30

5.6K 182 1
                                    

DATIN SURIA, Iqbal, Naufal dan Tuan Razak bergegas ke hospital.

Natrah ditembak!

Sebaik sahaja ketiga-tiga mereka sampai di wad ICU,

"Doktor, isteri saya macam mana?" soal Iqbal cemas kepada Doktor Rahman.

Pagi tadi, tiga jam selepas dia bertolak ke pejabat, Iqbal mendapat panggilan daripada Pak Samad mengatakan Natrah ditembak oleh seorang lelaki berbaju hitam memakai topi keledar. Iqbal terus memaklumkan kepada Datin Suria, Naufal dan Tuan Razak untuk segera ke hospital.

"Alhamdulilah, isteri encik melepasi tahap kritikal. Kami berjaya mengeluarkan peluru. Isteri encik bernasib baik kerana peluru itu tidak terkena jantungnya." Beritahu Doktor Rahman.

"Alhamdulilah," ketiga-tiga mereka mengucap tanda syukur. Natrah selamat.

"Boleh saya masuk?" pinta Iqbal. Dia ingin melihat keadaan isterinya. Hatinya benar-benar direnjat satu perasaan sedih. Apa yang dia tunggu, telah terjadi pada isterinya. Iqbal mula dirundum perasaan bersalah. Dia telah membiarkan Natrah terdedah dengan bahaya. Rancangan yang dirancang hampir meragut nyawa Natrah.

"Boleh."

Iqbal masuk ke dalam.

Natrah terbaring pucat di atas katil. Topeng oksigen dipakaikan untuk menyalurkan oksigen kepada Natrah. Perlahan-lahan Iqbal duduk, tidak mahu menganggu 'tidur' Natrah. Iqbal mula menangis. Menangis kerana dia gagal melindungi Natrah.

"Maafkan saya, Nat. Saya gagal melindungi awak. Saya bersalah pada awak. Nat, saya janji selepas ini saya akan selalu melindungi awak dari bahaya." Ucap Iqbal. Dia menggengam tangan Natrah.

Bahu Iqbal disentuh.

"Iq, mama minta maaf." Tutur Datin Suria. Dia yang menyebabkan Natrah ditembak.

"Mama, bukan salah mama. Ini salah, Iq. Iq sepatutnya melindungi Natrah." Suara Iqbal mendatar.

"Kita doakan Natrah cepat sedar. Mama tak nak Natrah dalam keadaan macam ni. Mama nak tengok Natrah senyum semula." Air mata Datin Suria menitis.

"Hamidi perlu bertanggungjawab atas apa yang dia buat!"

Iqbal nekad. Dia harus membawa Hamidi ke muka pengadilan. Hamidi mesti dihukum penjara atas apa dia buat terhadap Natrah. Hari ini, rancangan Hamidi berjaya. Hamidi berjaya menembak anak saudaranya sendiri. Tapi, Hamidi silap. Hamidi tak tahu apa yang dirancang oleh Iqbal. Kalau Hamidi menggunakan nyawa sebagai misi untuk membunuh orang, Iqbal akan menggunakan undang-undang untuk mendapatkan keadilan atas kesalahan besar Hamidi itu!

"Mama nak call Salma beritahu keadaan Natrah." Ujar Datin Suria.

"Jangan, ma." bantah Iqbal. Kalau Puan Salma tahu, dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan Natrah lagi.

"Tak boleh, Iq. Natrah anak Salma. Please, Iq. Benarkan Salma tahu keadaan Natrah." Pujuk Datin Suria.

Iqbal mengeluh.

"Okey. Mama call aje mak long."

Datin Suria menghubungi Puan Salma.

DI luar wad,

"Encik Naufal tahu Puan Natrah akan ditembak pada hari ini?" soal Tuan Razak kepada Naufal. Naufal tetap menjadi orang disyaki Tuan Razak walaupun Naufal bekerjasama dengan Iqbal.

Naufal menggeleng kepala. "Saya langsung tak tahu apa-apa. Ayah tak memberitahu saya pasal ni." Naufal hairan. Selalunya ayahnya memberitahu apa rancangan yang akan dibuat, tapi tidak. Sepertinya ayahnya mula mengesyakinya bersubahat dengan Iqbal. Naufal mengetap bibir.

PEREMPUAN YANG AKU SAYANG (COMPLETE)Where stories live. Discover now