21

5.2K 183 0
                                    

NADIA sudah beransur pulih. Dia semakin bersemangat untuk meneruskan hidupnya selepas apa yang telah berlaku. Kecederaan yang dialaminya telah menyedarkan dirinya tentang Irfan. Irfan sepanjang dia menjadi suaminya tidak pernah menunjukkan perasaan cintanya terhadap Nadia. Irfan sengaja menyibukkan diri dengan kerja.

Nadia tahu, Irfan mempunyai perempuan lain di luar sana. Dan dia tidak mampu memaksa Irfan jangan meninggalkannya. Dia bersyukur Irfan tidak menceraikannya, tapi hatinya akan sakit melihat Irfan sedang berbahagia dengan perempuan yang dia sayangkan itu.

Punca Irfan ditikam olehnya adalah Irfan memberikan tekanan padanya. Dia amat tertekan pada masa itu sehingga sanggup menikam Irfan supaya Irfan berhenti memberikan tekanan terhadapnya. Kini Irfan hilang. Hilang tanpa berita. Dia seperti digantung tanpa tali. Tidak tahu apa status hubungannya dengan Irfan sekarang. Jika Irfan ingin berkahwin lain, dia tidak kisah asalkan jangan menceraikannya. Dia tidak sanggup memutuskan hubungan ini kerana dia amat mencintai Irfan.

Biarkan dirinya disakiti, jangan dia diceraikan.

"Kak long," Natrah terjengul di muka pintu.

"Masuklah." Pelawa Nadia. Natrah masuk dan duduk bersebelahan Nadia.

"Kak long dah sihat? Dah makan?" tanya Natrah. Menurut mama, kak long semakin sihat dan berselera untuk makan. Nadia juga tidak meracau-racau lagi.

"Alhamdulilah, sihat. Kak long dah makan pagi tadi." Ujar Nadia. Mamanya memberitahu dia kelihatan agak kurus selepas pulang dari hospital dulu. Kini dia semakin berisi memandangkan selera makannya sudah kembali. Disebabkan dia asyik meracau-racau memanggil Irfan, dia terlupa untuk menambah zat dalam badannya.

"Kak long, kak jangan fikirkan pasal Irfan lagi. Biarkan dia. Dia langsung tak datang jenguk kak selepas dia keluar dari wad itu." Natrah tidak mahu Nadia terus mengingati lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. Memang padan muka Irfan kena tikam oleh Nadia. Punca Nadia menikam dia adalah Irfan memberikan tekanan terhadap Nadia.

"Dia suami kak, Nat."

"Suami apa kalau tak datang jumpa bini." Natrah mencebik.

"Mungkin dia marahkan kak sebab kak tikam dia."

"Kak, bukan salah kak pun. Dia yang buat kak stress, kan? Memang patut dia terima balasannya." Natrah bersyukur Irfan tidak datang ke sini. Kalau Irfan datang, dia akan buat Irfan 'merana'. Irfan sudah berubah!

"Salah kak juga sebab bertindak macam tu, hmm." Nadia mengeluh kecil.

"Irfan ada call akak?"

Nadia menggeleng kepala. "Tak ada."

"Huh! Dia tak layak jadi suami kak." Natrah bernasib baik Irfan tidak menjadi suaminya dulu. Tapi dia amat kasihankan Nadia. Nadia menjadi mangsa Irfan. Irfan entah kemana menghilang. Lebih baik dia jangan muncul!

"Kak redha dengan apa yang berlaku, Nat." Nadia tidak terdaya hendak membincangkan soal Irfan. Hatinya mula sakit pula. "Nat, bila Nat nak memperkenalkan buah hati Nat kat keluarga kita?" Nadia mengubah topik.

Natrah tersentak.

Habislah!

"Nantilah dulu, kak."

"Kenapa?"

"Dia sibuk."

"Hm, asyik sibuk aje. Atau Nat tak nak kenalkan dia kat kami?"

"Eh, mana ada. Insha-Allah, Nat akan bawa dia datang sini."

Hah, Natrah! Itulah dah kata jangan berbohong. Sekarang dah termakan diri sendiri pula.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now