasih gelap Iqbal. Haih!

"Iq kenapa tak beritahu awal-awal yang Iq nak kenalkan Kak Sophie dengan wife Iq? Kesian Nat. Bengkak matanya ingat Iq curang dengannya." Ujar Sophie geram.

Iqbal mengekek ketawa. Tak pasal-pasal lengannya dicubit sekali lagi oleh Natrah.

"Iq bukan sengaja tak beritahu. Yalah. Iq cuma beritahu yang Iq nak kenalkan Nat dengan seseorang di restoran. Manalah tahu Nat ni tiba-tiba cemburu dan ingat Iq curang dengan dia. So, bukan salah Iq, kan?" Iqbal mengerling ke arah Natrah. Suka pula dia dengan kasih sayang Natrah terhadapnya. Nampaknya Natrah betul-betul sayangkan dia.

"Awak memang sengaja kan nak saya jadi macam orang hilang suami? Suka sangat nak kenakan orang? Kalau saya tak terfikir nak datang ke rumah mama, saya dah pergi ke mahkamah syariah untuk memfailkan perceraian tau!" ujar Natrah. Sakit pula hatinya dengan Iqbal.

"Ehh, nak salahkan oranglah tu. Salahkan diri sendiri eh. Awak lain kali tanya dulu. hahaha..." Iqbal masih dengan ketawanya yang tak pernah hilang itu.

Natrah mencebik. "Disebabkan awaklah, saya malu dengan Kak Sophie dan mama. Bencilah!"

"Benci tandanya sayang, kan? Awak sayangkan saya?"

"Tak ada maknanya nak sayangkan orang macam awak."

"Nat, jangan jadi isteri yang nusyuz."

"Eish awaklah buat saya macam ni. Yalah. Maafkan saya wahai encik suami."

Iqbal tersengih.

Datin Suria menggeleng kepala melihat Natrah dan Iqbal.

Datin Suria bersyukur kerana Natrah sudi menerima Iqbal sebagai suami walaupun masih ada konflik di antara dia dengan keluarga Natrah. Datin Suria tidak tahu bila konflik ini akan selesai dan dia tidak mahu anak dan menantunya terus menyembunyikan status mereka ini.

"Hah, sudah-sudahlah bergaduh tu. Kak Sophie nak pinjamkan Nat sekejap, boleh Iq?" Sophie mencelah.

"Kak nak buat apa dengan isteri, Iq?"

"Nak bincang hal perempuan."

"Nak join, boleh?"

"Tak boleh!" tegas Natrah. "Awak lelaki jangan nak mengada-ada nak join sekaki."

Iqbal memuncung bibir. Buat tanda protes.

"Ingat comel sangatlah tu buat muka macam tu." perli Natrah.

Sophie gelak.

DI luar halaman rumah agam Datin Suria. Natrah dan Sophie duduk di pondok kayu yang dibina dalam taman bunga dalam kawasan rumah Datin Suria. Di taman bunga, terdapat pelbagai jenis tanaman bunga yang ditanam oleh wanita berusia 54 tahun itu.

Suasana pada waktu petang mendamaikan fikiran Sophie dan Natrah.

"Nat dengan Iqbal sepupu, kan?" tanya Sophie memulakan perbualan.

"Haah, kak."

"Ohh... Patutlah Iq selalu bercerita pasal sepupu dia bernama Natrah ketika kami kecil dulu. Dari pagi sampai ke malam, asyik nama Natrah aje dia sebut. Tak ada nama lain. Hanya nama Natrah. Bila dia remaja, Kak Sophie tak tahu kenapa nama Natrah tidak disebut-sebut lagi. Akak hairan masa tu. Bila mama beritahu something pasal Natrah, barulah kak faham. Kak ingat Iqbal sudah melupakan Natrah.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now