18

5.1K 162 0
                                    

NAUFAL menjenguk ibunya di wad psikitari. Keadaan ibunya masih seperti dulu. Tidak pulih dan tidak ingat orang sekelilingnya. Namun keadaan ibunya sikit sebanyak berubah. Ibunya tidak lagi menyerang doktor atau jururawat yang mahu merawatnya. Naufal juga tidak diserang dan dicederakan oleh ibunya. Naufal bersyukur ibunya menunjukkan keadaan yang positif berbanding dulu.

Sudah 15 tahun.

15 tahun Naufal berpisah dari ibunya gara-gara penyakit gila meroyan yang dihidapi oleh ibunya. Ibunya disahkan mengalami masalah mental setelah adiknya meninggal masa ibunya dalam pantang 100 hari. Waktu itu juga ayahnya menceraikan ibunya dan menikah dengan ibu tirinya sekarang. Kerana itu, ibunya bermasalah dan akhirnya terpaksa berada di wad psikitari sekarang.

"Ibu, Fal dah datang." Tegur Naufal.

Rahimah duduk bersila sebelah katil. Rambut panjangnya kusut masai tidak terurus. Wajah Rahimah yang putih itu kelihatan bersih. Agaknya Rahimah baru selesai mandi. Naufal duduk bersila sebelah ibunya.

"Fal minta maaf kat ibu. Fal dah lama tak jenguk ibu. Fal sibuk, bu." Ujar Naufal. Kesibukan kerja menjadi penghalang. Kesibukan dalam melaksanakan rancangan jahat ayahnya juga menghalang dia menjenguk ibunya disini.

Rahimah membelek-belek jari jemarinya. Dia tidak menghiraukan orang sebelahnya. Baginya, dia tidak mengenali pemuda sebelahnya.

"Fal nak beritahu ibu, Fal sayangkan ibu. Walaupun ibu tak ingat Fal siapa, tapi Fal takkan melupakan ibu." Tutur Naufal. Dia menyekat air matanya dari mengalir.

Rahimah menggeleng-geleng kepala. Telinganya menangkap satu bunyi yang amat bising.

"Kau diam!" jerkah Rahimah. Emosinya mula terganggu. Kemudian dia bermain anak rambutnya.

Naufal tidak terkejut. Dia sudah biasa dengan keadaan ibunya.

"Ibu," panggil Naufal. Dia memandang ibunya. Dia membiarkan ibunya bermain-main anak rambut.

"Anak aku..." Rahimah bangun. Dia mengambil anak patung atas katil. Dia mendodoi anak patung yang disangka anaknya.

Hati Naufal tersentuh. Jauh dari sudut hatinya, dia ingin ibunya mendodoikan dia. Lima belas tahun dia kehilangan kasih sayang seorang ibunya. Dipisahkan oleh ayahnya dan dia terpaksa mencari sendiri di mana ibunya dirawat. Berkat pertolongan kawannya, dia dapat mengesan di mana ibunya dirawat. Dalam masa tiga tahun ini, dia hanya meluangkan masa terluangnya bersama ibunya.

"Ibu kau dah gila. Kau jangan carinya lagi." Tegas Hamidi ketika Naufal berusia 12 tahun. Waktu itu ibunya dimasukkan ke hospital dua bulan selepas disahkan oleh doktor yang ibunya gila.

"Ayah tipu! Ibu tak gila!" Naufal menjerit. Satu rumah bising dengan jeritannya.

Hamidi menampar pipi anak sulungnya.

"Aku tak tipu. Ibu kau dah gila. Kau jangan jadi gila macam dia. Aku tak benarkan kau carinya!" amarah Hamidi benar-benar berada di puncaknya. Anak sulungnya semakin hari semakin menyakitkan hatinya.

"Ayah punca ibu masuk hospital! Ayah punca Fal terpaksa berpisah dengan ibu! Fal benci ayah!" laung Naufal. Dia bergegas naik ke atas menuju ke biliknya.

Sejak dari itu, Naufal tidak lagi mencari ibunya sampailah tiga tahun sebelum ini apabila kawannya memaklumkan keberadaan ibunya dirawat. Naufal tidak memberitahu ayahnya dia sudah menjumpai ibunya. Ayahnya lebih suka menumpukan perhatian terhadap ibu tiri dan adik-adik tirinya.

Naufal bangun. Rahimah berada di atas katil sedang bermain-main anak patung. Naufal duduk lalu membelai rambut Rahimah.

15 tahun terpisah.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now